SuperPark Malaysia Review

Salam, 
Pernah dengar Super Park Malaysia? Nova mula-mula tak pasti apa super park ni dan tak tahu pun apa dia. Yang excited nak pergi adalah husband. Berbulan-bulan dah dia cakap pasal Super Park, katanya nak masuk sini. So, bulan lepas barulah kami berkesempatan masuk Super Park yang disebut-sebut oleh husband. Layan jerla, selagi tak pergi kang selagi tu dia bernyanyi.. haha Best ker? Apa yang ada kat dalam ni? ... ahh kena bacalah selanjutnya kan kan ๐Ÿ˜‹


Ok ni lokasi Super Park Malaysia Info dari sini : https://www.superpark.com.my/park-info/

Super Park ni berasal dari Findland. Ia kemudian dilancarkan secara International di Hong Kong, then in Sweden, China, Singapore and Malaysia. Dan ia semakin berkembang diseluruh dunia. So Malaysia ni kira bertuah juga sebab menjadi negara pilihan untuk merasai aktiviti di Super Park ni. kan kan. Yang rajin google dan follow rapat Super Park ni husband ai lah. Kalau ada promosi beli 3 percuma 1 entry ke apa ke.. mesti dia tahu. haa... tak gittew En. Mukmin?

Tu anak siapalah tu yang dah terguling tu ๐Ÿ˜„

Sebagai makluman, Super Park ni terbahagi kepada 3 aktiviti iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall. Yang sesuai untuk anak-anak aku yang masih kecik tu mestilah Adventure Area dan Game Arena. Aku cadangkan kalau nak masuk bawaklah stokin sendiri tau. Kalau tanak bawak pun boleh je beli stokin kat counter, tapi kena charge la sikit.



Aktiviti dalam Adventure Area ada 8 jenis. Paling best Jumping tu, Pedal Car dan Tube Slide. Tapi ada had ketinggian juga yang dibenarkan naik. Kena tengok arahan dia. apa2 pun memang enjoy, anak aku wafri sampai naik 2-3kali Tube Slide tu. Kalau nak tengok video boleh ke IG aku ada di bahagian Highligt, aku ada buat video. di sini ye ⇾


Ni eiman tengah berninja track. Asyik jatuh je.. haha

Yang ni tengah melompat2. Main lama kat lompat2 ni. Nova pun apa lagi, lompat jugakla. Takkan tengok je. ๐Ÿ˜„

Kedua, Game Arena ada 10 aktiviti. Game ni ai suka. Sebab terasa macam duduk dalam video game. Main real. Siap lawan Wafri dan Daddy VS Mummy dan Adik. Mestilah team lelaki menang. haha takper2 nanti kita repeat lagi. Kalau kat Rancangan TV tajuk Cabaran Si Manja tu, kebanyakannya menggunakan Game Arena ni. Budak2 pun boleh main. Superball, Bowling, Super Hoop, Robo Keeper.. semua best. Paling kena cuba Robo Keeper, susah gila nk lepas masuk gol, Keeper robot dia power gila! Haha dalam 20 kali cuba, 1 kali je masuk.



Ni lah dia husband ai yang nak sangat pergi Super Park ni

Tengok yang kecik tu, boleh tahan kan?

Ni kena baling kat point bulat, kalau kena dapat markah.

Ini score kitorang main Street Basketball kalau tak silap ai la. haha

Ni pin Ball

Ni si Fatimah suka la.. senang

Slide utk anak2.. mencabar sikit tempat dia yang panjat2 ni, dari atas tinkat 2 ke tingkat 1 ada laluan mencabar. Sekali je aku turun.. tak buat dah.

Ni ha cabaran dia... mampu ke dah tua2 ni? hahaha

Yang ketiga, Freestyle Hall. Climbing Wall tu okla utk anak2 ai. Iwall pun ok, game maya. Fight dengan Wafri asyik kalah, malasla nk main. haha..


Ni siapa yang pandai main skateboard memang syurgalah. Tapi kena bawak kasut sendirila. Kalau kami ni yang tak berapa nak bersukan mampu tengok jerla, haha


dan last but not least, ada satu lagi tempat untuk budak2 kecil macam Fatimah. Ada bola2 dengan panjat2 dengan susun2. Sementara tunggu Wafri dan daddynya bermain2 di tempat lain, aku melayan Timah di sini. Lepak2 update gambar di IG. haha  ๐Ÿ˜‹

Cari di mana saya

Ha kemain suka kan

Susun2 pulak

Layan jer

Panjat2

Susun jatuh, susun jatuh... emmm tak putus ada budak ni.


Ha... macam best tak? Best kan kan. Tengok highlight SuperPark kat IG ai lagi real rasanya..

Sekali lagi, kalau nak tengok video boleh ke IG aku ada di bahagian Highligt, aku ada buat video. di sini ye ⇾ https://www.instagram.com/stories/highlights/17857744351428828/

Harga tiket di pautan ni : https://www.superpark.com.my/ticket-info/


Harga dia.. erm.. okla. Berbaloi dengan aktiviti yang ada dalam ni. Kalau masuk better main semua kalau rasa tak nak rugi. hahahha

Nova suka Super Park ni dan budak2 pun sangatlah suka, dia kata nak pergi lagi. Ok, bagi mummy kumpul duit dulu kalau nak pergi lagi ye. hehehe..

Okla guys, cukup dah rasanya info dan pengalaman yang ai share kan. So kalau berminat, sila lah ke Super Park! 


Ok bye.




Comments