DiamondPure | Susu Yang Hanya Mengandungi Protein Susu A2

Salam,
Pernah dengar Susu Yang Hanya Mengandungi Protein Susu A2? Ha, ni pertama kali Nova dengar tau. To be honest! Jika sebelum ini anda selalu dengar susu menyebabkan perut rasa tak selesa, perut berangin, perut meragam, tapi denga susu premium DiamondPure, semua ini dapat di atasi. Semestinya susu yang hanya mengandungi Protein Susu A2 mempunyai lebih kebaikan kepada anda seisi keluarga.


Apa itu Susu Protein A2? A2 bermaksud A2 Beta-Casein Protein. Kebanyakan susu lembu yang ada di pasaran adalah susu A1; sangat jarang kita dapat mencari susu yang tidak mengandungi protein A1. Susu Protein A2 ni adalah alternatif untuk orang yang mengalami ketidakselesaan usus selepas minum susu. Susu jenama DiamondPure mengandungi hanya protein A2, menjadikannya mudah dicerna usus dan lebih sihat. DiamondPure adalah susu semula jadi, berasal dari New Zealand. 


So Apakah sebenarnya perbezaan diantara Susu A1 dan A2?
Komponen protein dalam susu terdiri daripada sehingga 80% kasein. Susu mempunyai beberapa jenis kasein dan beta-casein adalah kasein jenis kedua yang paling biasa dalam susu lembu. 

"A1 beta-casein berasal dari baka lembu yang paling biasa yang berasal dari Australia, Amerika Syarikat, dan Eropah Utara. Holstein, Friesian, Ayrshire, dan British Shorthorn mempunyai bahan genetik beta-casein A1. A1 beta-casein boleh didapati di semua susu yang disediakan secara komersial."

"A2 beta-casein adalah protein yang terdapat pada susu yang dihasilkan oleh 'lembu' kuno seperti Jersey, Charolais, Guernsey, dan Limousin. Susu yang dihasilkan oleh mamalia lain seperti manusia, kambing, dan kambing sama dengan susu tenusu A2 terutamanya disebabkan adanya proline."

"A1 dianggap sebagai mutasi genetik yang menghasilkan pengeluaran BCM7 yang dianggap sebagai menyebabkan perkembangan keadaan kesihatan yang tidak diingini dan penyakit di kalangan pengguna."

DiamondPure, Susu Yang Hanya Mengandungi Protein Susu A2


Senang je nak ingat perbezaan susu ni. Ingat je susu A2 lebih baik dari susu A1. Ini kerana Susu A2 adalah lebih mudah dicerna dan lebih sihat daripada susu lembu lain di pasaran.


Susu DiamondPure terdiri daripada 4 perisa dengan kebaikannya.

Milk with Inulin Fibre | Susu dengan Serat Inulin


Menggunakan 2 bahan semulajadi yang digabungkan untuk menghasilkan minuman susu kesihatan yang lazat. Menggunakan Susu dari New Zealand dan Inulin Serat, itu sendiri adalah superfood yang luar biasa dan hebat. Setiap hidangan akan memberikan sumber serat yang baik. Tiada apa lagi bahan yang ditambah, tiada apa bahan yang dikurangkan.

Kebaikan : Ia mengurangkan sembelit, Meningkatkan Kesihatan Usus dengan Bertindak Seperti Prebiotik, Membantu Mengurangkan Selera dan Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Menurunkan Faktor Risiko Sindrom Metabolik.

Low Fat Milk and Manuka Honey | Susu Rendah Lemak dan Manuka Honey


Menggabungkan dua bahan penting; susu asli dan digabungkan dengan Madu Manuka dalam produk siap sedia untuk diminum yang memberikan rasa dan kualiti hebat. Tiada apa yang ditambah, tiada apa yang diimport dari persekitaran yang aman di Pulau Selatan New Zealand.

Kebaikan : Sesuai untuk pengguna yang sedang menjaga diet.

Milk with Manuka Honey | Susu dengan Madu Manuka


Menggabungkan dua bahan penting; susu asli digabungkan dengan Madu Manuka dalam produk siap sedia untuk minuman yang memberikan rasa dan kualiti. Tiada apa yang ditambah, tiada apa yang diimport dari persekitaran yang aman di Pulau Selatan New Zealand.

Kebaikan : Madu Manuka mempunyai ciri-ciri antibakteria, antiviral dan anti-radang yang boleh membantu merawat pelbagai penyakit, termasuk sindrom usus besar, ulser gastrik, penyakit periodontal dan jangkitan pernafasan.

Milk with Kiwi | Susu dengan Kiwi


Ia adalah minuman susu formula dan enzim buah kiwi yang menggunakan bahan-bahan terbaik dan paling baik dari New Zealand. Menggunakan kiwi khas yang telah dipelihara sifat-sifat buah kiwi dengan hati-hati, digabungkan dengan manfaat yang terkenal dari serat inulin dan madu manuka dalam minuman lazat akan membuat rangsangan semulajadi pada bila-bila masa.

Kebaikan : Kiwi juga merupakan nutrien utama untuk melambatkan proses penuaan.

Bagi Nova, Rasa susu ni tak berkrim sangat, so tak mual. Rasa ringan ditambah dengan madu atau kiwi atau inulin fibre. Sumber kalsium untuk badan malah madu manuka meningkatkan imunisasi badan. Nova suka semua perisa. Tapi paling suka perasa kiwi. Ha Anda juga kena cuba tau!


Harga jualan di pasaran adalah seperti di bawah :

Saiz pembungkusan 1L
RM15.90 - Susu dengan Madu Manuka
RM15.90 - Susu Lemak Rendah dengan Madu Manuka
RM15.90 - Susu dengan Serat Inulin
RM18.80 - Susu dengan Kiwi

Saiz Pembungkusan 300ML
RM5.80 - Susu dengan Madu Manuka
RM5.80 - Susu Lemak Rendah dengan Madu Manuka
RM5.80 - Susu dengan Serat Inulin
RM6.50 - Susu dengan Kiwi


Di manakah boleh dibeli?




Jaya Grocer - • Mutiara Tropicana, Petaling Jaya, • D'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya, • Plaza Jelutong, Shah Alam, • Verve Shop, Mont Kiara, • The Intermark, Jalan Tun Razak, • The Gardens Mall, Mid Valley City, • Main Place Mall, Subang Jaya, • Starling Mall, Uptown, • 163 Retail Park, Mont Kiara

Kiara Supermarket & Kiara Mart - • Plaza Mont Kiara, • The Fare, 10 Mont Kiara, • Seni Mont Kiara, • Kiaraville, Mont Kiara, • 28 Mont Kiara, • Saujana, Shah Alam

BMS Organics - • Central i-City, Shah Alam, • Sports Arena, Puchong, • Tamarind Square, Cyberjaya, • Puchong Jaya, Puchong, • Taipan USJ, Subang, • Empire Shopping Gallery, Subang, • Kota Kemuning, Selangor, • One Utama Shopping Centre, • Centrepoint, Bandar Utama, • Ativo Plaza, Damansara Avenue, • Level 3, Gateway @ KLIA2, • Level 2M, Terminal KLIA2, • Mid Valley Megamall, • IOI City Mall, • AEON, Bukit Tinggi


Untuk maklumat lanjut :


Comments