ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder

Salam,
Holla semua. Kalau ada orang tanya bunga kegemaran, Nova akan jawab "Semestinya Bunga Ros!" tapi kenapa ros? Pertama sebab baunya yang segar, kedua sebab rupanya yang cantik dan ada pelbagai warna, ketiga sebab  ros melambangkan cinta, kasih sayang, persahabatan dan aura yang positif dan baik. Kan kalau kita nak naikkan seri kena mandi bunga. haa... especially kelopak bunga ros mesti adakan? so.. apa alasan tak suka bunga ros kan kan. Jadi, berbalik kepada cerita tajuk ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder. Dua produk ni memang hot sekarang ni pasaran dan ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni dibuat dari ekstrak bunga ros tau! 


Dulu masa sekolah, Nova adalah seorang yang sangat aktif bersukan, pagi petang memang selalu je berjemur dan terdedah kat matahari. Selalu tu main Netball, Basketball tak pun Olahraga. Masa dulu, mana pernah nak ambik tahu pasal kulit, tak pernah pun pakai sunblock ke apa. Jadi, sekarang ni dah tua... muka ada banyak jeragat. Puncanya, sinaran matahari kena terus pada muka. Nak buang bukan mudah, kena rawatan yang intensif baru boleh hilang tau. So, selain muka jeragat, kedutan di muka juga akan cepat nampak kalau kita tak menjaga dan meletakkan perisai di muka. Perisai tu apa? Perisai tu sunblock la. Nak kulit cantik? Nak nampak muda? ... haa pakailah Sunblock. ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni adalah salah satu sunblock yang bagus. Sebab apa.. let me tell you.


ALTHEA Petal Velvet Sunaway ini mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit korang akan dilindungi sepanjang hari dari sinaran UVA dan UVB. Ia juga mengandungi bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia makanya ia sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga sangat lembut seperti menyentuh kelopak bunga, mempunya formula yang ringan dan terasa selesa apabila memakainya. Dan paling baik, ia adalah Cruelty Free ya. Formulanya juga menghidrat. Ia mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro sementara Asid hyaluronik memastikan kulit sentiasa lembap sepanjang hari.


Formula dalam ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni, dibuat dengan baik sekali sebab, sapuannya adalah sekata dan mudah pada kulit tanpa meninggalkan kesan putih. Ini kerana ia menggunakan penapis UV yang lebih maju, bukan kimia dengan lebih banyak formula transparent. Jadi anda tak perlu risau muka nampak putih, nampak kelabu, nampak tak sekata.. No No. Formula dia canggih, transparent ok. Selepas sapuan, tak rasa melekit, dan ringan je kat kulit. Sebab apa? sebab dia Lightweight atau Ultra Ringan!



Next, apa kandungannya? Petal Velvet Sunaway mengandungi Ekstrak Damask Rose untuk mampu melembapkan dan melicinkan kulit. Damask rose mempunyai nano molecular semulajadi, iaitu komposisi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, mengawal sensitiviti dan menguatkannya untuk wajah yang berseri-seri. Damask Rose tu tahu tak yang mana?.. πŸ˜‰ Ni kat bawah ni gambarnya. 

Damask Rose lawanya ahh...πŸ˜ƒ

Packaging dia memang simple lawa camtu. Warna pink lagi tu. Nampak ekslusif kan kan. Produk yang baik dengan harga yang sangat berpatutan. Tak mahal pun, mampu milik. 

Ini bila keluarkan dari kotak. Warna pink lembut. Simple tu yang nampak mahal tu. Container dia sangat berkualiti tau, bukan sahaja formula yang bagus, container pun bagus. 

Kita cuba ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni dekat tangan jom. 

