Review Pullman Putrajaya Lakeside

Salam,
Holla semua. Pertama kali menjejakkan kaki ke Pullman Putrajaya. My friend kata tempat ni best ada pantai buatan lagi boleh lepak-lepak. Masa tu kawan ai ambil package Honeymoon Spa beli kat Groupon (now FAVE). Hujung tahun tu, kami tak ke mana pun, tidak ke luar negara tidak juga ke mana-mana di dalam negara memandangkan tahun ni eiman masuk sekolah dan kami kena set the money aside untuk yuran pendaftaran sekolah eiman dan keperluan sekolah yang lain. So, percutian sekejap ni masa cuti sabtu ahad saja. Dah dengar cerita kawan (Ariyana) tu kata seronok menginap di sini, aku pun rasa teringin nak ke sini juga. So ke sinilah kami. Excited sangat rasanya sebab lama nau tak bercuti. hahaha...  



Mula sampai ke Pullman Putrajaya Lakeside ni, impression aku like "WOW" nampak tenang dan private. Sebab selalunya hotel di bandar-bandar ni macam sibuk dan sesak kan, tapi yang ni dekat tasik, dekat kawasan yang lapang, tak nampak sesak sesuai sangat buat yang nak berbulan madu. Serius! Sumpah romantik. Nak tengok bilik dia tak? Aku ambik yang deluxe kalau tak silap. Harga bilik ni dalam RM 300++ dengan breakfast. Tak ingat exact harga, dalam RM 350 kot. Bilik menghadap kolam ikan, tingkat 1 ke 2 tah. Bilik kemas, bersih cuma perabot dia agak klasik sikit dan bilik air dia open air. hahaha ni lawak, laki aku tepuk dahi bila tengok jamban duduk open air. hahahahahahaha... 


Okla kan, open air ok apa.. kata cinta .. busuk pun wangi kan kan..hahaha

Katil kami queen ke king size tah, lupa. haha sorry ternyanyuk. Yang paling layan suka syok adalah budak2 lah. Deme ni memang gemor sangat hotel pool pantai semua ni. 

Ni pemandangan luar bilik kami. Cool kan.

OK, kat Pullman Putrajaya Lakeside ni ada 2 pool tau. Satu kat bawah lobby satu kat tingkat atas. Satu swimming pool overlooking the Putrajaya Lake dan satu lagi swimming pool di rooftop. Yang bawah ni swimming pool rooftop, ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Cool juga, untuk budak2 ada air pancut. Mandi pool ni memang lama la budak2 ni sampai kecut-kecut tangan deme ni. Nak suruh naik sampai berperang dengan budak2 ni. Menangis macam kena dera. isk isk isk...sabo jela. Nanti suhla daddy buat swimming pool sendiri kat rumah ye...


Gambar ambil dari website http://www.pullmanhotels.com/

Petang tu kitorang main pool, i mean 2 pool, main pasir jalan-jalan, makan malam then tidur.Esok pagi kami breakfast di sini. Makanannya banyak, banyak option dan boleh tahan sedap juga. Ada yang sedap ada yang ok. Makanan anak-anak pun ada banyak pilihan sebab deme ni suka makan pancake juga waffle juga, nasi lemak juga.. erm sini sikit sana  sikit la kekdahnya.


Gambar aku.. harusss!!!! Sepinggan dah habis, Next!

Adik memang suka acah-acah layan makan buah dan sayur. Ye acah-acah je tu.

Some random photo dekat kaki lima hotel

Ni la pasir buatan, kena jalan sikit keluar hotel. Huh! okla, bolehla setakat naik main pasir buat istana ELSA tu bolehla. Sambil duduk di bawah pokok kelapa angin sepoi-sepoi bahasa, mak pak bercengkerama sambil perhatikan anak2 baling pasir pun ok. Takper.. mainla kang dah berpasir badan kita campak je dalam pool tu.

Emm... best ke?

Dua beradik punya kerja

Lupa sangat nak bawak tool mengorek pasir dia. Asal ada jadilah.. bekas apa yang ada dalam kereta tu jadilah.

Gigih meniti ke tengah.. bergambar punya pasal.

Lek

Gambar dulu

Gambar lagi

Ini pool kedua, yang kat lobby, open air. Memang memandang ke tasik. Romantik sangat!


Ni pool untuk budak2.. tak tinggi mana. Seronok deme ni bermandi sakan.

Ha.. besar kan kawasan dia. Memang tenang lawa, ada main belon air, ada clown buat belon.. syokla budak2 ni.

spam gambar

more pics

ha.. duduk2 sambil baca buku dan minum air tembikai sedap ni.



Eiman...

Layan refleksologi lak

Hari kedua, pool rooftop tu.

Orang suh posing dia sibuk peluk mak.


Ya.. main badminton pun ada. Memang duduk sini boleh sihat tubuh badan. Yang pastinya, lepas pukul 3-4 kali, malam nak tido badan sakit2. Tu la tak biasa bersenam sibuk nak test power nak lompat bagai. huh!

Syok kan.. Sini memang layan. Kalau diberikan kesempatan, nak pergi lagi bawak anak-anak. Tak puas tidur 2 hari 1 malam. Kena lama sikit syok juga. Ye tak sayang?... hehehe


Sekian.



Comments