Althea A'Bloom Meringue Puff, Mask Sheets and Blackhead Blaster

Salam,
Holla everyone. Apa khabar? Ni nak bagitahu latest latest latest sangat-sangat panas di pasaran dari Althea A'Bloom Meringue Puff, Mask Sheets and Blackhead Blaster. Excited sangat nak cerita sebab memang sangat-sangat deboom sangat produk terbaru dari Althea ni. Ok first, kita ada A'Bloom Baby Meringue Puff dan Giant Meringue Puff, iaitu Makeup Sponge berbentuk Cookie berwarna pastel yang sangat cantik dan comel. Kedua adalah A'Bloom Pek Masker Muka Segar Buah-buahan terdiri daripada 4 jenis iaitu Watermelon Moist Mask, Peach AC Control Mask, Avocado Nourishing Mask dan Lemon Lime Whitening Mask. Ketiga, A'bloom BHA Blackhead Blaster iaitu rawatan mudah dan cepat untuk memerangi blackheads, whiteheads dan kulit mati. Jom baca selanjutnya....


A’ Bloom Meringue Puffs



Kalau anda mencari sponge makeup yang berkualiti, comel dan selamat, tambah pula harga yang sangat mampu milik, anda kena cuba A'Bloom Meringue Puff.  Ada dua saiz; Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff. Meringue Puff ni dibuat dari bahan bukan getah dan tiada toksik. Selamat untuk kulit yang sensitif. So ia sangat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, untuk semua jenis kulit.  

Alatan kecantikan pertama dari A'bloom oleh Althea adalah meringue sponge puff yang direka bentuk dari ilham biskut meringue. Menghasilkan solekan yang sempurna, puff berbentuk comel,  warna pastel merah jambu.

Dengan menggunakan Giant Meringue Puff, solekan akan menjadi lebih cepat dan mudah di aplikasi pada permukaan kulit. Manakala, Baby Meringue Puff menghasilkan solekan yang halus dan terperinci pada permukaan celahan muka yang bersudut.  

Dapatkan 2 jenis hasil solekan :
1. Solekan berkilat dan bersinar apabila puff direndam air
2. Solekan matte dan flawless apabila puff kering

Giant Meringue Puff 
  • Ia boleh digunakan secara kering atau basah
  • Saiz tambahan yang lebih besar membolehkan aplikasi lebih cepat dan sekata
  • 1.5 kali lebih besar dari sponge biasa

Baby Meringue Puff
  • Puff sesuai digunakan pada celahan muka yang bersudut untuk menghasilkan solekan yang halus dan sempurna.
  • 1 kotak terdapat 3 biji Baby Puff


Korang kena dapatkan Meringue Puff ni sebab :
  • Sesuai untuk makeup beginners
  • Cepat dab mudah digunakan 
  • Menutup cela dan memberikan kulit yang cantik
  • Puff lembap memberikan impak kulit yang bersinar dan lembap
  • Puff versatil dengan pelbagai sudut
Harga yang sangat mampu milik iaitu Giant Meringue Puff RM 8.00 sahaja dan Baby Meringue Puff RM 11.00 sahaja.

Boleh dapatkan di pautan ini  : Giant Meringue Puff  |  Baby Meringue Puff


A’ Bloom Fruits Mask Pack


Masker A'bloom mengandungi antioksidan yang kuat dengan keharmonian buah-buahan dan bahan semulajadi tumbuhan yang memberikan penyelesaian penjagaan khusus untuk setiap jenis kulit. Keseimbangan PH membantu menguatkan kulit serta mengecas semula kulit dengan kesegaran.

Pek masker buah dibuat dengan antioksidan buah-buahan dan tenaga penenang tumbuhan semulajadi untuk menjaga setiap masalah kulit seperti penghidratan, kekurangan nutrisi, memutih dan kekurangan kulit.

Masker ini dibuat dari 100% fabrik mesra alam semula jadi yang berkesan dan memberikan keberkesanan dair intipati buah-buahan  dan pati yang diformulasikan dengan kelikatan dalam krim.

