Baju Winter Murah, Cantik di Bundle Preloved Kuala Lumpur

Salam,
Apa khabar semua. Amboi-amboi korang ni cuti panjang ni pergi mana? Over the sea ke? Hiks! πŸ˜ƒ Cerita pasal bercuti, setiap kali merancang ke luar negara mesti akan semak musim dulu kan? Winter ke Summer ke.. sebab nak kena tahu, bawa baju apa. Paling susah kalau baju musim sejuk. Pakaian kena sesuai. Kalau tak menggigil nanti di sana. Tambah-tambah kalau bawak anak-anak, diorang ni bukan tahan sejuk. Tapi... kat mana nak cari baju yang sesuai dengan musimnya? Ada di mana kedai yang bagus? Boleh tolong suggestkan tak?...ehh korang ni mestilah pilihan Nova; kedai Bundle Preloved. Ha, ini cawangan mereka yang kedua tau! Yang pertama di Bundle Preloved, Jalan Kebun Klang. Kedua di Bundle Preloved, Bukit Jalil. Elok sangat-sangat tu, dekat dah dengan rumah kita kan. 


Di mana lokasinya? Ahh kalau pakai waze korang boleh taip "Bundle Preloved KL". Alamat penuh pula, seperti di bawah ni. 
Bundle Preloved
F5-2, Bukit Jalil Signature Office, 
Persiaran Jalil 1, 
Bukit Jalil City, 
57000, Bukit Jalil, KL

Buka Pada Jam 10.30 pagi - 7.00 petang (Sabtu - Khamis), Jumaat Tutup. 
Note : Waktu Beza Pada Bulan Ramadhan


Sebelah kiri kedai tingkat atas, naik lif, sebelah kanan kawasan kedai

Dekat Bundle Preloved ni, ada lebih dari 1000 pasang baju untuk anda pilih dan mereka restock baju setiap minggu tau! Apa? Setiap minggu? Ye, ye setiap minggu diorang restock tau! Ha, banyak sangat pilihan di sini yang akan membuatkan anda rambang mata. Lepas tu fesyen-fesyen baju sejuk di sini semuanya UP 2 DATE uolls. Dah kata restock setiap minggu mestilah fesyen dia cun cun. Kan! Baju ni semua di import dari Jepun dan Korea. Wow! Bestnyer.


Next, kita cerita pasal harga. Korang mesti suka. Di Bundle Preloved, anggaran harga Knitted Sweater, bermula RM30, Jacket bermula RM50. Harga Majoriti adalah diantara RM50 hingga RM 80 sahaja dan harga baju paling mahal pun adalah RM 250 sahja. Wow.. murahnya sangat ok. Dengan kualiti yang macam ni, harga sangatlah mampu milik. Banyak penjimatan boleh dibuat kalau nak travel jauh-jauh ni kan. Duit penjimatan tu korang boleh simpan dalam tabung travel seterusnya. hihi 😊

Nah ai belanja gambar Winter Coat yang ai berkenan πŸ˜ƒ
Ha, cantik merah ni kan. Macam baru je, selesa, dalam gambar pun nampak sleek jer.

Korang nak bergaya macam mana? Dalam gambar Instagram mesti nak lawa kan? Tahu dah korang ni. Kat sini ada Trench Coat, Wool Trench Coat, Down Jacket, Long Puffy Jacket, Parka, Faux Fur dan juga Knitted Sweater. Ha, banyak jenis ada. Bilang aja! 

Next, baju Trench Coat ni. Adududu cute nyer. Memang susah tau nak cari baju sejuk yang lawa macam ni tapi murah. Serius ni, aku pernah merasai kesusahannya.

Korang cakap je musim apa negara yang korang nak pergi. Winter, Spring, Autumn? baju semua weather ada di jual di sini. Tak payah pening kalau korang tak tahu cakap je dekat assistant dia, dia akan bantu anda. OK! Ada masalah saiz? Jangan risau kat sini Saiz dari XS sampai PLUS SIZE dia ada dalam stok. Ha... apa lagi nak diragukan. Best kan? 

 Wool Coat. Untuk tempat yang sejuk sangat boleh tahan sejuk dengan baju ni. Cute kan.

Di Bundle Preloved ada dijual Baju yang boleh tahan suhu yang sejuk sangat sehingga suhu -20 darjah Celcius tau. Korang pun tahukan, baju yang tahan sejuk ni memang boleh tahan juga harganya. Tapi di Bundle Preloved, bukan setakat murah, trendy, tetapi baju berkualiti yang di bawa mampu cover sehingga suhu -20! Nak pergi tempat bersalji, tak ada masalah, datang je ke kedai. Benda boleh bincang.  

