Hansaegee Nature dan Website Shopping Online

Salam,
Holla semua. Pernah dengar Hansaegee Nature? Jenama ini dah masuk tahun yang ke 7 sejak ditubuhkan pada 2011. Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpangkalan di Malaysia dan produk-produknya dibuat Original di Korea. Produk keluaran Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan Original diimport dari Korea. Kalau nak tahu, semua bahan yang terkandung di dalan produk mereka, diluluskan secara sah dan selamat digunakan. So tak perlu was-was. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan produk yang berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh semua. πŸ˜ƒ

Ye, itu Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser kegemaran saya! 😊


Ya, produk-produk Hansaegee Nature hanya boleh didapati secara online sahaja ye. Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature boleh dibeli di laman web www.hansaegee.com/shop. Memang kat sini sahaja korang boleh beli produk-produk keluaran Hansaegee Nature ni tau. Ia tidak dijual dimana-mana kedai runcit atau online shop yang lain. Ok! 

Ya, ini Online Shop Hansaegee Nature

Kalau korang nak tahu, produk yang paling meletop sekali selama beberapa tahun ni adalah Gold Nano CC Cream tau. Kenapa Gold Nano CC Cream ni meletop-letop... sebab All in 1. Ia bukan sahaja melindungi kulit dari panahan UV (SPF 30), malah ia juga mempunyai dual-fungsi iaitu Kawalan Kompleks Anti-kedut dan Mencerahkan Kulit dengan mengawal dan menyeimbangkan tona kulit secara semula jadi. Ia boleh mengikut warna kepada tona kulit anda secara semulajadi, menjadikan ia kelihatan sekata dan semula jadi macam tak pakai apa-apa. Memang Bestseller. Pada tahun 2016, Hansaegee Nature melancarkan pula Aqua Whitening Cream dan  terbaru Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tahun 2018. Semua produk ini ORIGINAL Made di Korea ya. Selain itu, Hansaegee Nature juga sedang meneliti beberapa produk lain seperti Penjagaan Mata, Mask Muka dan banyak produk penjagaan kulit yang baru. Wah... πŸ˜ƒ

Inilah dia Gold Nano CC Cream yang famous tu.

Cara Pembelian di Online Shop Hansaegee Nature ni mudah sahaja...

1. Mula-mula sila ke website www.hansaegee.com/shop dan Sign Up sebagai ahli. Nova suggest untuk anda daftar sebagai ahli untuk memudahkan anda melihat maklumat pembelian, mengemaskini status pembelian dan membuat Wish List.

2. Daftar Nama Pengguna, Kata Laluan dan Emel anda

3. Setelah mendaftar, anda akan diberikan sebanyak 50 points. Yey!

4. Seterusnya, kemaskini Alamat Penghantaran untuk memudahkan anda melaksanakan pembelian pada bila-bila masa.

5. Pilih produk yang korang nak beli, semua produk mempunyai keterangan terperinci, dan maklumat di laman web ini. Dah pilih, tambah bilangan dan tekan ADD TO CART

6. Setelah selesai memilih produk-produk yang hendak dibeli, Pergi ke Cart (sebelah kanan atas). Sila tekan GO TO CHECKOUT untuk meneruskan pembayaran.

7. Pilih syarikat penghantaran Gdex atau Pos Laju. Alamat anda akan dipapar sebab korang dah register kan kan. Senang.

8. Laksanakan pembayaran melalui Bank Transfer (Pemindahan Bank Online), Deposit ATM, atau Kad Kredit (melalui ipay88). Jika ada keraguan sila hubungi helpdesk melalui aplikasi atau Live Chat. Bantuan segera akan diberikan.

9. Selepas ni, kalau nak semak pembelian anda dan maklumat-maklumat lain korang boleh terus ke My Account dan Login macam biasa ya. 


Mudah sangatkan? Kalau korang beli barang RM 70 dan ke atas, penghantaran adalah PERCUMA di seluruh Malaysia tau! Paling syok, penghantaran diorang ni cepat. Kalau korang buat pesanan dan pembayaran sebelum jam 10 pagi, barang akan dihantar pada hari yang sama, jika selepas 10 pagi akan dihantar pada hari kerja berikutnya. Wow! Lepastu, korang juga akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM 1.00. Dan setiap 100 mata boleh ditebus untuk belian seterusnya. Mata ganjaran ni tak ada tamat tempoh ya. Memang ikhlas nak bagi point kan kan.

