Ujian Tahap Kesihatan di Zell-V Wellness Hub Malaysia

Salam,
Kerisauan dalam diri sentiasa ada bila umur dah mencecah 30-an dan beberapa tahun akan datang nanti masuklah ke tahun yang 40. Dalam doa selalu aku panjatkan kepada Illahi supaya diberikan kesihatan yang baik kepada aku, suami, anak-anak dan kaum keluarga. Kalau nak ikutkan, keluarga aku memang ada yang menghidap darah tinggi, sakit jantung, dan sakit tulang belakang. Selepas bersalin anak pertama, perut aku memang selalu sakit, silap makan sakit, lambat makan je mesti sakit, sehingga aku jumpa pakar sebuah hospital swasta, tapi keputusan endoscopy nampak elok sahaja. Bayaran hampir RM2000, tu nasibla panel cover. Adakah ini salah satu petanda yang tak baik pada masa akan datang?? Pernah tak rasa macam tu? Rasa macam insecure sangat. Ntah-ntah lagi 5 tahun tiba-tiba je penyakit berat datang... masa tu macam-mana agaknya nak terima. Nauzubillah. 

Awal tahun haritu, selepas setahun lebih bersalin Fatimah, sakit perut selalu menyerang buat kali kedua, aku ke sebuah klinik swasta dan dia suruh aku buat ultrasound internal abdomen, kot-kot ada batu karang ke apa kan. Alhamdulillah tak ada apa. Cuma nampak banyak angin dalam perut sebelah kiri. Masa tu bayar ultrasound dengan consultation dan ubat dalam RM200++. Bayar sendiri takda siapa nak bagi claim.


Pertengahan tahun ni, aku bersetuju untuk buat full body checkup. Demi untuk mengetahui status sebenar keadaan kesihatan, aku mesti buat juga. Selama 34 tahun ni, tak pernah lagi buat full body checkup. Dengan penuh iltizamnya aku melangkahkan kakiku ke Zell-V Wellness Hub Kuala Lumpur. Tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 30 minit je. Dan disitulah aku diperkenalkan dengan pakej menarik yang ditawarkan dan tawaran ini tidak sama dengan mana-mana pakej yang aku pernah cari dan tanya. Satu benda menarik yang aku dapati adalah "ramalan tahap kesihatan pada masa akan datang". Ini memang lain dari yang lain. Macam mana nak ramal tu? apa kaedah yang digunakan?  kena stay baca sampai habis ok! 


Sefaham aku ada 2 pakej yang ditawarkan iaitu pakej GOLD dan SILVER

Silver Card NP1200 now only RM 500
-Comprehensive Blood Screening
-Cell Check/Bioelectrical Impedence Analysis
-Doctor Consultation
-Balanced Nutrition and Diet Consultation
-Libido Recovering System/Breast Enhancement/Bio Resonance Scan
-15 mins Shoulder Massage
-Breakfast/Lunch

Gold Card NP 2280 now only RM 1000
-Comprehensive Blood Screening
-Cell Check/Bioelectrical Impedence Analysis
-Doctor Consultation
-Balanced Nutrition and Diet Consultation
-2D1N Premium Stay
-Libido Recovering System/Breast Enhancement/Bio Resonance Scan
-90 Mins Om Signature Massage
-Skin Analysis
-Skin Brightening and Renewal (90 minutes)
-Breakfast/Lunch/Dinner

Selepas berbincang aku pilih pakej Gold Card dan tarikh temujanji pada 4 Mei 2018, Jumaat jam 10.00 pagi. Aku melangkahkan kaki ke  Zell-V Wellness Hub Kuala Lumpur di temani suami tercinta. Kenapa aku ambil pakej Gold? Sebab ada 2D1N Premium Stay. Lepas penat seharian, last sekali pergi berurut dan balik bilik boleh terus tidur. hehe bijak tak? haha 

Mula-mula sampai aku dijemput oleh seorang customer assistant yang kecil molek namanya Ima. Baik peramah, dan dia bersama aku dari mula sampai akhir. Tetiba rasa macam ada P.A. Rasa "Wow Sekejap"... Untuk pakej yang aku ambik, Ima dah setkan jadual aku untuk sepanjang hari. Dia juga yang bawak aku ke mana-mana tempat yang aku kena pergi. Tempat pertama yang Ima bawa adalah ke Klinik Zell-V. Klinik Zell-V ni adalah klinik yang berdaftar dan dapat lesen Kementerian Kesihatan Malaysia. So, segala prosedur seperti ambil darah semua adalah selamat dan dilakukan oleh jururawat terlatih.

