Posts

Showing posts from July, 2018

Review Zoeva Blush Palette Coral Spectrum

Image
Salam, Holla.... Harini sis nak review sikit pasal Blusher paling sis suka. Rasanya ni entry pertama sis kongsi pasal makeup. Oleh yang demikian sis akan mulakan dengan blush palette yang paling paling sis suka. Ultimate suka! Jatuh hati sebab warna dia gempak lawa cun sangat bila letak kat pipi. Tak payah nak berusaha tahap gaban nak tenyeh blusher kat pipi. Satu--Dua kali sapuan dah nampak warna yang lawa tu. Sejak sis pakai Blusher Zoeva ni sis agak cerewet untuk memilih blusher.. sebab dah pakai yang best kan, nak try yang lain mesti rasa nak compare. So, bagi mereka yang tak pernah cuba  Zoeva Blush Palette silalah beli jangan ragu-ragu memang berbaloi-baloi.

Beli Bunga Hidup Segar di Petaling Street Untuk Kekasih, Hantaran Mahupun Gubahan

Image
Salam, Holla. Harini aku nak update perkongsian maklumat bagi semua yang nak beli bunga segar, hidup dengan harga yang boleh kira penjimatan berganda-ganda. Kalau nak buat hantaran ke, kalau nak buat deko bunga kat rumah ke, nak bagi bunga kat seseorang yang istimewa ke apa-apa jela kan. Pelbagai jenis bunga ada dijual di sini, especially Bunga Ros lah kan, menjadi pilihan selalunya. Kedai bunga yang selalu aku pergi di area Kuala Lumpur ni adalah: 

Cameron Highlands Pasar Malam Brinchang, Lavendar Garden dan Big Red Strawberry Farm

Image
Salam, Holla. Percutian ke Cameron Highland ni bulan March 2018. Lokasi penginapan kami di Brinchang. Aku menggunakan khidmat Airbnb untuk mencari rumah 3 bilik sebab aku pergi dengan rombongan Cik Mah. Percutian ke Cameron ni yang pertama bagi percutian mengejut kami tahun ni. Memang tak rancang langsung dan pagi Sabtu jam 7.30 pagi decide nak ke Cameron Highlands. Pagi tu juga aku mesej kakak2 aku tanya kalau mereka nak join. Memula tu memang aku kena bebel berbakul2 juga la sebab tanya last minute cenggini. hahaha.. tapi Alhamdulillah semuanya free dan boleh join. See, kan aku cakap kalau tak rancang ni kadang-kadang lebih menjadi dari percutian yang dirancang. hahahaha...