Nah ai belanja lagi gambar baju yang lawa.. Ni nama dia....Faux Fur

Yang ni pun cun gila kan

Korang boleh jumpa macam-macam brand di kedai ni, seperti Uniqlo, GAP, Eddie Bauer, Tommy Hilfiger, Zara, Adidas, NIKE dan macam-macam lagi lah, semua bergantung pada rezeki masing2. Siapa cepat, dialah dapat. Ha.. kalau nak lebih feel, datanglah ke kedai.. tengoklah sendiri mana yang korang berkenan. 


Kalau korang kaki travel kan dan selalu pergi negara musim sejuk, mesti korang akan faham Value baju-baju winter ni. Kebanyakan baju kat sini, value asal dia RM 700 ke atas tau dan ada yang cecah ribuan juga. Contohnya, baju Down Feather GAP, Tommy Hilfiger memang cecah ribu-ribu kalau baru. Mahal tu sebab material baju dan ketahanan baju tu sendiri. Kat sini, dia boleh jual dengan harga yang huh semangat, paling mahal pun RM250 sahaja beb. 

Nah lagi sis belanja gambar Knitted Sweater pulak

Ni macam-macam gaya Knitted Sweater yang lawa-lawa ada di sini

Honestly, kalau travel, memang Nova akan cari baju Winter Preloved, sebab boleh jimat banyak sangat! sehelai baju winter baru selalunya boleh mencecah RM 700 hingga RM800 sehelai, belum lagi layer kat dalam Heat Tech tu. kalau sehelai baju ai boleh dapat RM50, dah berapa ratus percent ai boleh jimat. So duit lebih tu boleh dibelanjakan untuk makan yang sedap-sedap, hotel bagus, duduk lama sikit atau buat aktiviti yang best kat sana. Mana taknya, berjalan di sana pun memang kena spend duit jugak kan. ha.. nak berjalan memang kena pandai jimat ye tak?

Ni baju bulu-bulu. Kalau minat yang jenis Fur, pun ada di sini ye.

 winter coat pun maciam-maciam jenis.

Eh eh.. abang pun nak cuba. Bukan baju perempuan je ye ada. Baju lelaki pun ada tau. Budak-budak pun ada. 

Nampak tak, kat sini baju musim sejuk dia memang nampak macam baru, tak lusuh dan masih berfungsi untuk menahan sejuk. Tapi apa-apapun, yang paling penting masih stylish & trendy. Aku dah pernah rasa pusing-pusing serata ceruk rantau nak cari baju yang lawa, kualiti tip top dan saiz husband yang sesuai. Dahlah design outdated, aih...baju pun diragui kebersihannya dan siap hantar dry clean 2 kali. hahaha kalaula aku tahu, masatu jugak aku ke Bundle Preloved ni. Tapi itu dulu, yang penting sekarang kan.πŸ˜‰

Baju Uniqlo macam-macam warna ada. Pilihlah mana yang berkenan. Majoriti harga RM 50 - RM 80  je tau.

Ha, ni baju budak-budak. Mana yang ada anak kecik tu, tak susah dah sekarang nak cari baju sejuk. Bundle Preloved ada jual.

Fatimah pulak cuba.

Dekat sini bukan sahaja baju sejuk preloved yang dijual. Selain itu ada barang baru macam Snow Boots, Thermal Suits, Snow Spike, Glove, Muffler dan Winter Socks pun ada. One stop center.. semua ada. Design lawa-lawa up to date. Nah ai share gambar-gambar best. 😁


Boot panjang pun ada

Kasut tahan sejuk pn ada

Gloves

Cute sangat glove budak yang design animals ni. Geram!

Huh! Best tak? Best kan.. Nampak tak up to date dan baju yang memang macam baru-baru ni. Harga pun pecah kepala. Kat sini memang nampaknya mereka pilih baju-baju yang trendy dan good quality sahaja. Hampir 1000 helai kot kat outlet Bukit Jalil ni. Nampak helok-helok lah baju-baju ni. Tak lusuh, bau pun wangi je.. kedai bersih. Ni ai petik sepatah dua kata dari owner kedai ni; 

"Dalam memilih baju-baju yang trendy ni sangt labour extensive, memang banyk kerja, kerja renyah lah org kata, tak mudah. sebab tu lah, Bundle Preloved dah siap pilih yang lawa-lawa, high quality semua supaya kita semua ni, tak perlu nak pening-pening kepala, pusing satu malaysia, semata-mata nak dapatkan pilihan baju yg lawa-lawa ni. Bundle preloved dah sediakan semua untuk kita yang nak travel ni. Cukup banyak pilihan."

So, korang apa tunggu lagi, dah puas hatikan dengan gambar-gambar dan penjelasan tadi. So kalau nak beli boleh ke kedai mereka di Outlet Bundle Preloved Kuala Lumpur atau Jalan Kebun, Kelang

Ataupun boleh beli secara online di 


Ok guys selamat membeli belah. Jumpa lagi!



Comments

Post a Comment