Buffet Ramadhan Sedap di 9Kedondong, KL

Assalamualaikum,
Holla semua. Mencari buffet Ramadhan dengan harga berpatutan dan sedap? Stop! korang dah jumpa buffet Ramadhan yang dicari tu di 9Kedondong. Masakan di sini adalah masakan melayu dan ada kambing bakar lagi. Kalau nak tahu, ada sehingga lebih dari 55 hidangan disediakan untuk korang. Haritu Nova pergi pada puasa ke-4, jadi bolehlah Nova kongsikan makanan yang ada di sini. Nova pergi bersama suami, anak-anak dan kakak Nova. Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki di sini. Selalu nampak orang buat majlis kahwin ke, majlis nikah ke di sini. Besar juga rumah ni, kawasan lamannya juga besar. Setting pun lawa. Warna putih temanya. Haritu, eiman dan Fatimah tak puasa.. biasa budak2 kecik lagi, tak nak paksa dia kalau tak larat. So, bila sampai je di sini, aku terus ambik mee goreng mamak. Budak-budak ni macam lapar je.. masa tu tak buka puasa lagi.... biarlah budak-budak lapar aku suap je.. sekali licin pinggan makan mee goreng mamak tu siap tambah lagi. "Eiman suka! Sedap! Eiman nak lagi!" kata anakku..


Nak tengok tak setting dalam 9Kedondong ni, meh nak bagi gambaran macam-mana keadaan dalam tu. 

Ni kawasan depan 9Kedondong

Korang kena lalu tepi sebelah kiri rumah tu dan akan terus ke khemah putih yang lawa ni. Di sinilah Buffet Ramadhan tu disediakan. Ramai juga yang datang berbuka haritu di sini.

Sempat lagi bergambar satu.. ha.. dalam tu setting dia bertemakan putih. I loike putih, memang taste i putih suci murni. hehe


Lagi 10 minit nak berbuka ni. Siap2 dah ambil mana-mana makanan yang rasa sedap-sedaptu. Nanti azan Maghrib boleh terus ngap je. Yang menarik perhatian Nova adalah laksa johor dengan pulut mangga dan juga pulut durian. Uish sedapnya. Ada kuih-kuih melayu juga , ada kek, ada yong tau foo, ayam bakar, kambing bakar dan lauk-lauk yang lazat-lazat belaka. 

Inilah Mee Goreng yang Eiman kata sedap tu. 2 pinggan dia makan.

Di Noodles Station ni lah ada Mee Goreng Mamak sedap tu dengan Laksa Johor

Nyums... sedapnya.. laksa Johor

Laksa Johor.. uih uih sedapnya.

Ni ada Yong Tau Foo


Di Asian Selection, ada Pulut Durian dan Mangga. Yang ni daddy eiman yang tambah 2 kali. Mula dia tengok aku ambik Pulut Mangga katanya "Abang tak makanlah pulut mangga".. uih berlagak. Sekali tengok 2 kali dia ulang ambik pulut durian. Eleh.. layan pulut durian pulak.. 


"Sedap Bang?......"

Kali kedua menambah pulut durian 😉


Ni pulut mangga aku yang dia kata tak makan tu.. erm.. ikut u lah dd.. husband ai tu memang hantu durian. Pantang tengok!

Selain itu, feveret husband aku adalah MURTABAK. Setiap kali Ramadhan akan adalah murtabak yang dibelinya. Dia punya suka murtabak tu boleh bagi ranking murtabak tu sedap level berapa. Katanya dia dah banyak cuba murtabak di serata KL. Jarang dia bagi markah murtabak ni tinggi-tinggi. Tapi yang murtabak kat sini katanya sedap dan mendapat markah sebanyak 9/10. Tinggi tu dia bagi! So korang kena cuba murtabak ni kalau ke 9Kedondong k! Approved by Abang Suka Murtabak sendiri k!


 Ada dessert juga seperti ABC juga buat penghilang dahaga


Ada kek, kuih koci, kuih karipap... ambik-ambik jangan malu-malu

Ni kuih pilihanku. Feveret eiman kuih sampan tu.

Jangan dilupakan, ada buah-buahan seperti tembikai, nenas dan tembikai susu.


Puding Guna Hangus pun ada.. aww!

Beratur ambik ayam bakar dengan hotdong dengan mash potato.. kat sini ada kambing bakar

Ni dia ada kambing bakar, ayam bakar.. dan lain-lain

Jom tengok lauk pauk pula.. ada apa.... 

di bawah ni Daging Masak Black Pepper

Udang Masak Sambal Petai.. uish.. petai sedap!

Ikan keli berlado

Masak Lemak Siput Sedut


Lala Tumis

Sayur Brokoli Cendawan

Ayam Percik

Tidak dilupakan ulam-ulam

 Inilah hasil tangkapan ku.

Ni nasik aku

Teh tarik tidak dilupakan

Station Air

 Erm macam-macam diorang makan... sedap ye nak ye?

Selepas makan, husband Nova terus je ke surau untuk solat Maghrib. Mudahnya lahai. Dekat je pun. Ruangnya pun bersih dan selesa. Bagus sangatlah kemudahan yang disediakan. Tempat solat wanita pun ada.. jangan risau!


9Kedondong ni tak berbukit, memang mudah kalau bawak orang tua, lurus je jalannya.. anak-anak pun senang dipimpin masuk ke kawasan ini. Lepastu budak2 ni bermain di sekitar tak risau sangat, kawasannya luas nampak tak ada longkang ke apa ke takda. Memang child friendly kawasan ni dan dalam kawasan berpagar. Parking? Parking pun senang, sepanjang jalan boleh je parking. Malas jalan, sila datang awal sikit ye, hehehe. InsyaAllah makan di sini semua sedap-sedap belaka. Banyak pilihan yang menggiurkan. Harga pun memang ok je.. Very recommended!  Jomlah datang ke sini bawa isteri, suami anak-anak ibu bapa mahupun bersama jiran dan rakan-rakan. Jangan lupa cuba murtabak 9/10 tu dengan pulut durian dan mee goreng mamak k!


Ni adala harga Buffet Ramadhan di 9Kedondong :

0 tahun - 6 tahun : Tiada Bayaran
7 tahun - 12 tahun  : RM 28
13 tahun - 59 tahun : RM 55
60 tahun - 99 tahun  : RM 28

Beli 9 Percuma Yang ke 10

Buffet Ramadhan bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018
Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 6.00 ptg – 10.00 mlm 

Paling Best! Gunakan PROMO CODE
 SURAYAx9KEDONDONG dapat Off 10% from total bill!


Dah kenyang Jom kita Bergambar! 9Kedondong Sangat Insta-friendly ok!



Nova dan kakaknya.. excuse me dia kakak ye, hahahaha

Kakak, Nova dan Kak Su Cantik a.k.a Sit Nurhaliza. 😃

Bersama rakan-rakan yang bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di 9Kedondong

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi :

016 – 886 8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq) 
Waze : 9Kedondong 
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur

Sekian, Terima kasih.

Selamat Bepuasa dan Menjamu Selera!


Comments