Myeong Dong Topokki Makanan Korea Sedap

Salam,
Apa khabar semua. Hari nie husband ai nak review makanan Korea Myeong Dong Topokki. Ini pertama kali dalam sejarah dia tolong ai tulis blog. Wowee... ok layankan. Take it DD >>>Salam, harini abang nak cerita sikit pasal MyeongDong Topoki. Mengikut apa yang abang baca dekat website dia, kedai ini mula bertapak di Malaysia pada tahun 2014 dengan berkonsepkan Street Food daripada Korea Subway Station di Myendong. Daripada situ mereka membawa masuk banyak Korean Street food menu ke Malaysia. Dan kalau kita tengok kedai dia pon masih mengekalkan konsep subway station. Bagi sesiapa baru balik melancong ke Korea tu tetiba korang rindu nak makan makanan street food Korea, bolehlah singgah di sini. 😊

Nie antara menu yang abang dah cuba 'Soy Garlic Topokki'  

Haritu, abang menemani isteri ke Palm Mall, Kemayan Square di Seremban untuk majlis pelencaran kedai nie. Jadi orang-orang seremban takda la kene drive jauh-jauh ke KL untuk menikmati makanan Korea ye. Alamat Cawangan MyeongDong Topoki di Seremban seperti dibawah;

Palm Mall
Level UG Palm Mall, 
Kemayan Square 70200
Seremban Negeri Sembilan 

Operation Hours
10 am - 10pm (Daily)

Semasa Majlis Perasmian, alamak ada Marsha la..

Antara gambar-gambar di Grand Opening MyengDong Topoki di Palm Mall seremban. Isteri dengan Marsha Milan. Suka bergambar isteri ni.

Susana di dalam restoran

Nie yang abang cakap tu, dia mengekalkan konsep subway station. Signboard ala-ala train station.

Ni Buku Menunya. Eat Once Crave More

Simple sahaja deko-deko, macam berada di kedai makan subway station

Ada beberapa contest diadakan untuk memeriahkan majlis. Terhibur mereka yang datang.

Seorang chef menunjukkan kehebatan masakannya di Myeong Dong Topokki.

Pelancaran

Selesai pelancaran, makanan dihidangkan. Alhamdulillah tak sabar nak cuba

Ini  kuah pedas

Abang ambik yang tak pedas, anak-anak pun suka tambah pula special ada telur rebus. Ini Soy Garlic Topokki.


Air Honey Vera RM 7.90. Sedap

Ada beberapa jemputan nyanyian dari Marsha dan Bahiyya Haneesa

Alhamdulillah selesai, isteri dan anak-anak makan perut kenyang dah boleh balik ke KL

Eh..

Oleh yang demikian, kalau adik-adik berminat nak cuba menu lain-lain yang lebih sedap dan panas dan pedas boleh pergi ke kedai Myeong Dong Topokki. Lokasi : https://myeongdongtopokki.com/locations/

Nak tengok menu, di sini : https://myeongdongtopokki.com/menu/


Kalau mana yang suka pedas berapi, boleh cuba topokki yang spicy atau nak cuba ayam yang pedas pun ada. Yerla, Eat Once Crave More katanya. Ok itu sahaja dari abang. Bye.

Website : https://myeongdongtopokki.com/menu/
Facebook : https://www.facebook.com/myeongdongtopokki
Instagram : https://www.facebook.com/myeongdongtopokki

Ok. Assalamualaikum.




Comments

  1. Macam sedap je tengok makanan korea ni.

    Harap ada lah myeong dong topokki kat area Bukit Tinggi, Klang.

    Orang rumah mengidam teruk nak makan pelik-pelik.

    Harap dia suka menu ni.

    Plaster Siling

    ReplyDelete

Post a Comment