Review Zoeva Blush Palette Coral Spectrum

Salam,
Holla.... Harini sis nak review sikit pasal Blusher paling sis suka. Rasanya ni entry pertama sis kongsi pasal makeup. Oleh yang demikian sis akan mulakan dengan blush palette yang paling paling sis suka. Ultimate suka! Jatuh hati sebab warna dia gempak lawa cun sangat bila letak kat pipi. Tak payah nak berusaha tahap gaban nak tenyeh blusher kat pipi. Satu--Dua kali sapuan dah nampak warna yang lawa tu. Sejak sis pakai Blusher Zoeva ni sis agak cerewet untuk memilih blusher.. sebab dah pakai yang best kan, nak try yang lain mesti rasa nak compare. So, bagi mereka yang tak pernah cuba  Zoeva Blush Palette silalah beli jangan ragu-ragu memang berbaloi-baloi.


Bekasnya ringan, macam box tapi bukan box, macam kertas keras. Paham tak? Design makeup sekarang kan memang style box-box gini kan. Mine, dah lunyai depan tu. Warna asal dia hitam tapi dah kena foundation la apa la dah hilang warna hitam dia. Kalau rajin jaga elok-elok lawa lah kot. hehe Dia compact dan nipis senang nak selit dalam beg.


Kalau tengok kat Sephora, ada 3 jenis Blush Palette iaitu Coral Spectrum, Nude Spectrum dan Pink Spectrum. Korang kalau tengok pun dah tahu punya kan. Yang Nude Spectrum tu nak buat blusher untuk orang kulit cerah okla, atau nak buat contour muka hidung dagu ke sesuailah. Pink Spectrum tu warna dia memang pinkish-pinkish. Kalau suka pink bolehla beli. Untuk kulit sawo matang macam sis ni, sis beli lah Coral Spectrum. 




Ni warna Coral Spectrum. Favourite sis yang kiri atas. Memang asyik pakai tu je sampai ke sudah sebab warna dia tak pink sangat dan ada mix warna coral. Tapi yang lain tu sis mix mix lah jugak.

Ok yang sis suka No 3 dari atas. Lawa kan kan kan!

Sis pakai Coral Spectrum  ni masa sis ke Pantai Klebang Melaka. Warna stay! Serius sis memang suka!

Ok check them out la kat Sephora boleh try calit-calit.

Kalau korang baca review produk ni kat website Sephora, majoriti memang komen positip. 

Ok.. tu je la sis nak bagitahu .. sis suka.. sis suka. 

haha review makeup terus nak tukar kata nama sis.