Bercuti di Marina Island Pangkor Resort & Hotel Yang Sukar Dilupakan

By Nova Leeza - Thursday, August 29, 2019

Salam,
Apa khabar. Memang ramai yang bertanyakan percutian Nova di Marina Island Pangkor Resort & Hotel haritu. Best ke? Apa yang ada di sana? Ha....nak tahu kenalah baca long entry with happy ending story. Tak sia-sia perjalanan sis sejauh 233 km dari Kuala Lumpur ke Lumut yang mengambil masa 3 jam setengah. Sedikit informasi berkenaan Marina Island ni di mana ia dibangunkan di Pantai Teluk Muroh, Perak. Ia adalah sebuah Pulau Buatan seluas 316.9 ekar, yang hanya mennyambungkan jalan dengan kawasan daratan melalui jambatan sepanjang 400 meter. Marina Island ni juga merupakan pintu gerbang ke Pulau Pangkor dan Pangkor Laut. Pulau ini adalah Pulau Buatan Pertama di Malaysia dan mula beroperasi pada tahun 2009. So, berbalik kepada percutian kita, Nova tiba lebih kurang pukul 2:30 petang dan tanpa berlengah terus ke reception untuk check-in bilik. Sis ambil Quad Sharing Room sebab sis bawa mummy sis sekali untuk percutian ni. Jom kita tengok bilik dia macam mana. (Warning! Entry ni panjang & banyak sangat gambar..sila bertabah ye)


Hotel

Ini hotel yang kami duduk selama 2 hari 1 malam. Ada 2 bangunan, Lobi & Pendaftaran hotel di bangunan Coklat. Kami tinggal di bangunan bersebelahan yang berwarna hijau tu.
(Gambar Google Maps)

Jom tengok bilik. Hotel kami ada 2 bilik, ruang tamu dan pantry. Masuk rumah akan nampak pantry dulu. Amacam besar tak?

Kemudian ada meja makan di tengah

Agak luas la sampai budak 2 ketul nie boleh main lari-lari 

Taaraaa posing sikit kat tengah rumah. Gambar ni Eiman yang ambik. Boleh tahan.

Nie ruang tamu dia

Bilik tidur utama dengan katil King Size

Ini bilik air dalam bilik tidur utama

Eh... lion! Mana datangnya anak singa sesat ni 😁

Ni bilik tidur kedua. Ada 2 single bed. Bilik untuk mak. Berbaring-baringlah mak keriangan. 😃 

Mak cakap "Ni sampai dua katil ni, siapa nak tidur?" Mak teringat kat cucu dia di rumah la tu.

Kemudian, ada balkoni di ruang tamu dan balkoni dalam bilik utama. Ni balkoni daripada ruang tamu depan. Besar kan? Bilik kami menghadap ke Dek Kapal Layar. Memang lawa sangat.. tapi adoi, sebab lawa lupa nak ambik gambar. hihi

Ha... selesai tour satu rumah dan berlari-lari. Anak singa pun penat dan berehat di sofa sambil mengusap-usap ekornya. 😃

Ya sangat besar tau hotel ala-ala rumah apartment yang kami duduk ni. Luas sangat, kalau buat family gathering memang sesuai sangatlah. Nova memang puash hati, dengan harga yang ditawarkan memang berbaloi. Rumah selesa, bersih dan luas. Korang nak tahu harganya? boleh rujuk kat sini ya :
https://marinaisland.com/where-to-stay-in-marina-island/marina-island-pangkor-resort-hotel/. Selepas checkin kami keluar makan tak jauh dari Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Hotel dah dapat, perut pun dah kenyang...anak-anak pon tak sabar nak main pasir. Balik hotel terus tukar baju pegang tools, almaklum lah budak-budak KL jarang jumpa laut le katakan. Si Eiman dan Fatimah nie daripada kecik suka main pasir. Kita layankan je ler. Kalau korang nak tahu ini adalah private beach Marina Island untuk pengunjung yang menginap di sini. Jom kita tengok gambar pantai pula.

Pantai dan Laut

Tengok Eiman nie nak buat kolam air katanya. Korek pasir, bina benteng, masukkan air. Layankan jer....

Gigih betul dia mengangkut air dari laut ke pantai

Ni ha... kolam renang Eiman

Daddy memerut tadi, baru je turun daripada bilik. Anak-anak dah tak sabar, ai kena angkut budak-budak turun dulu. Mak... duduk kat bilik je. Tak larat katanya. Nak melunjur dan berehat.

Happy la tu dapat main pasir

Adik siap posing lagi tu.. ingat comel ke? pang kang.

Dah puas main pasir, diorang mandi laut pulak. Berendam sikit-sikit je, air dia tak lawa sangat maybe sebab pulau buatan.. tapi apa ada hal. Janji pantai dan laut... memang layan. 😊

Di sebelah pantai sana, ada Frenzy Hippo Waterpark. Gempaq lah. Yang ni esok kita main ye. Dah siap-siap beli tiket untuk esok.

