Posts

Showing posts from October, 2018

ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder

Image
Salam, Holla semua. Kalau ada orang tanya bunga kegemaran, Nova akan jawab "Semestinya Bunga Ros!" tapi kenapa ros? Pertama sebab baunya yang segar, kedua sebab rupanya yang cantik dan ada pelbagai warna, ketiga sebab  ros melambangkan cinta, kasih sayang, persahabatan dan aura yang positif dan baik. Kan kalau kita nak naikkan seri kena mandi bunga. haa... especially kelopak bunga ros mesti adakan? so.. apa alasan tak suka bunga ros kan kan. Jadi, berbalik kepada cerita tajuk ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder. Dua produk ni memang hot sekarang ni pasaran dan ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni dibuat dari ekstrak bunga ros tau! 

Resepi Lala Tumis Senang dan Cepat

Image
Salam, Teringin sangat nak makan lala tumis. Ada masanya lala susah nak cari di pasar basah atau pasaraya besar. Especially masa kita teringin nak makan, memang sangat susah lah nak jumpa kan. Memang macam tu. "Nak makan lala tapi tak tahu nak masak macam mana?" Oh sebenarnya masak lala ni senang gila. Basic sahaja bahan yang diperlukan kalau nak menumis lala ni. Dulu, aku pun mana pandai masak. Memang tak duduk dapur pun, jenis baca buku je. Haha yerla dulu aku nerd sikit la. Masa sekolah la... cerita lama. So bila dah kahwin baru nak belajar masak. Fail jangan cakap lah, dulu aku rasa masak ni lagi susah dari belajar.. tapi bila tanya sekarang ni, aku prefer masak dari belajar. hahaha.. Masak ni kacang je.. hahahaha  πŸ˜ƒ

(Review + Discount Code) Sudio NIVA, True Wireless Earphones Dari Sudio Sweden

Image
Salam, Holla semua. Haritu aku mengamuk kat husband aku sebab aku tak ada earphone. Sebab masa tunggu kat klinik gigi aku hanya dapat tengok facebook instagram jer sampai mereput. Tak tahu berapa kali khatam daa.. Kalau ada earphone boleh layan korea ke, movie ke... ada pekdahnya juga. haha malam tu juga, husband aku terus punggah almari cari earphone baru yang melambak duduk dalam kotak telefon lagi. So, aku pun happy la sebab ada earphone. hehe.. Lepastu, beberapa hari kemudian, kitorang jalan-jalan dekat KLCC. Nak dijadikan cerita, kat tingkat atas area Smiggle tu kan ada Flash Gadgets, depan kedai tu ada skrin besar. Dia pergi tunjuk iklan Wireless Earphone pulak dah. Sikit punya lawa lah adoii.. terbakar jer aku nengoknya!!!!!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ Ha.. dan dan tu jugaklah aku minta kat laki aku belikan. "Tengoklah harga dulu" katanya. RM 700 ++. Ok takperla jom balik. 
Kegembiraan yang nyata 😊

Review Althea Online, Power 10 dan SunBlock SPF 50

Image
Salam, Holla.. I love skincare so much. Dulu memang malas sangat nak jaga muka ni, tapi bila dah makin kertu ni kan, mula nak rasa gelabah bila kedutan dah mula timbul dan kulit pun dah tak berapa nak tegang. Yerla kan, kita ni bukannya muda sampai bila-bila. Makin tambah usia makin kuranglah kolagen tu dan sel-sel kulit pun tak berapa nak hebat macam dulu. ha... so berbalik pada cerita skincare. Bulan lepas aku telah cuba beberapa produk dari ALTHEA KOREA dan salah satu yang ai perlukan sangat-sangat-sangat adalah Sun Block...

Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature Untuk Semua Jenis Kulit

Image
Salam, Holla. Masa mula-mula aku kahwin dengan suami, banyak benda yang aku kena faham dan tolerate dengan perangai dia. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi dah lama kahwin ni, aku dah terlebih faham dan dia pun sama juga. Ada beberapa tabiat yang dia berjaya ubah sebab aku rasa perlu ubah dan salah satunya adalah berkenaan penjagaan kulit muka dia. Sebelum kahwin dia memang cuci muka guna sabun mandi je. Ko rasa? hahaahahahha. Ok tapi itu dulu, sekarang dia punya skincare pun boleh tahan juga satu beg. Perubahan yang husband aku buat memang sangat memberi kesan kepada kulit muka dia. Kalau masa dulu jerawat sana sini, kulit muka kusam, bau lori pastu banyak pori-pori terbuka, sekarang Alhamdulillah dah banyak sangat ok. Cuma parut jerawat masa sekolah dulu masih ada melainkan buat rawatan laser. Untuk kulit muka yang berminyak, berjerawat ataupun kering dan kusam aku suggestkan korang cuba Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature (Korea) ni.

Awana Skyway Cable Car Genting Highland Tempat Berjalan di KL

Image
Salam Holla, Tak tahu nak pergi mana masa cuti sekolah? Pernah naik Cable Car Genting Highlands? Kalau tak pernah pergi elok juga pergi sini. Best weh. Dah lama giler bebeh tak pergi genting. Last ai pergi masa baru kahwin dengan suami. Dah hampir 7 tahun lepas la jugak. Kenapa tah, macam tak rasa nak naik ke sini. Sibuk dengan anak kan.. Ok, tapi tetiba pulak suami ajak naik Genting tah apa la nak dibuatnya dengan anak dua ketul ni kan. Aku memang malas nak mengusung anak dekat public place tapi terajin pulak haritu. OK. Ni cerita bulan 5 tahun 2018. Tapi kawan aku baru je naik Cable Car Genting last week dia punya feedback......
Komen kawan aku, Ariyana yang baru je naik Cable Car ni : "Best, sebab first time. Masa pergi genting rasa macam kat negara lain, ada Kiosk Tiket Layan Diri, beli kat machine dia je. Tak payah beratur. Senang. Pastu boleh pergi Genting Mall. Best mall tu sebab senang nak makan tapi mahal sikit. Tapi still banyak option. Pastu kat genting ada coffee mach…

Homestay Atlantis Residence Melaka Dengan Pool Playground

Image
Salam, Holla semua. Hye, hari ni Nova nak share dengan korang pengalaman Nova di Homestay Atlantis Residence Melaka. Kalau boleh describe dalam 3 perkataan, i should say, Best Giler, Awesome dan  Fun Nak Mampos. Orang yang paling enjoy mestilah budak-budak 2 ketoi tu. Main pool playground ni  sampai kecut-kecut tangan ha. Tak ingat nak makan tak ingat nak balik bilik la. Memang syok habis. Nak tengok lagi apa yang best di sini.. jom.. 

Review Clinelle Skincare Whitening and Brightening

Image
Salam,
Holla,Aku daah lama nak review produk Clinelle ni. Masa aku bersalinkan Fatimah dulu, aku semacam kerasukan nak mencuba skincare baru. Jenis tak menahan kalau tengok kulit putih gebu-gebu. Entah pembawakan budak masa tu ke apa tah. Masa pantang tu memang siap nak nangis lagi nak suruh husband ai bawak pergi watsons. Pastu boleh layan duduk dalam watsons tu belek satu-satu skincare baca ingrediants dengan kebaikannya. Tetiba keluar watsons terbeli Clinelle Whitenup ni. Aku rasa masa tu dalam tahun 2016. Huh apak lama baru nak cerita. Biarlahkan, bukan sponsored post pun, so sukahati ai lah bila nak post story ni kan. wakaka.

Ya, tahu ini packaging lama. Bila aku check online, dia dah tukar packaging baru daa.