Riley & Declan Product Review | Keselesaan Perut Bayi dan Krim Penyejuk Melegakan

Salam, Apa khabar semua?
Teringat masa budak-budak ni masih bayi dan kecil, Nova sangat-sangat memerlukan krim sapuan yang bagus untuk mengelakkan kembung perut bayi dan tujuan urutan selepas mandi. Ada beberapa produk bagus yang Nova cuba dan semestinya pilihan Nova seboleh-bolehnya yang organik. Kalau anak kembung perut, budak boleh nangis tak henti-henti tau. Penting sangat kita kena selalu pastikan keselesaan perut anak-anak kecil terutamanya bayi yang masih kecil. Sampai sekarang ni, Fatimah dah 3 tahun pun, Nova selalu letakkan krim sapuan di perutnya selepas mandi. Untuk keselesaan dia juga. 😃


Baru-baru ini Nova telah diperkenalkan dengan produk Organik dari Riley & Declan. Ada dua produk Riley & Declan yang Nova dah cuba iaitu Riley & Declan Comfy Tummy Rub & Riley & Declan Super Relief Cream. 

Riley & Declan Comfy Tummy Rub (30 ml)


Selepas Fatimah mandi, Nova akan sapu Riley & Declan Comfy Tummy Rub ni dekat perut Fatimah, dan kalau dia selsema ke tak sihat, Nova urut satu badan dia. Selesa, tak panas dan tak menyakitkan. Baunya macam balm sahaja dan ada terasa sejuk selepas sapu pada badan. Baunya sedap; bau halia  yang segar, ada sikit bau lavender.

Krim ini mengandungi pelbagai bahan organik seperti minyak akar halia, minyak Jojoba dan aloe vera, yang direka untuk membantu keselesaan perut bayi, mengelakkan kembung yang menyebabkan ketidakselesaan dan membantu menenangkan bayi. Jika bayi selesa, mereka akan kurang meragam dan tidur pun lena. 

Bahan-bahan - ALOE VERA, MINYAK JOJOBA, MINYAK ROOT GINGER
Jumlah kandungan - 30 (ml)
Manfaat - Melegakan ketidakselesaan biasa yang berkaitan dengan kolik, kembung, gas dan angin

Produk ini bebas daripada SLS, SLES, parabens, phthalates atau petrolatum dan bahan sintetik lain. Ia sesuai untuk bayi baru lahir atau kanak-kanak dengan kulit sensitif seperti eczema.

Harga : RM 45.00 36.90 (Motherhood.com.my)

Fatimah memang suka buat sendiri sekarang

Ni dia yang letak ni, aku tinggal kejap je krim ni kat tepi dia.. sekali dia dah letak banyak ni kat perut. Tapi takperla, aku sapu je kat serata badan dia. Krim ni tak panas pun dan selesa je si Fatimah.

Riley & Declan Super Relief Cream (50 ml)


Riley & Declan Super Relief Cream ni memang kena standby kat rumah. Kalau kena gigit nyamuk terus capai dan sapu. Sejuk je rasanya dan kurangkan rasa gatal. Bukan nyamuk je, semut ke, apa2 gatal pun aku sapu juga. Budak2 ni bukan boleh kena gigit apa2, menangis macam kena cubit teruk. Lepas kita sapu je baru berhenti menangis. Ntahla tak tahula kenapa begitu. Mengada. So memang kena ada Super Relief Cream ni penyelamat untuk menghentikan tangisan. hehehe

Produk ini dibuat dari bahan-bahan semulajadi dan organik ye. Kebanyakan bahan-bahannya berasal dari Perancis dan mempunyai sijil Ecocert. Krim ini juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema. Krim ini tidak mengandungi sebarang steroid.

Bahan utamanya adalah jus aloe vera yang menenangkan, ekstrak daun Jepun Shiso untuk membantu menenangkan kulit bayi dan ekstrak Calendula yang berfungsi sebagai agen anti-radang. So ia memang sangat sesuai untuk menenangkan kulit yang sedang dalam keradangan. Aku letak ke kat jerawat sebab bahannya sesuai untuk mengurangkan kemerahan. 

Ramuan - ALOE VERA, MINYAK JOJOBA, CALENDULA, SHISO LEAF
Jumlah kandungan - 50 (ml)
Manfaat - Menenangkan kulit sensitif, menormalkan kulit terlalu aktif dan melepaskan ketidaknyamanan ekzema.

Harga : RM 59.00  48.38 (Motherhood.com.my)

Kalau keluarkan krim ni, ada jela tempat yang sakit merah dia tunjuk. Tak merah pun dia kata sakit. Aish.. budak ni banyak akal.

So, mana nak dapatkan Produk Riley & Declan?

Beli Online di Motherhood.com.my

@butiktateh @Motherhood.com.my , BE Pharmacy, V-Pro Pharmacy, Nice Pharmacy di Mahkota Cheras, Medsense Pharmacy opposite Ramsay Medical centre di Subang.

Promosi Beli Online di Motherhood.com.my


Promosi wehh! Apa tunggu lagi jomla beli.

Sekian perkongsiann. Bye.




Comments