Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn, Kuala Lumpur Glenmarie

Salam,
Minggu lepas, Nova berkesempatan untuk menghadiri jemputan dari Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie untuk meraikan rakan korporat, warga kerja dan 35 orang anak yatim berusia antara empat hingga enam tahun dari Rumah Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Anak yatim ini berusia antara empat hingga enam tahun telah menerima sumbangan ikhlas dan buku pendidikan serta buku aktiviti dari pihak hotel.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie dan Datuk Aznil Haji Nawawi. Antara barisan artis yang turut sama memeriahkan majlis adalah Shiha Zikir, Qody, Pasha, Nizam Laksamana, Ezlyn, Kay Khydir, Zaim, Lana Nordin dan beberapa artis lain.



Dalam meraikan anak-anak yatim ini, pihak hotel juga mempromosikan Bufet Hotel, bersempena ketibaan Ramadhan tidak lama lagi. Konsep yang dibawakan pada kali ini bertemakan ‘Citarasa Desa’ dengan 200 sajian pada ‘stall’ yang berkonsepkan masakan tradisional, bazar ramadan, dan suasana kampung. 


Antara hidangan istimewa ini disediakan oleh chef professional mereka adalah Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan pelbagai jenis Pencuci Mulut yang pastinya sedap-sedap belaka. Kalau nak tahu, hidangan Bufet Ramadhan tahun ini diketuai oleh Chef Professional iaitu Othman Abu Baker, yang telah berkhidmat di dalam bidang masakan hampir 30 tahun.

Sup Gearbox

Nasi Briyani Ketuk Ramadan..uh sedap!

Pelbagai jenis masakan kampung

Makanan kampung pasti pembuka selera. Boleh tambah 2 pinggan. 😊

Pelbagai jenis lauk pauk untuk dipilih

Wah! Mee goreng pun adalah!

Pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan di sini

Bukan itu je, makanan bergoreng seperti keropok lekor, karipap pun ada tau!

Macam-macam jenis kek dan pencuci mulut juga disediakan

Wah! Chocolate fountain lah! Nyums!

Aneka buah-buahan disediakan juga

Oh! Durian pun ada!

Wah sedap2 semuanya. Memang puas hatilah makan di sini. 
Lepas makan kita menjamu rojak pula

Jangan dilupakan Ais Kacang dan Cendol pun ada

Banyak lagi tau makanan, tak dapat nak masuk semua dalam ni. Kalau korang nak tahu kenalah buat tempahan awal. Harga jimat banyak kalau tempah awal tau! Selain itu, kemudahan yang ada di sini adalah parking percuma, WiFi, tempat permainan kanak-kanak, Surau, live band, badut, pertunjukan masakan dan pelbagai lagi. Jika anda buat tempahan awal sehingga 30 April 2019 anda akan mendapat harga promosi iaitu RM 118 sahaja. 

Harga Buffet 
Dewasa RM148nett
Kanak-kanak (6 -12 tahun) RM75nett
Warga Emas RM99nett

Early Bird
Mulai Hari ini hingga 30 April 2019
Dewasa RM118nett
Kanak-kanak (6 -12 tahun) RM48nett
Warga Emas RM88nett


Sekiranya anda ingin mendapatkan harga Early Bird ni, anda boleh menghubungi talian 03-7802 5200 samb. 2135 @ 012-399 9092 atau emel pada dining@holidayinnkl.com.my untuk tempahan. 


Ha, apa tunggu lagi. Macam-macam ada tau di sini. Kalau anda duduk di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, tak jauh dah tu dari rumah anda. 😊

Sekian, Selamat Berpuasa!


Comments