Molten atau dipndip Chocolate Cafe?

Salam,
Holla semua. Ya, hari ini Nova nak share dengan korang sama ada Molten atau dipndip Chocolate Cafe? Ya, dua-dua adalah Kafe Coklat yang tidak asing lagi di Malaysia. Tapi yang mana pilihan anda? Sebelum Nova bagitahu yang mana Nova suka, jom kita tengok dulu makanan yang Nova cuba kat sini. Lokasi Molten Chocolate Cafe yang ai pergi adalah di MyTown dan lokasi dipndip adalah di The Curve Damansara. Nova kenal dipndip dulu sebelum kenal Molten. Molten ni, tahu pun sebab jalan-jalan dengan ariyana dekat MyTown. Ok gambar bawah ni gambar Cafe Molten.


Ya Allah.. sedapnya weh! Tengok gambar cenggini jadi lapar pulak tengah malam ni. Huh! Mula-mula masuk cafe Molten ni rasa macam.. ehh mampu ke nak bayar ni kan? Tah berapa la harganya ni. Tapi sebab duit dalam beg ni kepuk-kepuk (hahahaha like ada 1 juta masatu) so masuk jela... ada aku kesah kan... haha Masa tengok menu dia.. owh not bad, bolehla makan takda la satu menu sampai 70-80, 20-30 jer satu menu. Which is bagi aku affordable la kan. Aku masuk sebab ariyan ajak masa ni. Aku ingat lagi, dia tengah stress masa ni dan dia kata nak makan coklat. Yer yer kita ni sebagai kawan kenala support kan. haha.. tu menu aku dengan ariyana. 


Nah fokus sikit. Ko ingat aku habis ke semua ni. Oii mestilah! harussss! Coklat kot, siapa tak suka. Ada aiskrim lagi tau. Masa balik kerja tu aku bagitahu husband aku yang kami makan di Molten Cafe. Ko rasa dia cakap apa? "Sampai hati tak ajak abang!" LOL aku baru makan tengah hari tadi nak ajak apa ni. Lempang kang. haha. So, mengenangkan si suami yang akan mengungkit kalau tak bawak dia ke sini, dalam bulan tu jugak aku pergi sekali lagi dengan suami dan anak-anak. huh! Tak jemu makan sini. Aku share makanan dengan husband. Budak2 je ambik satu sorang takut gaduh.


Yang ni favourite eiman. Aku nak colek sikit pun dah kena marah. Yang bawah ni coklat Marsmallow cicah biskut. mashmallow ni panas dan sekali colek dengan biskut dia, terangkat ko kat level 14 weh.


Husband aku ni peminat air berperisa so dia nak cuba air ni. Sedap.


Cafe Molten ni ada kelas. Rasa macam ado-ado sikit duduk dalam ni. Cawan dia, pinggan dia semua lawa rasa macam kat wonderland pun ada. haha fefeling sangat kalau dating tu alalla sweet jurr.

Next, kita ke dipndip The Curve Damansara.

yang larva cake ni untuk eiman. Memang dia sorang juga makan. Adik nak sikit pun kena membebel dengan eiman.

Crepe coklat ni favourite aku sejak dulu lagi. Sedapnya!! Owhh! Sekali suap terus melayang ke angkasa.

Ni tak lain tak bukan, si suami punya 

Aiskrim untuk Fatimah

Konsep dia bertemakan coklat, untuk dua-dua Cafe ni. Rasanya tersendiri, Molten rasa cenggini, dipmdip rasa cenggitu. Susah bagi aku nak cakap mana satu yang aku suka. Dua-dua best. dipndip aku pernah makan fondue indulgence dan sedapnya!!!!! fondue indulgence ni yang buah cicah coklat cair tu. Meltingnya sedap. Yang molten cafe aku tak pernah cuba. 

Kalau nak tengok lebih lanjut boleh checkout kat sini :




Ada lagi tak cafe coklat yang best-best? Bagitahu please. aku memang suka and craving dengan benda-benda sedap macamni. owhh... ai think esok ai kena pergi cafe coklat la.. uuhhh terliur pulak tengok gambar-gambar throwback ni. Iman sis tak kuattt!!! Anyway tq ariyana sebab stress. Kalau ko tak stress mesti kita tak pergi makann kat Molten kan. hahahhahaha..



Comments