Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature Untuk Semua Jenis Kulit

Salam,
Holla. Masa mula-mula aku kahwin dengan suami, banyak benda yang aku kena faham dan tolerate dengan perangai dia. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi dah lama kahwin ni, aku dah terlebih faham dan dia pun sama juga. Ada beberapa tabiat yang dia berjaya ubah sebab aku rasa perlu ubah dan salah satunya adalah berkenaan penjagaan kulit muka dia. Sebelum kahwin dia memang cuci muka guna sabun mandi je. Ko rasa? hahaahahahha. Ok tapi itu dulu, sekarang dia punya skincare pun boleh tahan juga satu beg. Perubahan yang husband aku buat memang sangat memberi kesan kepada kulit muka dia. Kalau masa dulu jerawat sana sini, kulit muka kusam, bau lori pastu banyak pori-pori terbuka, sekarang Alhamdulillah dah banyak sangat ok. Cuma parut jerawat masa sekolah dulu masih ada melainkan buat rawatan laser. Untuk kulit muka yang berminyak, berjerawat ataupun kering dan kusam aku suggestkan korang cuba Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature (Korea) ni.


Sudah hampir 2 minggu aku dengan suami cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Kulit yang berminyak rasa terkawal. Especially aku yang sejak kebelakangan ni banyak attend event di pejabat. Bila pakai makeup, kalau lebih dari 4 jam, kulit dah mula rasa berminyak dan foundation dah tertanggal. Tapi nampak banyak perubahan pada kulit muka lepas pakai pencuci muka ini sahaja. Serius. Bila aku baca balik kandungan utama Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ia mengandungi Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil. Oh patutlah, dua-dua bahan ni memang sangat-sangat bagus untuk kulit muka. 


Aloe Vera kan fungsinya untuk melembapkan kulit, anti-radang kulit, merawat jerawat dan mengurangkan spot mark pada kulit. Pastu, Tea Tree Leaf Oil pula untuk melembutkan kulit, merawat jerawat, anti fungus dan mengurangkan infeksi. Kalau korang ada masalah jerawat sangat-sangat recommended produk ni. My husband yang jenis kulit muka berjerawat, jerawat dia agak kurang tumbuh sejak guna ni. Kalau tak, hilang satu timbul dua, hilang dua timbul tiga. Sampai ke sudah jerwatnya tak pernah nak hilang. Ada je kat mana-mana. Memang ai suruh dia stop produk lain dan fokus pada yang satu ni sahaja. Nampak better kulit dia sekarang. Nanti ai tunjukkan juga gambar kulit dia sekarang. 


Orang lelaki ni, kalau kita tak bantu jaga kulit dia memang diorang ni ambik mudah je kan kan. So, korang pun dah lawa kan, takkan nak biarkan kulit muka husband korang berminyak-minyak berlemuih-lemuih. "Invest lah sikit bang, untuk kebahagiaan kita bersama juga kan kan" hiihii Kenapa aku suggest produk ni, sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit muka korang untuk angkut keluar semua minyak-minyak, pori yang tersangkut, sampai ke liang pori paling hujung dia cuci habis. Lepas dia angkut semua minyak dan kotoran muka tu, muka akan terasa lembap dan segar. Tidak mengeringkan sama sekali ye. Bila buka mulut tak rasa cekang. Ok je. 


Sambil dia buang kotoran tu kan, kulit mati juga akan di bawa bersama. Ada juga kesan exfoliate tapi tidak akan merosakkan sel kulit sihat dan disamping itu dia bagi nutrien pada kulit korang. Ingat tak, ada Tea Tree Leaf Oil, itu sangat bagus untuk kulit tu. Selama aku dan suami pakai produk ni, memang takda kerengsaan kulit malah kulit nampak lebih bermaya dan sihat. Mencerahkan juga sebab dia dah buang sekali sel-sel kulit mati kan. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif ke, kering, berminyak, jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam. Bagi Nova paling nampak sekali, pori makin kecik dan sekaligus whitehead pun berkurangan. Nampak tak buih dia, memang halus dan akan masuk jauh dalam kulit korang. 


Pastu, buat sesiapa yang pemalas sangat nak cuci makeup sebelum tidur, PLEASE lah ye, kesian kulit tu tak dapat bernafas sayang oii. Nak tido kena cuci muka ye, pastu berus gigi dan cuci kaki sekali kang ngigau pulak. haha Ya, ai paling malas, paling penat pun nak tido sangat, ai pakai pencuci muka ni je untuk buang makeup. Kalau tebal sangat kena double cleansing lah ye. Kalau biasa-biasa setakat pergi ofis, sekali cuci dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pun dah cukup bersih. Kulit muka terasa segar dan lembap. Mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat penting ya puan-puan, kalau tidak kulit muka akan cepat berkedut dan berkerepot awal. ha.. nak ke?

See.. ai pakai ni je sekali zap zap zap cuci tanggal semua kotoran di muka.

Ai memang peminat setia pencuci muka jenis foam bubble ni. Memang dah lam tahu buih foam ni akan masuk jauh dalam kulit.

cara nak pakai pencuci muka muka ni sangat mudah.

1. Pastikan muka dan tangan anda basah terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.

2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah.

3. Lepastu, basuh muka dengan air suam.


Pam kat tangan dulu 💛


Fokus sikit kat buih dia ♥️


Memang suka pencuci muka ni. Ia memang rutin Nova paling tidak 2 kali sehari, sekali cuci pagi, sekali cuci malam. Kalau rajin 3 kali sehari. Pun ok, kulit takkan kering, akan rasa lembap sahaja selepas mencuci. APA? Macam mana nak dapatkan? Oh macam ni... korang boleh beli secara online di sini :






Oh ya, ni muka husband ai, makin cerah dan kurang berjerawat.

Terima kasih korang, jangan lupa tau. Kecantikan itu tidak datang bergolek. Usaha dan terus usaha. Anda dah cantik, jangan lupa hensemkan suami juga ya!

Muah. Tq for reading ya 💗


Comments