Isi borang dulu sebelum ambil darah
Dekat klinik ni, mereka akan ambil darah aku lebih kurang 10 ml untuk di hantar ke makmal. Ujian darah yang dibuat adalah ujian secara komprehensif, atau dengan bahasa mudah, ujian lengkap. Ujian yang dibuat adalah Androgen Studies, Blood Group, Haemoglobin, White Cell Count, Platelets, Glucose, Cholesterol, Electrolytes, Renal Function, Liver Function, Homocysteine Studies, C-Reactive Protein (hsCRP), Urine Feme, Tumour Markers, Hormone Studies dan Serology. Huh.. memang complete. Keputusan darah je dah ada dalam 5-6 muka surat.

Ambik darah dulu

Tak sakit pun, dia pakai jarum budak-budak je, kecik je. Ala cam semut gigit je.

Hasil ujian darah yang aku punya LDL Cholesterol tinggi sikit, memang tak bagus ni, banyak makan benda minyak ni. So aku kena kurangkan makanan berminyak. Lagi satu tak ok C-Reactive Protein (hsCRP) aku average, dalam jangka masa panjang tak elok sebab dia ada kaitan dengan radang dan jantung. Lain-lain macam hormon ok, liver ok, tyroid ok, darah merah dan darah putih pun ok. Satu lagi tumour markers pun bawah 36. Kalau Tumour Marker ni tinggi, kemungkinan ada sel-sel kanser dalam badan. Alhamdulillah aku punya result darah oklah secara keseluruhan. Result dia takdala dapat on the spot, dalam sehari dua baru dapat result. Oh ya, kalau nak buat blood test ni kena puasa malam sebelumnya tau.

Next, lepas ambik darah, aku pun di bawa ke Cafe untuk makan. Huh, lapa kot tak breakfast lagi. Breakfast ni memang dah termasuk dalam pakej. Makan je. Hehe untuk breakfast dia bagi sandwich dengan air jus. Ni bawah ni, husband ai yang makan, ai rasa nak beli lain.. tu la bila lapar nafsu makan tu boleh tahan juga.


Cuba posing gorgeous dengan air tembikai. haha #siscuba

Nampak tak? Nafsu makan tu.. erm.. yang extra tu ai bayar sendiri tapi tak mahal pun, biasa-biasa je harganya.

Breakfast makan dekat Sayang Rasa Cafe.

Alhamdulillah selesai breakfast, aku di bawa ke tingkat 11 untuk dengar penerangan terperinci berkenaan pakej yang aku ambil dan mana-mana pakej lain yang ditawarkan kalau berminat. Tempat ni memang lawo nau nau. Cantik, tak rasa macam duduk dekat klinik or health centre.. rasa kat hotel-hotel je. Lawa kan, gambar kat bawah ni tingkat 11 la. Tingkat 11 ni ada  ZÉLL-V Cellular Therapy Service Centre,  Be+ Breast Enhancement  dengan  Be Jojoba Oil.



Ai memang minat kerusi ke sofa ke yang warna putih

Dengar penerangan dari staff Zell-V berkenaan pakej yang ai ambik dan pakej lain yang mereka tawarkan.


 Yang sabar menanti adalah encik suami. Dia tak kesah pun.. sampai terlena, selesa sangat ni.

Allright now i'm ready for my Cell Check, Bioelectrical Impedence Analysis dan Balanced Nutrition and Diet Consultation. 

Sebelum buat Cell Check, ai diajar berkenaan fungsi sel dalam badan kita. 

Adakah kamu tahu?
"Kelesuan, sakit badan, selsema yang kerap, mudah lupa dan gangguan tidur adalah gejala sel yang tidak sihat. Sel adalah unit badan yang paling asas dan membentuk asas badan yang sihat. Di Zell-V Wellness Hub, mereka membantu anda memahami keadaan kesihatan sebenar anda dan orang tersayang anda melalui prosedur mudah yang dikenali sebagai Cell Check yang memerlukan hanya satu setitik darah di bawah advanced mikroskop ."


Hanya setitik darah

Diletakkan di bawah kanta

Zoom sehingga 1000 kali

Tadaa.... ai punya Stage 1 to Stage 2. Huhu maksudnya sel tak sihat, melekat tak cukup nutrition, tak cukup air, pastu ada garisan kat belakang sel darah maksudnya liver tak cukup oksigen. erm... ada lemak yang tak diproses lagi dalam darah.. ok faham saya punya lifestyle adalah penyumbang utama kepada result ini. 😭


Next, BIA.. kena kurangkan lemak badan, kena exercise kena minum banyak air.. umur pula adalah tua 5 tahun dari umur sekarang.

Wah, kejap je dah sampai pukul 1 dah. Kemudiannya, Ima bawa ai ke Ketuhar Malaysian Cusine Tingkat 1. Makanan pun dah tersedia.. oh.. sedapnya, Nova order Nasi Goreng Belacan dengan air Cincau kalau tak silap. Makan tengah hari masuk dalam pakej yang ai ambik. See, bagus kan. Semua dalam bangunan ni je.. ima dah siap2 orderkan. Sekejap je licin, sedap juga masakannya.


