3 Jenis SOTHYS Ampoules | Anti-Penuaan, Mencerah dan Menghidrat

Salam,
Holla semua, harini Nova nak bersembang sikit berkenaan satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan semakin menempa nama di hati peminat kecantikan dan perawatan kulit di sini iaitu SOTHYS. Secara ringkas mengenai jenama ini, ia ditubuhkan oleh pakar perubatan dan ahli biologi Dr. Max Hotz dan dilahirkan dari falsafah rawatan kuratif, SOTHYS mempunyai sejarah lebih 70 tahun dalam penjagaan kulit secara profesional. Dilatih dalam bidang biologi perubatan, Dr Hotz bermotivasi untuk mencari penyelesaian untuk meminimumkan penderitaan mangsa yang terbakar setelah Perang Dunia II.


Pada tahun 1946, Dr Max Hotz mencipta serum berasaskan biologi pertama di dunia yang disimpan dalam ampul. Sebagai seorang ahli fizik dan ahli biologi yang terlatih, beliau kemudiannya mencipta krim ubat yang pertama bagi menyembuhkan kulit yang terbakar. Sejak itu, Dr. Hotz mula mengetengahkan rangkaian produk berasaskan pengetahuannya dalam bidang perubatan. Beliau kemudiannya, memberikan khidmat kepada pelanggan yang terdiri daripada golongan elit di Paris, beroperasi di sebuah institut kecantikan yang kecil di 163 rue du Faubourg St Honoré, di tengah-tengah segitiga emas Paris.


Pada tahun 1966, keluarga Mas, pemilik makmal Asepta di Monaco, mendirikan sebuah Institut SOTHYS. Hari ini, generasi ketiga keluarga Mas - Frédéric dan Christian Mas - mewarisi syarikat itu. Ibu pejabat pentadbiran, makmal dan tapak pengeluarannya terletak di Brive-la-Gaillarde di tengah-tengah wilayah Corrèze, sementara lokasi asal di Faubourg Saint-Honoré di Paris masih menjadi sebuah salon kecantikan.


Ok. itu serba sedikit berkenaan Sothys, kiranya, jenama Sothys ni sudah lama sangat berada di pasaran dunia dan merupakan diantara jenama yang diklasifikasikan sebagai mewah dan berkualiti tinggi. Bila pula, cawangan SOTHYS Malaysia dibuka? Pada tahun 1993, Societe Francaise De Cosmetiques Sdn Bhd (SFC) ditubuhkan di Malaysia untuk memasarkan dan mengedarkan produk dan penjagaan kulit SOTHYS secara eksklusif. Inisiatif ini diterajui oleh Cheryl Lee, Ketua Pegawai Eksekutif SOTHYS Malaysia dan Singapura. Hari ini, SOTHYS diiktiraf secara meluas sebagai salah satu jenama penjagaan kulit profesional terkenal di Malaysia.


Kiranya jenama SOTHYS ini bukan sahaja menjual produk penjagaan kulit sahaja malah ia merupakan sebuah pusat rawatan kecantikan. Ada beberapa rawatan yang ditawarkan oleh mereka terbahagi kepada 2 iaitu Muka dan Mata, Leher & Badan. Untuk muka, diantara rawatan yang ditawarkan adalah : Spot-On-Result Treatment, Professional Treatment, Synergy Treatment, Intensive Treatment, Premium Institute Treatment Dan Boosters. Manakala untuk Mata, Leher & Badan; Specific Treatment Dan Sensorial Body Treatment. Anda boleh menyemak pakej yang ditawarkan beserta harga di pautan di sini : TREATMENT


Produk yang menarik tumpuan Nova adalah 3 Jenis SOTHYS Ampoules iaitu Anti-Penuaan, Mencerah dan Menghidrat. Ampoules ni bukan serum tau. Ampoules ni pakai sebelum serum. Ampoules ni ibarat kita ambik suntikan kecantikan pada muka. Cara pakai juga kena betul. Selepas membersihkan pencuci muka, buat lubang pada bekas. Sapukan separuh pada sebelah pagi pada seluruh muka dan leher. Pergerakan jari dengan "dap dap" pada kulit muka, membantu meningkatkan penyerapan. Kepitkan penutup untuk mengecil semula bekas dan simpan untuk kegunaan malam. Lepastu olehla teruskan dengan serum dan krim. Diantara Ampoules yang ada adalah seperti gambar di bawah ni.


Harga Set Anti-Penuaan (Anti-Ageing) adalah RM 179 satu set. 
Di dalamnya ada 1.5ml x 7 bekas Ampoules. ↓

Harga Set Brightening adalah RM 179 satu set. 
Di dalamnya ada 1.5ml x 7 bekas Ampoules. ↓

Harga Set Hydrating adalah RM 179 satu set. 
Di dalamnya ada 1.5ml x 7 bekas Ampoules. ↓

Harga Set Oxygenating adalah RM 179 satu set. 
Di dalamnya ada 1.5ml x 7 bekas Ampoules. ↓

dan yang tambahan dari senarai ni adalah Energizing Radiance Ampoule 1ml x 2pcs ↓
A must have before makeup katanya. wah!! Teringin pulak nak cuba yang ni. Mesti kulit nampak cekang lawa terletak je kan.


So kesimpulannya, Ampoules ni adalah sejenis bahan berbentuk cecair dan jernih. Ia selalunya disimpan dalam bekas kaca atau bekas kedap udara. Ampoules tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet, sebab itu ia disimpan dalam dalam bekas yang kedap udara. Ampoules ni mengandungi pati yang diekstrak. Sebab tu dia mahal. Selalunya Ampoules mengandungi pati tumbuhan, vitamin dan gabungan pelbagai jenis enzim. Penggunaan Ampoules (secara luaran) adalah yang terbaik kerana ianya hanyalah untuk sapuan di luaran sahaja. Keberkesanannya adalah lebih tinggi kerana molekul-molekulnya halus dan boleh menyerap terus ke dalam kulit. Inilah salah satu contoh Ampoules yang bagus dan satu pilihan bijak sekiranya anda memerlukan rawatan kulit yang intensif secara luaran.

Tambahan maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ampoules ada berita baik iaitu Extra RM 40 OFF! Banyak tueee! Gunakan promo code TRYIT. Dengan pakai Ampoules ni, anda akan dapati muka anda berseri macam pergi facial. Padahal gunakan Ampoules sahaja. Break it, Dab it, That's it! Yup, Ampoules lebih berkesan! Jangan pening-pening nak ambik suntikan ke apa, cubalah ni dulu dan tengok hasilnya macam mana. Cepatlah sementara tawaran masih terbuka! 


Untuk maklumat lanjut dan produk-produk lain anda boleh kunjungi :

Laman Utama : https://sothys.com.my





Comments