Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju Lokasi Farewell Party

Salam,
Holla. Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju mempunyai kelas yang tersendiri dengan dekorasi dan pilihan makanan enak-enak yang berasal dari negara Thailand. Ini pertama kali Nova menjejakkan kaki ke Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju ni. Nampak dari jauh memang ekslusif, so sebelum masuk tu kena tengok menu dan harganya dulu la.. bukan apa.. takut terkejut je bila nak bayar nanti..πŸ˜ƒ hihi


Beberapa bulan lepas kami telah bersetuju untuk membuat sambutan perpisahan atau Farewell Party untuk beberapa orang staff dari Unit kami yang akan bertukar keluar dan ada juga seorang adik praktikal yang telah tamat praktikalnya selama 6 bulan di Unit kami. Ok, lokasinya memang sangat sesuai untuk Farewell ni kerana ia sedikit privasi dan tidak crowded sangat. Boleh habiskan momen2 terakhir dengan sahabat dengan keadaan tenang dan relaks.


Haritu kami tak walkin secara semberono sahaja, kami call dulu untuk booking dan tanya menu sekali supaya ngam dengan bajet yang kami ada. Nova bukanlah orang yang arrangekan booking dan order makanan, so i bawak badan sahaja lah. Masa mula kami sampai, kami dihidangkan dengan air sirap limau kalau tak silap. Setting table memang macam hotel dengan sudu garfu yang tersusun rapi dan kain lapik yang dilipat mencongek gittew.


Bila semua dah sampai, kami dihidangkan dengan tomyam dulu. Erm.. bagi yang kuat makan pedas memang heaven.. syurgalah! 

Kemudian, satu persatu lauk pauk yang di order di bawa keluar. Gambar-gambar bawah ni semua lauk yang kami order. Bab hiasan pinggan memang terbaek! Kita bagi 5 bintang. ☆☆☆☆☆
Pergh dia punya kerabu pelam.. leleh air liur kita wak!...

Ni apa nama tak ingat tapi tak silap rasa dia macam otak-otak

Sotong masak cili kering dengan asparagus

Ikan 2 ekor 

Telur dadar

Yang bawah ni.. ayam tau.. sedap juga masak ni

Alhamdulillah semua menu yang kami order dah sampai.

Tang deko bunga dalam pinggan tu memang seghonok nengoknya. Rasa macam kat pertandingan masak-masak dekat kampung-kampung. Ker  rasa macam dekorasi meja pengantin pun iyer jugak. haha πŸ˜ƒ

Lepas habis mencekik kami bagi cenderahati kat adik praktikal. We miss u adik.

Dan hadiah perpisahan buat Liyana yang bertukar keluar. Ada dua orang lagi yang bertukar keluar adalah Fira dan Yus. 

Total semua orang dalam 12 dewasa 1 kanak-kanak. hihihi

Dalam ingatan. 

Haritu hanya ada dua meja tetamu sahaja di tingkat bawah tu. So kami selesa dengan suasana yang tenang tu. Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju ni 2 tingkat. Layanan dari staff memang terbaek. Makanan pun sedap (makanan Thailand memang agak pedas ye) dan lokasinya pun senang untuk dikunjungi. Total belanja haritu tak silap dalam RM 500++ which is ai rasa ok dengan apa yang kami dapat. Especially part privasi dan dekorasi makanan. Seronoklah.. maybe akan ada lagi siri kujungan kami ke Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju ni lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki. Ameen.

So tu jerla nak share. Kalau nak maklumat lanjut bolehla hubungi Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju ni ok.

Address: 
12, Jalan Wangsa Delima, 
Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Operasi: 
Opens 11AM

Phone: 03-4143 6883


πŸ˜ƒ

Comments

  1. selalu nmpk. tp tak pernah singgah.. biasa pegi aeon big situ.. sekarang aeon big parking dah kena bayar.. huhu.. bengkek je !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke saya pun first time singgah makan. laaa dah kena bayar ke.. erm...

      Delete

Post a Comment