Ketuhar Malaysian Cusine ni lebih ekslusif. Walaupun begitu, harga makanan di sini masih relevan bagi ai. Untuk husband kami tambah order, tu pun ima tolong orderkan siap-siap. Thank you to ima yang cekap handle jadual ai sampai ke makan pun dia jaga. 


selesa, bersih dan cantik.


Selesai makan tengah hari, ima tolong checkin bilik dan ambil kunci. So, lepas makan Nova terus berehat sebentar di bilik dan solat. Bilik ni masuk sekali dalam pakej yang ai ambik. Serius ni, memang berbaloi sangat pakej yang ditawarkan. Korang bawak badan je ke sini. Tak payah pikir apa, semua diorang arrange dan uruskan. Ai ambik bilik yang ada 2 katil besar senang ada 2 kanak-kanak ribena tu bergolek. Menurut penerangan yang diberikan masa awal-awal tadi, katanya setiap kali bilik ni kemas, diorang akan gunakan Photocatalytic Air Purfier untuk bunuh kuman dalam bilik tu sebelum tetamu berikutnya masuk. erm... bagus bagus! So nak tengok bilik pula? Jom jom!


Photocatalytic Air Purfier ni lah dia benda tu, haha gigih tak aku ambik gambar benda ni.Sebab ai suka benda-benda macam ni. Bagus ni buat kat semua hotel.


Sekejap je berehatnya, Nova pun di bawa ke temujanji seterusnya ke Tingkat 9 The Om Spa – 5-Star Luxury Spa & Massage Centre untuk Skin Brightening and Renewal (90 minutes). The Om Spa ni berkonsepkan Bali. Ada facial dan massage di sini. Untuk Nova, pakej yang Nova ambik memang awesome sangat. Bestnya kena facial, urut muka, urut bahu. Syok syok sampai tertido ai dibuatnya. Tetiba terkejut muka dah pakai masker. Paling ai suka bila pakai Jojoba Oil ni. Muka terasa lembap dan licin. Untuk kulit yang lebih sihat dan bermaya.


Yey! Dah selesai facial treatment, tapi sebelum treatment mereka buat analisis kulit ai dulu guna sejenis mesin ni, katanya kulit ai ni kering di luar T-zone dan berminyak di kawasan T-zone.

Bagi yang tertanya, ni la facial treatment yang ada di sini. 😼 nampak tak pakej gold dan silver ni memang bagus sebab kalau ambil asing-asing, satu pakej sahaja boleh memang cecah lebih 2k la.

Selesai Facial, kita pergi semula ke V-Clinic untuk temujanji Bio Resonance Scan. Apa tu? ha.. inilah dia yang ai cakap pasal ramalan kesihatan. Mesin ni guna gelombang untuk baca keadaan badan kita, organ, kulit. tulang dan semua-semua yang ada di badan. So, dengan erti kata lain mesin ni juga boleh ramal tahap kesihatan kita selepas 3, 5 mahupun 10 tahun akan datang. Yang ni Nova paling takut dek kerana terlalu pikir benda bukan-bukan. Tapi tetap gentar dan selesaikannya dengan mudah sahaja. Tak sakit pun, tak rasa apa pun, cuma tengok screen masa dia tengah scan dan tengoklah bacaannya ada beberapa warna. Warna tu menentukan sebaik mana fungsi organ kita. Katanya alat ini digunakan oleh angkasawan untuk mengesan keadaan badan mereka, yerlah dah lama duduk dekat angkasa kenalah juga check tahap kesihatan. Kalau ikutkan katanya ada 2 buah lokasi sahaja di Malaysia yang ada peralatan ni. Kalau ada peralatan je tak boleh juga, kena ada doktor yang pandai baca reportnya juga. 

Pegawai yang bertugas tengah pasang headphone di telinga. Gelombang tu masuk dari telinga. Gelombang ni tak bahaya langsung, budak-budak dan warga emas pun boleh pakai weh.

Nanti dia ding ding ding dong scan, kalau dia berhenti lama kat satu-satu tempat tu, adalah yang tak kena tu. Ai punya dia berhenti lama kat tulang belakang, habis dia scan semua posisi tulang tu. yer yer saya ada slip disk la. hehehe Keputusan hasil scan ni akan di bawa kepada doktor dulu beserta keputusan darah yang ambil pagi tadi. Nanti kita akan ada temujanji dengan doktor pula dan kat situ doktor akan bagitahu secara terperinci hasil dapatan.