Yang bagusnya tentang Website Hansaegee Nature ni kan, untuk setiap produk yang dipaparkan, korang boleh dapat macam-macam maklumat tau. Ada info lengkap mengenai produk, REVIEW pun ada, Cara Penggunaan Step by Step tau. Sebagai contohnya kan, untuk AQUA WHITENING CREAM, korang boleh tengok semua maklumat tu di sini. Rasa macam pergi sendiri ke kedai tengok barang pun ada.






Ha.. detail sangat tau kalau korang tengok kat website Hansaegee ni. For sure, sangat-sangat membantu korang untuk lebih memahami mengenai satu-satu produk. OK!

Next, Nova nak share juga dengan korang mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser pula.

Nova nak recommend kat korang, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Memang best. Serius ni, ai dah pakai lama juga produk ni. Ada dalam 2 bulan dah rasanya. Selalunya, kalau kulit Nova tak sesuai dengan sesuatu produk akan naik bintik-bintik merah. Tapi yang ni ok, takda gatal takda bintik. Memang produk ni sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit. Kandungan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kulit akan terasa lembap dan segar. Diantara fungsinya Aloe Vera dalam produk ni adalah untuk melembapkan kulit, anti-radang kulit, merawat jerawat dan mengurangkan spot mark pada kulit. Pastu, Tea Tree Leaf Oil pula untuk melembutkan kulit, merawat jerawat, anti fungus dan mengurangkan infeksi. Sebabtu ai cakap pencuci muka ni sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif.  


Close up sikit, satu lagi


Pencuci muka ni jenis foam atau buih. Buih ni sangat kecil dan fungsi dia memang untuk masuk dalam kulit korang tarik kotoran daki ke sisa mekap ke asap lori ke.. dia sampai ke hujung. So memang ada step dia untuk guna pencuci muka ni. Jangan risau.. senang je!



Cara-cara mencuci muka menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Nak tangkap gambar tengah cuci muka bukan senang nak pose kan, so Nova share dengan korang nanti video step by step Nova cuci muka ya!...

1. Pastikan muka dan tangan anda basah terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.


2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. 


Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah. (haha my silly face)

3. Lepastu, basuh muka dengan air suam.

Siap..senang je kan? So, kalau pakai makeup tu nak double cleansing pun boleh juga. 

Ah... macam mana? Teruja tak? Apa lagi tunggu, korang tengok-tengoklah dulu mana yang rasa berkenan di hati tu di sini... www.hansaegee.com/shop

Kalau nak baca lagi ai cerita mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni korang boleh ke sini : http://novaleeza.blogspot.com/2018/10/pencuci-muka-aloe-ac-clean-bubble.html

Ha... sikit punya besar kita bagi link dia kat awak. So kesimpulan yang Nova nak cakap, alah membeli menang memakai. Nova rasa berbaloi beli sebab hasilnya juga bagus. Kalau korang nak lebih banyak review berkenaan mana-mana produk dari Hansaegee Nature, korang boleh klik pautan di sini ya! https://hansaegee.com/shop/blog/reviews.html. Dan.. kalau korang nak tengok tutorial penggunaan mana-mana produk juga boleh tengok di sini : https://hansaegee.com/shop/blog/tutorials.html. Haa... semua ada tau kat website Hansaegee Nature ni, dan kalau korang tak jumpa juga apa yang korang nak... silalah berhubung dengan mereka melalui Live Chat, WhatsApp, Atau E-mel. Ok! So.. rasanya sampai di sini sahajalah pok pek ai kalini. Best kan.. rasa macam nak cuba kan kan... πŸ˜ƒ





Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Terima kasih korang, jangan lupa tau. Kecantikan itu tidak datang bergolek. Usaha dan terus usaha. Jom cecantiks!

Muah. Tq for reading ya πŸ’—

Comments

Post a Comment