Cara Penggunaan
  • Mempunyai kesan penyejukan dan penyerapan yang sangat baik untuk memberikan keberkesanan bahan-bahan yang mendalam ke dalam kulit dan mengekalkan kulit lembap sehingga keesokan harinya.
  • Memberi aroma sitrus lembut dengan sentuhan yang menyegarkan.
  • Memindahkan pengekstrakan kayu semulajadi ke dalam kulit dengan kadar serapan yang sangat baik dan kekal.
  • Masker pencerah dari lemon akan memberi kesan pemutihan segera selepas penggunaan.

WATERMELON MOIST MASK

Kandungan dan kebaikan:
  • Buah tembikai mempunyai 92% kandungan air yang sangat baik untuk melembapkan dan menenangkan kulit semasa cuaca panas.
  • Ia mengandungi asid aminoik semula jadi yang dipanggil Citrulin dan Betain yang membentuk membran pelembab semulajadi pada kulit, menjadikan ia lembap serta kulit yang licin yang tidak kering.
  • Masker juga mengandungi ekstrak lavender yang membantu menenangkan kulit yang sensitif dan memberikan daya kesegaran.

PEACH AC CONTROL MASK

Kandungan dan kebaikan:
  • Peaches kaya dengan kelembapan dan komponen vitamin retinol A yang membantu mengawal minyak dan air pada kulit.
  • Ia membantu menormalkan kitaran kulit dengan retinol dengan menghalang masalah dan menjaga sel-sel kulit mati dan memberikan kulit yang licin, terhidrat.
  • Masker mengandungi ekstrak pokok teh untuk membantu pensterilan dan menjaga masalah bintik-bintik dan pori.

AVOCADO NOURISHING MASK

Kandungan dan kebaikan:
  • Avokado dikenali sebagai mentega hutan kaya dengan protein yang menghalang penuaan dan menyediakan antioksidan yang baik dengan tocopherol vitamin E.
  • Penyerapan yang sangat baik untuk asid lemak tak tepu mesra kulit menjadikan wajah tampak berseri dan menganjalkan kulit.
  • Ia bercampur dengan ekstrak bunga kembang sepatu yang mengandungi Antocyanin, antioksidan untuk mengelakkan penuaan.

LEMON LIME WHITENING MASK

Kandungan dan kebaikan:
  • Lemon dan limau mengandungi ramuan vitamin C yang tinggi untuk membantu membaiki dan melindungi kulitdari kerosakan UV.
  • Fungsi vitamin C untuk menghalang pengeluaran melanin memberikan kecerahan dan bersinar.
  • Masker ini mengandungi ekstrak teh hijau yang juga kaya dengan bahan vitamin C untuk membantu mengawal pengeluaran melanin dan menjaga kulit.

Anda boleh dapatkan masker ini ini sini : Althea Ekslusif

Harga Masker ini Sepaket hanyalah RM 2.00 sahaja 😁 dan RM 15.00 bagi 10 paket


A’ Bloom BHA Blackhead Blaster


A'bloom BHA Blackhead Blaster adalah rawatan triple yang mudah dan cepat untuk blackheads, whiteheads dan sel kulit mati.

Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi untuk membantu membersihkan kedalam liang-liang pori secara lembut dan mengeluarkan sel-sel kulit mati sambil tanpa sebarang kerengsaan atau kemerahan pada kulit.

Cara Penggunaan
Lembapkan kulit, sapukan stick terus pada kawasan yang disasarkan dan urut dalam gerakan bulat selama 30 saat. Selepas itu, bilas dengan air.

Kandungan dan kebaikan
  • Bahan BHA semulajadi membantu membersihkan liang dalam dengan mengelupas sel-sel kulit mati.
  • Serbuk biji aprikot membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
  • Arang akan menyerap kotoran di liang-liang.
  • Minyak daun pokok teh membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit

Anda boleh dapatkannya di Blackhead Blaster

Harga seunit ialah RM 16.00 sahaja


So, kesimpulannya, semua yang Nova dah ceritakan di atas tadi semuanya MUST HAVE product! Memang kegunaan seharian kita kan. Mana nak dapat produk yang bagus-bagus dengan harga yang gempak macam ni kan. Tak perlu ke Korea, biar mereka yang uruskan barang anda. Best sangat ahh! Cepat-cepat sebelum produk ni kehabisan!

Ok guys! Thank you for your time and see ya again!


Comments