Posts

Showing posts from May, 2018

Ujian Tahap Kesihatan di Zell-V Wellness Hub Malaysia

Image
Salam, Kerisauan dalam diri sentiasa ada bila umur dah mencecah 30-an dan beberapa tahun akan datang nanti masuklah ke tahun yang 40. Dalam doa selalu aku panjatkan kepada Illahi supaya diberikan kesihatan yang baik kepada aku, suami, anak-anak dan kaum keluarga. Kalau nak ikutkan, keluarga aku memang ada yang menghidap darah tinggi, sakit jantung, dan sakit tulang belakang. Selepas bersalin anak pertama, perut aku memang selalu sakit, silap makan sakit, lambat makan je mesti sakit, sehingga aku jumpa pakar sebuah hospital swasta, tapi keputusan endoscopy nampak elok sahaja. Bayaran hampir RM2000, tu nasibla panel cover. Adakah ini salah satu petanda yang tak baik pada masa akan datang?? Pernah tak rasa macam tu? Rasa macam insecure sangat. Ntah-ntah lagi 5 tahun tiba-tiba je penyakit berat datang... masa tu macam-mana agaknya nak terima. Nauzubillah. 
Awal tahun haritu, selepas setahun lebih bersalin Fatimah, sakit perut selalu menyerang buat kali kedua, aku ke sebuah klinik swasta …

Buffet Ramadhan Sedap di 9Kedondong, KL

Image
Assalamualaikum, Holla semua. Mencari buffet Ramadhan dengan harga berpatutan dan sedap? Stop! korang dah jumpa buffet Ramadhan yang dicari tu di 9Kedondong. Masakan di sini adalah masakan melayu dan ada kambing bakar lagi. Kalau nak tahu, ada sehingga lebih dari 55 hidangan disediakan untuk korang. Haritu Nova pergi pada puasa ke-4, jadi bolehlah Nova kongsikan makanan yang ada di sini. Nova pergi bersama suami, anak-anak dan kakak Nova. Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki di sini. Selalu nampak orang buat majlis kahwin ke, majlis nikah ke di sini. Besar juga rumah ni, kawasan lamannya juga besar. Setting pun lawa. Warna putih temanya. Haritu, eiman dan Fatimah tak puasa.. biasa budak2 kecik lagi, tak nak paksa dia kalau tak larat. So, bila sampai je di sini, aku terus ambik mee goreng mamak. Budak-budak ni macam lapar je.. masa tu tak buka puasa lagi.... biarlah budak-budak lapar aku suap je.. sekali licin pinggan makan mee goreng mamak tu siap tambah lagi. "Eiman suka! S…

Mahaban ya Ramadhan

Puasa hari ke-6 tahun 2018. Alhamdulillah sampai juga ke Ramadhan tahun ni. Rezeki. Semakin menganjak usia, terasa makin matang dan tak mudah lemak semangat bila lalu tepi kafe yang berbau rendang tok mahupun pabila melihat balang teh tarik kaw tepi jalan tatkala pulang dari kerja. Rasa biasa, lebih sabar menunggu berbuka puasa bersama ahli keluarga yang disayangi. Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diri ini sejak beberapa tahun lalu. Banyak benda yang mula aku jaga walaupun masih belum sempurna. InsyaAllah.
Marhaban ya Ramadhan…!

Dari Insan Yang Hina Dina Ini

Saya Lubuk Hati Paling Dalam

Saya Memohon Ampun Maaf Di Atas Salah dan Silap

Semoga Kita Sentiasa Berada di Dalam Keadaan Yang Tenang dan Gembira Selalu

Semoga Kita Mendapat Ganjaran Yang Banyak di Bulan Puasa ini...

Ameen..