Cara menggunakannya mudah sahaja. Pertama, goncang botol dahulu, Kedua, picit ke tangan atau terus ke muka. Ketiga, sapu dengan rata pada keseluruhan muka. Korang kena, wajib, harus pakai setiap pagi, sebelum makeup atau semasa ada pendedahan pada cahaya matahari. Senang je kan. Sapuan rata tu buat dengan jari je. ok 😊

Jom kita tengok hasilnya.. sebelum selepas. Picit sikit pada tangan.

Sapu rata. See... transparent, tak nampak bercapuk putih dan kulit nampak lembap dan sekata. Mudah sahaja nak sapu, tak kasar dan selepas sapu tak melekit. Sangat bagus sangat recommended!


Korang boleh dapatkan ALTHEA Petal Velvet Sunaway di sini :
 https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway
Harga ALTHEA Petal Velvet Sunaway : RM 43.00 sahaja.


ALTHEA Petal Velvet Powder

Yang kedua, Nova nak kongsi pasal ALTHEA Petal Velvet Powder pula. Pertama kali tengok ai nak cakap, "Cutenya!!!" comel sangat dengan kotak warna pinknya tu, atau kalau korang beli yang 3rd Anniversary Special Edition kotak dia warna purple Lavendar, powdernya warna pink. Nak dapatkan finishing touch yang lawa dan makeup stay lama, silalah pakai produk yang direka khas dari Althea iaitu Translucent Powder yang akan menghasilkan solekan tampak lebih kemas dengan sentuhan selembut sutera. 


Ia boleh didapati dalam 2 warna iaitu #0 Translucent and #23 Warm Beige. Atau kalau nak warna comel pink boleh dapatkan Edisi Terhad Ulang Tahun ke-3 #Pink Lavender . Cepat, stok terhad ya!

Apa bestnya ALTHEA Petal Velvet Powder ni? Infused dengan minyak dari biji Althea, powder ini berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit agar kulit kelihatan segar, berseri, serta memberikan bau yang lembut. Kalau tanya Nova suka yang mana, semua ai suka. Sebab formula dia sama, cuma ada warna dan bau yang beza sikit. Nova akan pakai sebagai makeup setting.. maksudnya, bila dah selesai letak foundation semua, kita buat sapuan rata menggunakan ALTHEA Petal Velvet Powder ni. Makeup akan tahan lama sikit sebab dia control minyak dan buat makeup tu nampak halus nampak original. Penting tau lepas pakai foundation kena pakai Translucent Powder tau. Wajib! Tambah-tambah kalau kulit jenis berminyak atau kombinasi.. memang elok sangat. Cubalah!

Ini Translucent Powder warna #23 Warm Beige, kalau kulit cekelat, nak makeup nampak natural boleh pilih warna ni. πŸ˜ƒ 

Kalau korang nak dapatkan ALTHEA Petal Velvet Powder boleh klik di sini :
https://my.althea.kr/petal-velvet-powder
Harga : RM 16 sahaja
@
Set Combo ALTHEA Petal Velvet Sunaway & ALTHEA Petal Velvet Powder (10% OFF)  di sini :
https://my.althea.kr/petal-velvet-set
Harga : RM 53.10

Kat bawah ni Nova akan tunjukkan hasilnya selepas memakai ALTHEA Petal Velvet Sunaway & ALTHEA Petal Velvet Powder. Pertama pakai ALTHEA Petal Velvet Sunaway dulu.

Kemudian, kita pakai ALTHEA Petal Velvet Powder

Tadaaaa!!! Nampak natural sangat dan selesa! Minyak terkawal! Kalau korang paling malas sekalipun, jangan sesekali berani tinggalkan Sunblock! kalau tak.. menyesal bila dah tua ok!

Terima kasih ALTHEA sebab hasilkan produk yang best dan hebat dengan harga yang sangat berpatutan! Dah tu dia bagi kita hologram pouch lagi. Yey!

So, apa tunggu lagi, sila ke website Althea di sini ye 


Thank you for reading guys!!! Jangan lupa usha website Althea tau! Janji k!
Sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦


Comments