Review Clinelle Skincare Whitening and Brightening

Salam,
Holla,Aku daah lama nak review produk Clinelle ni. Masa aku bersalinkan Fatimah dulu, aku semacam kerasukan nak mencuba skincare baru. Jenis tak menahan kalau tengok kulit putih gebu-gebu. Entah pembawakan budak masa tu ke apa tah. Masa pantang tu memang siap nak nangis lagi nak suruh husband ai bawak pergi watsons. Pastu boleh layan duduk dalam watsons tu belek satu-satu skincare baca ingrediants dengan kebaikannya. Tetiba keluar watsons terbeli Clinelle Whitenup ni. Aku rasa masa tu dalam tahun 2016. Huh apak lama baru nak cerita. Biarlahkan, bukan sponsored post pun, so sukahati ai lah bila nak post story ni kan. wakaka.


Ya, tahu ini packaging lama. Bila aku check online, dia dah tukar packaging baru daa.

Ini packaging baru dia. Semua purple. ha kalau tukar packaging ni, aku tak surelah formula dia sama ke tak sebab yang aku review ni packaging lama.

Ini gambar asal aku pernah post kat Instagram masa kegilaan sangat nak pakai skincare baru. Nak putih kan. Kena cari yang ada perkataan White white tu. kikiki 😊

Ok, berbalik kepada review yer, aku pakai masa tu memang komited sesangat, pagi petang malam.


Yang ni serum dia. Katanya serum ini; "Serum yang sangat pekat yang mencerahkan pigmentasasi menghalang pembentukan melanin untuk mencerahkan secara cepat dan berkesan".

Dia macam gel, selalunya serum memang macam gel pun.

 Yang ni Toner dia. Bagusnya toner ni sebab dia spray2 di muka, kalau takda kapas muka spray ke muka dan sapu rata dengan tangan. 

Ha.. nampak tak spray dia tu kan.

sebelah kiri tu spray atas tangan. Bau dia macam klinikal sikit. And for me, ai ok je.

Pastu pakai night cream. Paling malas ya ampun nak pakai night cream ni. Kalau pakai night cream, memang kesan akan nampak cepat. Ya, sangat cepat ok!

Cream, sapu je kat muka. Mula-mula ada rasa sedikit sticky, tapi bila dah absorb dalam kulit muka, akan rasa ok. For me la. ai ok janji kulit ai jadik lawa.

 Dia cream putih.

Ok selesai aku cerita produk-produk Clinelle Skincare Whitening and Brightening yang ai pakai ni, ai rasa overall ok. Kulit memang nampak perubahan dan semakin cerah, tapi bukan terlalu cepat. Kalau produk kult muka ni cepat sangat kesan dia tu tak bagus ye. Seeloknya dalam masa 28 hari, 1 cycle kulit bersalin akan nampak perubahannya. Cuma pada aku, kulit jadi sedikit kering, selepas pakai dalam 5 hari macam tu. Tapi aku letaklah moisturizer kat kulit. Brand lain, Dia ada day cream tapi macam tak fokus sangat pada kelembapan kulit. More pada yang memang fokus nak cerah. So korang pun bolehla topup dengan moisturzer yang jenis takda chemical pun elok. Nak campur skincare ni kena hati-hati sikit. Carilah yang tak banyak chemical ya.

Macam clinelle ni, paraben free, no artificial fragrance, no artificial colour no mineral oil and no lanolin. Yang baru ni nampak macam ada tambahan "Advanced Anti-Photoaging Technology". Macam best jer tu, nampak muda ke macam mana. Hahaha.. harga dia berpatutan dan skincare ni dah lama giler sangat ada kat pasaran. Boleh yakin ye.

So, korang nak try ke? Boleh try la yang baru dan kalau ok bagitahu la ye. 

Nak maklumat lanjut boleh check kat sini 
Facebook : https://www.facebook.com/clinelle

Ok guys. Thank you for coming and reading. Muah! πŸ˜ƒ

Comments