Tempat Menarik di Menara Kuala Lumpur, Mini Zoo, Blue Coral Aquarium dan Rumah Terbalik

Salam,
Duduk di Kuala Lumpur tapi banyak tempat menarik masih belum dikunjungi. Termasuklah orang yang menaip ni. Sejak ada 2 anak ni baru la rajin bawa budak-budak jalan-jalan di serata Kuala Lumpur. Last Nova pergi Menara KL masa surprised birthday date oleh husband di Restoran Berputar Kuala Lumpur tahun 2016. Lepastu tak pergi dan tak tahu pun apa yang menarik di Menara KL ni selain Restoran Berputar tu. Last few months, sekolah Wafri nak adakan trip ke Menara KL. Aku macam blurr.. Menara KL ada apa? Aku fikir dia nak naik Menara tu la kot yang ada gelas pandang ke bawah gayat tu. Yang lain aku takda idea. Wafri pun beria-ia nak pergi, kami pun bayarkan jerla RM 90 kalau tak silap.


Masa ambik Wafri balik dari lawatan sehari ke Menara KL, seluar dia singkat. Aik seluar siapa pulak budak ni pakai. Cikgu kata Wafri dah terkucil dalam seluar, so cikgu pakaikan seluar spare. hahaha Wafri cakap dia tak tahan, tandas jauh tak sempat masuk tandas dah terkencing. hihih πŸ˜ƒ Kemudian, cikgu blast gambar-gambar budak-budak ni masa lawatan di Menara KL. Erm.. masatulah baru aku tahu macam-macam aktiviti di Menara KL ni rupanya. πŸ˜‰ Next week, sepupu Wafri datang ke rumah kami dan katanya nak pergi Menara KL macam Wafri pergi. Aku post gambar Wafri di Whatsap family ke Instagram tahla.. lupa. Terus kak pika nak pergi juga. Ha.. jomla aku kongsikan apa yang korang boleh buat di Menara KL ni.

Harga masuk Menara KL boleh check di sini : https://www.menarakl.com.my/index.php

Tapi, masa aku pergi haritu, aku walkin je. Kat counter menara KL tu ada tawaran pakej menarik beberapa pilihan. Boleh je pilih mana-mana ikut kesesuaian bajet. Macam yang aku ambik ni Menara Kuala Lumpur, Mini Zoo, Blue Coral Aquarium dan Rumah Terbalik dalam RM 60 kalau tak silap. Ah lupa.. tapi dalam camtu la rasanya. haha sorry.

Blue Coral Aquarium
Kredit gambar dari Blue Coral Aquarium
Macam-macam spesis ikan ada di sini..nemo la paling famous yang budak2 ni kenal. Ada shark dan ikan pari juga.

Coral lawa. Bila tengok rasa tenang je.


Ni la rombongan Cik Mah, yang takda dalam gambar kakak No. 2 sebab dia ambikkan gambar ni la

Mak

Bolehlah


Mini Zoo

Next, kitorang ke Mini Zoo.. sebelah Menara KL ni je. Boleh tahan juga berpeluh mendaki sikit sebab kawasannya tepi bukit. Aku suggestkan pakailah kasut yang selesa. Binatang jinak, ada yang boleh bagi makan. Ada penjaga pun dalam ni. Lama juga dalam ni, paling cepat 30 minitla.


Tengok mak tu. Suka sangat tu.

Kura-kura besar ni jinak. Boleh bg makan sayur.

Kambing pun ada kalau budak bandar tu elokla sangat tak pernah tengok kambing kan.

Fatimah memang berani sangat. Kambing pun suka.

Berjalan ke bawah, rumah burung.

Jejinak



Rumah Terbalik  

Next, kami ke tengah sikit, masuk rumah terbalik. Aku pun sebelum ni tak tahu KL ni ada rumah terbalik. Nak masuk kena ambik nombor. Bila nombor kita dipanggil baru masuk. Tak boleh masuk sekali sebab nanti crowdedla dalam tu kan. Masa menunggu tak lama sangat. Sambil tunggu boleh posing2 kat luar dulu.


3 beradik perempuan

Cam lawa pulak gambar ni. haha 😊

Masa masuk, dia suruh posing satu. Kalau nak beli gambar ni RM50 kalau tak silap.

Aah.. mula2 tak pandai sangat nak ambik gambar ni macam mana. Tapi dalam tu ada staff dia yg boleh ambikkan gambar dan ajar kami nak posing camana. Ha.. dia yg susun kitorang. haha

Ha.. ni dh pandai dah ni..

Wafri pergi kali kedua.. so dia pandai dah nak posing macam mana. Ni dia yang suruh ambik gambar dia nak macam spiderman katanya.

Sis cuba.

Last sebelum keluar. Penat juga posing2 ni.

Menara Kuala Lumpur @KL Tower

Last sekali kitorang naik Menara KL. Yang ni dah pernah pergi so takda yang baru sangat. Cuma lepak2 menikmati pemandangan petang dan makan aiskrim kat atas ni. Layannnn...



Tinggi. Sis gayat

Acah2 tourist pun boleh.

Erm... dah penat ni. Okla jom balik.


Ha.. tula. Seharian juga kami kat sini. dari pagi sampai tengah hari. Budak2 penat sebab dari kat aquaria dh berlari2. Tu masuk kereta terus tidur.


Ok juga kan kat sini. Budak2 paling enjoy. Kalau tak tahu nak ke mana. Jalan2 la ke sini.

Ok tu je. Bye.

Sekian.


Comments