Awana Skyway Cable Car Genting Highland Tempat Berjalan di KL

Salam Holla,
Tak tahu nak pergi mana masa cuti sekolah?
Pernah naik Cable Car Genting Highlands? Kalau tak pernah pergi elok juga pergi sini. Best weh. Dah lama giler bebeh tak pergi genting. Last ai pergi masa baru kahwin dengan suami. Dah hampir 7 tahun lepas la jugak. Kenapa tah, macam tak rasa nak naik ke sini. Sibuk dengan anak kan.. Ok, tapi tetiba pulak suami ajak naik Genting tah apa la nak dibuatnya dengan anak dua ketul ni kan. Aku memang malas nak mengusung anak dekat public place tapi terajin pulak haritu. OK. Ni cerita bulan 5 tahun 2018. Tapi kawan aku baru je naik Cable Car Genting last week dia punya feedback......

Komen kawan aku, Ariyana yang baru je naik Cable Car ni :
"Best, sebab first time. Masa pergi genting rasa macam kat negara lain, ada Kiosk Tiket Layan Diri, beli kat machine dia je. Tak payah beratur. Senang. Pastu boleh pergi Genting Mall. Best mall tu sebab senang nak makan tapi mahal sikit. Tapi still banyak option. Pastu kat genting ada coffee machine dekat area Believe It Or Not. SYOK!!!"



What is the price of a ticket?
For the standard gondola, tickets are RM7 per person or 5GP for Genting Rewards Card members. An express boarding pass can be purchased for RM24. For the glass-floor gondola, tickets are RM33 per person or 24GP for Genting Rewards Card members. 

RM 7 tu sehala ye. Aku pergi atas Genting naik kereta so aku turun ke GPO naik Cable Car, dah makan semua shopping bagai aku patah balik ke Genting. LOL sebab masa ni aku tak tahu yang Awana Skyway ni dalam GPO tu jer. Agak bongok di situ. hahha patut aku park je kat GPO pastu naik Cable Car. So jangan buat macam aku, duk pening-pening je naik Genting guna kereta. Kan senang kalu Park je kat GPO naik Gondola ke atas.



Tak lama menunggu di Skyway ni, Sokojap ajo. Pergi aku naik dengan satu family ni, Balik, I mean dari GPO ke Genting, kitorang je. So balik memamg heaven la. Boleh nyanyi nyanyi dalam Cable Car. Masa tu bukan musim hujan, so angin tak kuat pun biasa je. Aku ambik yang biasa je takdala mampu nak ambik yang see through kalau tak disponsor kan. hahahahaha πŸ˜ƒ


Uihh.. mana tak teruja, eiman pertama kali naik Cable Car. Excited sangat lah. Dahtu dia pun bukan jenis penakut, so seronok dia tengok pokok tinggi-tinggi tu. Kuat suaranya. Aku jerla yang tahan gayat tak tengok bawah. Sis scared!


Husband ai memang suka jejalan ni. Adventure katanya. Tu lah yang tak berapa nak gemor sangat tu. Ai is tak suka sangat adventure-adventure ni. Maklumlah, lemah semangat. haha kusssss.


Ni memula sampai Genting City Mall, aku dah ajak husband ke Sephorah. Gila tak ajak dia. Mesti wajiblah nyinggah kalau tak apa guna kita layankan advanterous dia sampai muntah2 kan. Jalan sikit punya baik!.. Corner sikit punya layan. So, you layanlah ai pulak kan. Bang... makeup satu bang!.. kih kih kih. 😊


Ya Allah lawanya kau ni. Aduuuhh aduuh duh duh duh duh duh.. 

Sekeping gambar di Genting City Mall. 

Satu dalam bilik ayor.

So, berbalik semula kepada GPO. Di mana kami sampai di sini dengan menaiki Gondola. Makan tengah hari kat sini. Makan... ehh apa ehh.. lupa la awak. Jap ingat jap. Ohh ya, makan kat Coffee Bean. Makan western which is husband ai tak bleh belah. Dia nak nasik jugak tapi sebabkan ai dah layan dia punya Adventerous Gondola dia, kenalah ikut. Haha makan Pasta Kopi dengan Lasagna ke apa tah. Lupa dah. Gambar pun tak ambik sebab lapar nau. 


Layan gak pemandangan kat sini. Boleh bikin hari terasa berbunga-bunga pabila kekasih hati di sisi. 

Kita snap gambar dia satu.

Dia snap gambar kita satu.

Lawa nau anak aku menangis kat gambar atas ni. Memang cengginilah bila dah penat. Nak dukung pulak, tah siapa larat nak gondong dia. Kenalah tukar, adik dukung eiman stroller. Cabaran cabaran!

Bila anak dah nangis penat. Jomlah kita balik. Jom. 

Next time nak datang lagilah, nak makan aiskrim famous beratur panjang tu apa nama dia... ehh.. adoi.. lupalah. Kalau korang tahu tolong tulis sikit kat komen.

Oklah. Byue semua. Tq tq.


Comments