Review : ALTHEA Milk Peel Cream Mask

Salam,
Holla semua. Memperkenalkan ALTHEA Milk Peel Cream Mask yang panas di pasaran. Produk terbaru dari ALTHEA Korea. Siapa suka pakai Mask kita sepp sikit, kita geng. Milk Peel Cream Mask ni dalam botol. Kandungannya 50 ml, i tell you very the jimat. Harga hanya RM 36.00 sahaja. Kalau pandai bajet boleh tahan 4 bulan ke atas. Kalau kerap pakai at least 3 bulan boleh pakai. Kenapa jimat? Sebab, dia cream mask, dia pekat dan dengan dua pam sahaja dah boleh cover satu muka.... malah.. (baca seterusnya..) →


Malah ia juga mempunyai banyak kebaikan untuk kulit muka anda. Apa kebaikannya?

✅ Masker pengelupasan yang berubah dari tekstur tanah liat kepada krim pekat

✅ Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menyerikan semula kulit muka

✅ Diformulakan dengan AHA & BHA, berkesan menghapus sel-sel kulit mati perlahan-lahan 


Ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit muka sama ada kulit anda berminyak, kulit kering mahupun kombinasi. Sesuai untuk :

◽ Jenis Kulit Kombinasi
◽ Pori Terbuka
◽ Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
◽ Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas pengelupasan


Apakah kandungan Utama dalam Milk Peel Cream Mask ini?

Bahan-Bahan Utama

☆ Ekstrak protein susu - Melembapkan dan menyihatkan kulit

☆ AHA & BHA - Mengelupaskan sel-sel kulit mati dengan lembut menjadikan kulit licin

☆ Kaolin - Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang kulit



Macam-mana Nak Pakai?

♡ Lembabkan muka, dengan membilas terlebih dahulu

♡ Sapu masker ke seluruh muka, ratakan sehingga terhasil buih-buih halus

♡ Biarkan selama 30-60 saat sebelum dibilas dengan air suam



Ratakan keseluruh muka, dan tunggu seketika

Setelah beberapa saat, buih-buih halus akan terhasil dari krim masker yang anda pakai. WOW kan! Love sangat! 💗

Apa pandangan Nova berkenaan ALTHEA Milk Peel Cream Mask?

✔️ Jimat
✔️ Tahan Lama
✔️ Rasa excited seban selepas beberapa saat krim bertukar menjadi buih-buih halus
✔️ Bau masker yang segar
✔️ Mudah digunakan, cuma pam dan sapu
✔️ Cepat, hanya memerlukan beberapa minit sahaja
✔️ Tidak menyakitkan atau merengsakan kulit
✔️ Kulit terasa segar dan lembab serta-merta
✔️ Menyingkirkan kulit mati perlahan-lahan
✔️ Kandungan yang selamat
✔️ Mudah di bawa ke mana-mana



Adakah Nova rekomen pembelian Milk Peel Cream Mask?

Definitely YES!


Kita kena pakai masker at least seminggu sekali kerana kandungan masker sangat proaktif, membantu membuang sel kulit mati dan menampung keperluan kulit. Kesimpulannya, kebaikan ALTHEA Milk Peel Cream Mask ni adalah :

Mengeluarkan sel kulit mati, tersumbat sebum dan kotoran dari udara tanpa merengsakan kulit.

Melembapkan dan menyegarkan kulit anda dengan kasein yang kaya dengan vitamin untuk kulit yang sihat.


Semudah ABC! Anda mesti cuba k!

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Sila ke website Althea di sini ye 



Thank you for reading guys!!! Jangan lupa usha website Althea tau! Janji k!
Sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦


Comments