Nanti sis update ye ape yang menarik dekat Frenzy Hippo Waterpark ni di Entry Kedua. 

Ni bangunan hotel pertama

Ni bangunan hotel kedua

Ni kawasan sekitar, pun boleh jalan-jalan atas dek tu.. melayan angin laut

Pool

Puas main pasir, daddy diorang ajak mandi di Pool Hotel. Ada 2 pool, dewasa dan kanak-kanak. Ramai juga budak-budak haritu. Tapi pool bersih dan elok dijaga.

Life Guard Daddy sedang memerhati budak-budak.

Ini pula kolam dewasa. Besar kan?

Pandangan dari jarak jauh. Supaya korang boleh nampak sebenarnya macam mana. Gigih tau sis ambik gambar untuk korang.

Ni hotel kami. Dua-dua bangunan hotel ada pool. So jangan gaduh-gaduh.. mandila puas-puas.

Ferry @ Marina Island Jetty Terminal

Kalau duduk Marina Island Pangkor Resort & Hotel memang dekat sangat dengan Terminal Jeti Marina Island. Perjalanan Feri dari Terminal jeti ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Whattt? Ya.. 10 minit je dah sampai, tak sempat nak panas punggung.

Inilah Terminal Feri, memang dah macam One Stop Centre juga, ada macam-macam kedai di sini. Kedai makan pun ada tau. Sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan. Kalau nak ke Pulau Pangkor, kereta boleh parking dekat Terminal Feri ni. Memang ada disediakan kemudahan parking.

Kawasan menunggu, banyak disediakan tempat duduk kayu yang lawa. 

Ni lagi tempat duduk. Kedai makan pun ada belakang tu

Jom kita pusing-pusing kawasan ni. Korang boleh jalan sekitar Terminal Feri ni. Jangan risau.. memang kawasan dia lawa dan elok sangat masuk Instagram.

Ahh.. kan dah cakap. Kawasan dia lawa. Kawasan ni juga tempat orang Photoshoot gambar kahwin.

Kasi chance la.. 😎

Lawa kan kan..

Bolehla

Nampak nelayan di laut tu

Aik.. penat ke nak? Berehat seketika ke?

Ha.. di sinilah tempat untuk naik Feri ke Pulau Pangkor. Boleh rujuk sini untuk tengok masa feri berlepas : https://marinaisland.com/services/

Uih.. macam kat oversea feelingnya. Kalau berminat boleh tengok Pakej Cruise di sini : https://marinaisland.com/product/luxury-sunset-cruise/

Lawa kan.

So.. berbalik kita ke Terminal Feri. Ada satu cawangan kedai Hasil Laut  Marina dibuka di sini. Percutian kalini ai memang shopping kat sini je. Harga pun berpatutan. Senang, tak yah nak ke Lumut. hihi 😁


Apa? Ikan bilis mata biru... ada ada..

Ikan masin pun ada

Nah kasi close up sikit Ikan Bilis Mata Biru 

Kalau nak beli topi ke selipar ke.. boleh pergi sebelah kedai ni. 

Sunset di Rockbund Fishing Chalet 

Next, selesai borong sakan di Hasil Laut Marina, kitorang bersiap-siap untuk minum petang dan melihat matahari terbenam di Rockbund Fishing Chalet dalam Pulau Marina Island juga. Ni kat bawah ni dari Google..masuklah Google Maps nanti boleh view 360 darjah. Memang lawa giler sangat romantik! Rugi tak datang sini weh!

Nova makan Pizza Sea Food kat D'Pine Cafe ni. Cafe ni makanan dia Western dan yang best tu, Cafe ni warna putih. Kalau korang boleh check gambar yang sumpah lawa gila kat Instagram diorang https://www.instagram.com/rockbundfishingchalet/. Memang sini lokasi orang buat Wedding Tepi Laut dan Candle Light Dinner. Masa sampai sini tak sangka memang lawa la tempat ni, romantik sangat!

Pizza dia sedap ok. Pizza seafood, seafood dia sedap fresh. Memang rugi tak cuba!

Mak ai pun cakap... Lawanya tempat ni hilang kata-kata.

Layanlah gambar dulu yer 😃

Memasing lapar sebab dah penat kan mandi Pool dan Main pasir

ahh.. makan makan.. jemput tengokla ye

tu dia.. matahari dah nak terbenam "Lawa kan mak kan?" Aku rasa feeling tengok matahari terbenam dengan mak.. diantara kenangan paling manis dalam hidup aku.

Memang Instagrammable sangat! Boleh cetak ni gambar ni. Lawa kan.


