Bercuti Airbnb Bangi Conezion, IOI Resort City Dengan Pakngah

Salam,
Apa khabar semua, haa.. harini sis nak cerita sikit pasal percutian Nova di Bangi dengan family Pak Ngah ai. Saudara ai ni duduk di Ipoh so cuti sekolah hujung tahun haritu Nova ajak datang Kuala Lumpur. Lama juga family pak ngah aku bercuti, dua hari sebelum diorang balik Ipoh, diorang nak pusing Bangi pula. Nak pergi syurga membeli belah katanya, ala butik-butik yang fofular-fofular tu la kat Bangi Central. Kejadian pusing-pusing Bangi tu, kakak aku yang uruskan. So, aku book Airbnb Kondominium di Bangi. Lokasi adalah Conezion, IOI Resort City Putrajaya. Selama ni mak aku tak pernah.....


Ha.. jap-jap sebelum sambung cerita mak, aku nak tunjukkan dulu rumah ni. Nama rumah ni di Airbnb adalah Awang's Place@Conezion, IOI Resort City,Putrajaya. Nama arwah atuk aku pun Awang kan, so apa salahnya, hahahaha. πŸ˜‚Aku cam tak biasa sangat Airbnb di Bangi ni, usha punya usha, juling punya juling akhirnya aku decide untuk book rumah ni. Tapi sebelum book aku DM dulu owner guna aplikasi mesej dalam Airbnb. Ownernya nama Zahidah, aku tak pikir panjang pun haritu, asalkan rumah ok dan owner balas, aku terus book. Laku keras Airbnb Bangi ni kalau time cuti, banyak rumah tak available dah. Alhamdulillah Pn Zahidah ni ok, rumah ada. Yey!

Aku sampai awal juga dalam 4 lebih camtu, tapi hari hujan, budak2 duduk dalam rumah je. Esokla mandi pool. So lepak2 tengok TV jerla kan.

Budak-budak off course happy sebab dapat tido hotel katanya, ada swimming pool boleh main2 esok. Ni biliknya, ada 3 bilik. 2 bilik Queen Bed, 1 bilik Single Bed. Ok kan 😁

Perhiasan simple je, kemas bersih dan putih bersih. I loiike sangat2.

Ni ruang tamu, besar selesa untuk big family lepak-lepak.

Dining area sebelah ruang tamu, 6 seater table.

Perkakasan memasak semua lengkap. Tuan rumah baik hati sangat, ada kopi dan sedikit makanan dalam kabinet dia kata minumlah kalau nak. Ahhh... memang tiptop servicenya. Terima kasih tuan rumah yang baik hati.

Malam tu lepas makan satay kajang yang kakak aku tapaukan, kitorang lepak2 je tengok barang-barang yang diorang borong kat Bangi Central tadi. Esoknya bangun awal, beli sarapan dan siap2 nak turun pool. Yey!!! 😊

Ni ha, mandi sampai kecut tangan tu kan.

Seronok bila sesekali keluar berjimba-jimba dengan family. Rumah ni baru siap rasanya, so tak ramai orang pun kat pool tu. So kitorang memang mengkonker habis pool tu.

Ni pemandangan jauh dari pool

Cantik kan ☺️

Ni sambung cerita mak, disebabkan tak ramai orang.. mak dengan gembira gi masuk Gym berkayuh basikal. Haha gym dia depan pool je. Kitorang mandi, mak layan Gym. haha asalkann mak happy.

Pagi tu cuaca pun cantik sangat. Layan je mandi2.

Nampak tak siapa yang dah masuk pool. Tak pernah-pernah selama ni aku book hotel ke Airbnb ke, Mak nak turun pool. Aku sampai terkedu tengok  mak berenang-renang gembira. Apehal mak aku ni kan? Lepas mak mandi aku tanya "Mak, tak pernah-pernah mak masuk pool, kenapa mak masuk pool harini? "Takda orang kat sini, selalu ramai mak segan. Ni takda orang seronoklah nak mandi" kata mak. Ohhh! patutlah. haaa... yerla mak asalkan mak happy. Mak happy kan kan 😁


Paling best sebab buat mak happy. Mak siap berenang lagi, katanya masa kat kampung dulu mak selalu mandi sungai. Dah berapa puluh tahun agaknya mak tak pernah mandi di public. Adalah kot 30 tahun. hahaha kan lama kan.. mana aku tak terkejut kan.

Lepas mandi layan budak2 pulak kat Taman Permainan. Adoii... lama pulak tu.

Memanjat melompat bergayut semua aksi ada, sampai tanak balik.

Ha.. tu adik tu, mana nak balik rumah. Ingat nak main jer kepala dia tu. Yerla dik, mainlah puas-puas.

Ha.. sudah sampai ke penghujungnya. Ai is happy sangat dapat bercuti sekeluarga macam ni. Rumah ni sangat recommended, bersih, senang sangat deal dengan owner, kemudahan yang cukup, ada Pool, budak-budak enjoy, mak budak apatah lagi. Dan paling penting Seronok dapat bersama-sama keluarga tersayang dan Family Pak Ngah. 😁 😁

So, kalau nak pergi sini juga pergi Airbnb dan taip Awang's Place@Conezion, IOI Resort City,Putrajaya. Pastu kalau nak credit free dari kakak, meh register sini akak bagi credit kat uolls:

Kredit RM 120 khas buat anda semua dari kakak.. korang kena register pertama kali kat sini, www.airbnb.com/c/nleeza, Pastu pergi la Airbnb ya. Ok!

Bye.. sayangssss korang!




Comments