Restoran Mesra Kanak-Kanak Weaning Tots di MyTown Kuala Lumpur

Salam,
Kadang-kadang sabtu dan ahad aku bawa anak-anak ke Weaning Tots di MyTown Kuala Lumpur. Restoran ini sangat unik. Anak-anak boleh bermain sambil makan. Restoran ini diubahsuai menjadi mesra kanak-kanak. Mereka seperti berada di taman kanak-kanak atau playground riang memanjat, melungsur dan berlari. Tiada siapa yang akan marah pada anda jika anak anda berlari-lari di dalam restoran ini. Umpama syurga bagi mereka bila aku bawa mereka ke sini. 


Aku juga akan bermain bersama mereka, tidak akan membiarkan mereka bebas begitu sahaja kerana mereka masih kecil. Mungkin bila sudah biasa dengan keadaan di dalam restoran ini, aku boleh mengambil selangkah kebelakang. haha 😃 Biarkan mereka dengan dunia mereka. Bermain, bermain dan bermain.

Lokasi kedai ini di  L2-02 MyTOWN

Tiada charge yang dikenakan untuk bermain apa sahaja yang disediakan di dalam restoran ini, anda hanya perlu makan dan minum di sini. Itu sahaja. Makanan dan minuman yang disediakan di sini sangat mementingkan kesihatan. Cadangan menu adalah makanan yang baik seperti brown rice, sayur-sayuran seperti salad dan makanan kurang minyak.


Ada 2 slide di dalam restoran ini. Slide di hujung ini lebih tinggi dan panjang. Memang kesukaan Fatimah bermain slide.

Jika anak penat bermain, anda boleh mengajak mereka untuk berehat seketika dan membaca buku-buku cerita yang disediakan. Menarik kan? Sambil baca buku, anak-anak boleh makan makanan yang telah siap.


Restoran ini, boleh tahan juga ramai bila hujung minggu, meriah sungguh. Jika anda rasa anda perlukan sedikit ketenangan, anda kena datang awal dalam jam 10.30 -11.30 pagi Sabtu atau Ahad, pengunjung masih belum ramai.


Seperti Tree House, anak-anak memanjat ke atas dan melalui terowong ke bahagian lain, memang seronok kalau kita pun dapat join mereka...tapi kalau kurus dan rasa confident nak panjat ke atas silakan lah. hihi 😃

Selain memanjat dan slide, anak juga boleh bermain bola dan leka bermain dengan paip bola yang dilekat didinding. Aktiviti ini menarik buat anak-anak yang berusia kurang dari 3 tahun.

Oh penat bermain, jom kita minum dulu. Nova order Air Teh Destress kalau tak silap. Campuran teh yang mampu memberikan ketenangan katanya.

Anak-anak memang suka Pancake Coklat ni. Sedap.

Ini pancake kali kedua kami ke sini. Nova memang minta yang ada gambar teddy bear ni untuk attrack budak2 ni makan dulu sebelum main.

Aktiviti wajib setiap kali kesini adalah membuat pizza sendiri, make your own pizza. ♡

Mudah sahaja, Sapukan sos tomato sekeliling roti

Tabur Ayam dan Cheese dan teakhir timun.

Siap, oh memang bergaduh juga merkea berdua ni, masing2 nak buat Pizza. Lepas siap Pizza ni, mereka akan ambil untuk dibakar.

Tadaa.. siap di bakar. Yey!

untuk mak ayah, kami order ni.


Popcorn ni mereka bagi. Sabtu pagi masatu aku datang. Dia ada masa yang diberikan percuma. Tak ingat apa yang dia cakap.

Oh ya, dimeja juga disediakan kelengkapan untuk mewarna. Ha.. bayangkan, banyak aktiviti yang mereka boleh buat di sini kan?

Sambil bermain doh, mummy akan suap pizza ke mulut mereka. Aku pun akan main doh ni juga. Seronok juga main doh ni, hilang stress mak tau! Anak pun happy. Selain doh, ada juga disediakan kapur papan hitam untuk menconteng dan aktiviti kraf yang boleh dibeli.

Best kan? Kalau ke sini, Nova akan ambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam. Lama sikit sebab tu datang awal pagi sikit. Inilah cara aku menghabiskan masa hujung minggu kalau daddy kerja. Rasa cepat je masa berlalu. What a great escape for parenting job at home. Lets play together with them. The kids will enjoy and so do you!

Ok terima kasih sudi singgah. Bye!


Comments