Matahari yang terbenam di Pulau Pangkor

Bye bye matahari

Ni nama Cafe tu D'Pine Cafe

Nak makan dalam Cafe ni pun boleh

Kalau korang ada plan nak buat perkahwinan romantik tepi laut, korang boleh contact diorang ni. Memang ada pakej perkahwinan kat sini yang gambar dia memang speechless. Setting pun gempak sangat. Boleh usha IG diorang yang ai letak kat atas tadi tu.

"Dik senyum dik!"

Ah.. lawa kan. Tempat ni memang best. Kalau korang nk tidur kat Chalet Rockbund Fishing Chalet pun boleh. Rujuk kat sini : https://marinaisland.com/where-to-stay-in-marina-island/rockbund-fishing-chalet/. Tengokla gambar-gambar dalam tu.. memang semua lawa-lawa. Fasiliti dia pun bagus. Sesuai sangat untuk kaki pancing! Next time kita duduk sini Daddy ya! 

Dinner di Terumbu Cafe

Ha.. selelsai tengok matahari, kami pulang ke hotel untuk menikmati makan malam. Perut dah lapar dah ni. Apa lagi.. ayuh kita santap!

Ni sotong masak pedas. Dalam tu dia sumbat telur.

Kari Udang.. udang dia memang fresh awak.. sedap awak!

Close up sikit udang dia.. sedap uuui!

Ikan masak asam kegemaran husband. Berapa ketoi ikan dia makan daa...


Ni sedap.. masak rendang ni

Sup ayam untuk anak-anak

Perut dah lapar.. apa tunggu lagi. Jomla makan.

Ha.. banyak ke tak kami makan untuk 3 dewasa 2 kanak-kanak. Dah penat lapar memang habis!

Restoran dia memang besar sangatlah. Lokasi ni pun memang sesuai sangat kalau nak buat Family Gathering, Kursus ke, Rombongan Cik Kiah ke.. sesuai. Muat.. sebab kat luar pun dia buka tempat makannya.

Besar kan kawasan dia...

"Dik senyum sikit dik!"

Lepas makan, adik nak poo poo lak. Sementara tunggu adik.. mak posing dulu kat lobi hotel.

Malam.. memang lawa kat lobi ni. Setting kayu lawa! Mak dah tak larat kena paksa posing. Mana taknya, aktiviti satu hari pack.. tapi apapun memang berbaloi dengan pengalaman dan kenangan manis yang kami dapat.

Kolam Pancing Marina Island

Last but not least. Nova request nak tengok Kolam Pancing Marina Island. Husband ai mana pernah bawa ai pergi memancing. Walaupun dia ni dulu sebelum kahwin kaki pancing. Macam dah retire je laki aku ni. Tapi dia kata anak besar nanti dia nak start semula hobi memangcing tu. Ai ok bang.. u pancing ikan ai ok. U jangan pancing lain-lain sudah!

Besar la kolam pancing dia ni. Sempatlah ai interview pemancing kat situ haritu

Abang ni dah memancing 9 jam.. banyak ikan dia dapat. Dalam sejam je.. bolehla dapat ikan beberapa ekor. Nasib dia baik katanya.. ada Ong! Rezeki aku juga, dapat tengok dia bawak naik 2 ekor ikan malam tu. Layan juga.

Tu ha.. ikan yang dia dapat

Ni yang baru dapat tau. Yang tengah hari tadi dia dah simpan dalam peti katanya.

Ni kawan-kawan dia yang kaki pancing.

Harga memancing kat sini

Terbaeklah! Jadi artis abang ni katanya.

Ha, camana? banyak sangat aktiviti kat Marina Island ni kan. Tu belum cerita lagi Frenzy Hippo Waterpark dan Bagi Makan Ikan Garoupa. Yang tu ai masukkan dalam entry kedua. Kang panjang sangat entry ni. Nova dah cuba detailkan apa yang Nova buat kat sini dah pautan yang korang boleh rujuk. Selain hotel yang kami inap, ada juga pakej menarik yang korang boleh usha di sini http://marinaisland.com/product-category/promotion/. Ada Pakej Honeymoon, Wedding, Family... korang boleh baca lebih lanjut. Kalau tanya pandangan Nova tentang Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni, Nova boleh cakap.. satu pengalaman yang baru dalam hidup. Dengan makan tepi laut sambil tengok matahari terbenam.. main dia Frenzy Hippo Waterpark ... dan macam-macam. Manis-manis belaka pengalaman di sini. Kalau korang tengah cari lokasi percutian.. usha-usha la di sini ya.. InsyaAllah berbaloi.

So.. next entry nanti Nova akan sambung cerita kami di Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni ok. Korang kena stay tune la tau! Ok korang... dah lama Nova menaip ni. Lenguh juga dah tangan ni. So kita jumpa lagi ye.. Thank you for coming guys!!! Bye!


  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Beso ok hotel dia, dah macam rumah. View pon cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak.. besar kan. View hotel kapal layar. One of the place yang kena masuk senarai percutian.

      Delete

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.