Oihh.. lapa dah, nak malam dah hampir pukul 6 petang, masa untuk dinner. Yey!! So Nova di bawa ke Sky Loft untuk makan malam romantik dengan husband.  hahaa makanan ai memang dah termasuk dalam pakej dan untuk husband ai bayar asing. Lupa nak cakap makan malam order dari Ketuhar Malaysian Cuisine, makanan yang di tempah adalah makanan sihat.


Buah pun semangkuk. Bagus-bagus nanti cepat kuruih.



Ni kat luar, kawasan skyloft besar juga. Memang selalu pun orang booking untuk buat aktiviti.

Selesai makan, Nova ke bilik sekejap dan temujanji terakhir adalah untuk 90 Mins Om Signature Massage. Yey... lepas massage dah boleh balik bilik yey!!! 

Selesai. Dah bleh balik dan tidur dengan sangat lena.

Bangun esok paginya, Nova bersarapan dulu dengan husband dan anak-anak. Kemudian Nova request nak pusing-pusing lokasi lain yang ada dalam Zell-V Wellness ni. Macam-macam ada tau, ada Gim, ada Pusat rawatan rambut, ada Kimporo (ibu bersalin dan berpantang di sini), Olmeca Talent House, Yoga centre dan macam-macam lagi. Boleh tengok facebook Zell-V nanti ai bagi link.


Lawa tak? Ni dekat Be+ Breast Enhancement

Ni dekat kimporo. Kimporo Pemulihan Bersalin - Penjagaan Komprehensif untuk Ibu & Bayi. Pusat penjagaan pra dan selepas bersalin khusus. Pasukan yang terdiri daripada pakar penyusuan dan penyusuan yang terlatih, bidan dan jururawat sedia membantu dalam menjaga bayi yang baru lahir dan pemulihan lengkap ibu baru, dalam persekitaran yang mewah dan selamat. Diantara selebriti yang berpantang di sini adalah Yasmin Hani dan Zizi Ezzette. 


Ni baby-baby yang baru lahir ditempatkan di sini. Dan akan ada pembantu terlatih yang jaga. 

Bilik ibu dan anak di Kimporo. Mewah kan.

Ada gim

dan Pusat Rawatan Rambut

ha... selesai pusing, Nova pun checkout dan balik. Next appoinment dengan pakar pada hari Isnin jam 3 petang. ada baki 1 hari lagi sebelum dapat keputusan. Memang berdebar-debar sangat weh.. macam-macam bermain di fikiran. 



Nak tahu keputusannya?

No.. I takda sakit apa2 pada masa ni. But, i decided to go for a complete health check up. Seperti yang telah dijangka, my blood test, especially my c-reactive protein test is not very good. Katanya ada inflammation. Inflammation is part of the body's immune response. My immune system tak ok senang cerita. Based on their study towards me, pakar and nutritionist said that i have to change my lifestyle, my eating habit, my water intake, start my 20 min exercise, and avoid stress. Paling terkesan dia assume i will get diabetes in 3 -5 years, 10 years later kidney problem, and fatty liver if if if i tak ubah lifestyle dengan sugar intake yg i ambik setiap hari + fast food. My pankreas my liver and my kidney kerja kuat sgt for my nafsu makan. And i see the result depan mata sendiri. Huh! Macam kena tampar.. This is my wakeup call. Thank you very much to all the nurses and doctors and nutritionist dekat Zell-V Wellness Hub for your support and nasihat2 yang berguna. Banyak sgt input yang i dapat dari sini. And last word doktor pakar tu cakap educate urself and prevention is better than cure!

So what i have to do now is gula kena kurangkan kalau boleh jangan ambil terlalu banyak sebab gula punca sakit datang. Minyak kena kurangkan, banyak makan buah-bauah, sayur sayuran pelbagai warna. Nasi ambil kuantiti yang disarankan. Bersenam wajib kena buat at least seminggu 3 kali selama 20 minit sebab saluran utama jantung ai tak cun sangat. Tidur kena cukup sebelum pukul 11 malam sebab pukul 11 malam adalah masa proses pembaikan berlaku. Jika amalan cara hidup sihat kita buat sejak awal InsyaAllah, kita boleh kekal sihat. Kalau boleh sampailah umur macam Tun M. hehe.. lepastu doktor tu pesan, kalau dah ada kencing manis ke darah tinggi sila jaga makan dan bersenam.. ubah cara hidup nanti boleh panjangkan jangka hayat. ha.. dengar tu educate urself and prevention is better than cure!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari


Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah, nanti Nova boleh tolong sampaikan pada pihak Zell-V Wellness ok! So, korang apa tunggu lagi rebut peluang ini dan ketahui tahap kesihatan anda demi insan yang tersayang. Masih belum terlambat!

Sekian.

Comments