Althea x Get It Beauty dengan Real Fresh Skin Detoxer

Salam, Holla. 
🎊 Selamat Ulang Tahun Althea Yang ke-3! πŸŽ‰ 

Pantas sangat masa berlalu, rasa macam tahun lepas je baru meraikan Ulang Tahun Althea yang pertama... Althea sudah terkenal di serata pelusuk negeri di Malaysia ni kerana menawarkan kemudahan pembelian barangan kecantikan terus dari Korea. Penghantarannya pun pantas sekali dan selalu sangat buat SALE yang gempak-gempak! Baru-baru ini Althea telah berkoleberasi dengan Korea's top TV program: Get It Beauty! Kolaborasi produk Althea x Get It Beauty ini dinamakan Real Fresh Skin Detoxer dan ia didatangkan dengan dua variasi iaitu Rose dan Green Tea.




ROSE: Refining
A rose-infused facial mask that would suit your morning routine to strip away dirt accumulated overnight to reveal a healthy glowing skin.

GREEN TEA: Purifying
Infused with purifying green tea extract, it helps to soothe and refresh tired skin after a long day outdoors.




Sempena Ulang Tahun Althea yang ketiga, Nova dapat box Althea Angels yang comel dan box kecik comel tu dengan cermin dan beg makeup yang cute tu. Thank you Althea. Tak sabar nak pakai letak makeup bawa ke office. hehehe

Cara Real Fresh Skin Detoxer ni senang je tau. Dengan tangan yang kering, picit lebih kurang 3 pam masker ini ke jari dan sapu rata ke seluruh muka. Biarkan selama 10 saat. 10 saat je tau jangan lelebih sangat takut meletop muka tu karang. hahhaa gurau je. Ok selepas 10 saat, Nova ambil sedikit air dan sapu pada muka. Mula gosok muka ke atas ye, dan masker akan jadi macam sabun. Setelah rata, bilaslah dengan air. Ha.. mudah kan. Muka anda akan terasa segar dan bersih licin. Bau bunga ros pada waktu pagi adalah sangat menenangkan. Manakala malam pula, anda akan rasa segar dengan bau teh hijau.


Skin Detoxer ini menggunakan bahan semulajadi yang premium dan esklusif. Premium May Rose yang digunakan mampu mengimbangi Ph kulit 5 kali lebih baik dari bunga ros biasa. Kepingan kelopak mawar ini membersihkan dan memperbaiki peredaran darah, memastikan kulit kekal segar, lembut dan cerah. 


Manakala. daun teh hijau Jeju tumbuh di bawah sinar matahari musim bunga, yang membolehkan mereka memanfaatkan tenaga semulajadi pulau itu. Hanya dengan menggunakan daun bayi yang paling lembut dan paling halus dari tuaian pertama, produk ini menghasilkan aroma segar dan mengandungi nutrisi untuk membersihkan dan menenangkan kulit. Daun teh hijau yang dikumpulkan di musim bunga mengandungi banyak Catechin yang mempunyai 5 kali lebih banyak vitamin C daripada lemon, menjadikannya sangat baik untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV. Serbuk teh hijau Jeju melegakan kulit yang tidak sihat dengan cepat dengan mengawal sebum dan membersihkan kotoran pada kulit.


Yang bagusnya, bila anda buka Skin Detoxer ni, letakkan tarikh pada ruang yang disediakan. Cute kan. Rasa macam korea-korea sangat!

Sudah hampir 2 minggu Nova menggunakan Real Fresh Skin Detoxer ni. Memang suka sangat dan gembira dengan hasilnya. Kulit terasa licin selepas menggunakannya. Kalau dah habis ni memang kena beli ni. Nak beli kat mana?  Di sini ya https://my.althea.kr/real-fresh


Thank you for reading guys!!! Jangan lupa usha website Althea tau!
sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦



Comments