Genting Indoor Theme Park Skytropolis Wajib Pergi

Regards,
Ha, semalam kawan Nova ada mesej tanya berkenaan Genting Skytropolis ni. Nova pergi naik Genting dalam bulan 4 yang lepas, selepas baik dari Operation Sinus. Bosan gila duduk rumah berminggu-minggu terus rasa nak happy2 di Genting. hihihi. Actually, aku tatau pun Indoor Theme Park ni dah buka. Memang aku redah je. Bertolak ke Genting pagi lepas sarap, park kat Genting Premium Outlet pehtu naik Cable Car. Huyoo.. gayat ooi nak Cable Car. Tinggi gila. Spesis gayat memang gittew. So... apa yang best sangat kat sini?... ha bacala. Jangan maleh. Maleh tak dapat info lah. blerkk πŸ˜†


Aku pergi ke Genting dengan Cable Car. Park dekat Genting Premium Outlet (GPO). Tak kuasa aku nak pening-pening dalam kereta. Sebab aku sejenis orang yang ada motion sickness. Lagipun, syok apa naik Cable Car, boleh gayat-gayat. hihihi. Harga tiket RM9 seorang. Naik yang biasa sahaja bukan yang glass-floor Gandola. Kalau glass-floor Gandola RM 18. Ni harga sehala tau. Kalau dua hala darablah dua. hahaha. πŸ˜‹

Dalam Cable Car wajib ambik gambar. Kalau tak ambik menyesal seumur hidup! hihi


Sampai je terus lapor sangat. Singgah beli aiskrim Haagen Dazs 3 skop utk 2 budak kecik 1 orang budak besar. πŸ˜ƒ Bak kata laki ai "Abang ni macam bela 3 budak kat rumah. Sama je semua.. hhihihi".  Lepas makan aiskrim, makan nasi & mee dekat Pappa Rich. Kasi kenyang dulu baru jalan.

3 budak hitam


Enjoy sangat feveret ai & anak2 bila makan di Pappa Rich. Mesti licin punya.

Jalan ke bawah .. not knowing where to go, tetiba nampak Skytropolis. Huyooo !!!! Bestnyer. Tak ramai pun orang masa kami pergi, sebab Sabtu minggu biasa. atau Aku rasa tak ramai orang tahu lagi pasal Skytropolis ni dah dibuka. haha pastu aku kecek2 abang, "Takper yang, i payung you & anak2" .. pastu husband ai cakap .. ONNNN! Memang melompatlah aku dan anak-anak.


Budak ni asyik posing macam ni je sekarang. Beyblade's influence ke atau Power Rangers' influence pun tatau la.

Ok, sebelum aku meneruskan cerita, meh nak kongsi sikit mengenai Skytropolis Map ni. ha, jelas tak? kalau tak jelas boleh tengok sini:  https://www.rwgenting.com/Theme_Parks/Skytropolis/

Actually, There are 3 types of rides; Child Reides, Family Rides and Thrill Rides. Korang baca nama pun mesti dah tahu ride jenis apa kan? Macam Eiman ni 6 tahun, banyak benda dia boleh naik. Kalau nak tahu boleh naik ke tak, boleh rujuk guide yang diletakkan pada setiap ride. Memang ada ketinggian yang dia nyatakan sama ada boleh pergi sendiri atau kena bersama parent. 

Pertama Children Rides

Kedua, Family Rides

Ketiga, Thrill Rides


Tickets ada 3 jenis, 
Pay per ride - maksudnya setiap ride kena bayar 
Preview Pass - naik ride 10 kali pun, harga sekali bayar. Tapi tiket mahal sikitla. 
Saver Combo - maksudnya ada pakej skytropolis, snow world, ArtKome Peng Heng .. dll. 
you can check the price at the link above.

Huh! Ok that's all the basic information. Dah, Jom layan budak bertiga ni.

Pertama kitorang ke Copper Express, memang sukalah budak berdua tu.

Kemudian, si kecik naik Ride Em Round, Eiman pulak pergi dengan apaknya naik Boo Boo Bump. Memang kena pisahkan sebab kalau adik nampak abang naik benda yang dia tak boleh naik memang memekak la dia kat situ. So ai kenalah bawak di adik main benda lain. Adalah 2-3 kali naik pusing2 ni sementara tunggu abang dan daddy.


Whirly Bugs

Benda ni 6 kali tau eiman naik. Aku naik 2 kali je. Berani betul budak ni. Akulah yang melalak melolong kat atas tu menjerit, padahal bukan tinggi sangat pun Sky Towers ni. haha

Huh.. sabo jerla. Dah penat2 beratur kat Royal Carousel. Dia bantai tido, penat mak panjat sampai atas. Fuhh peluh ketik.

Space Cadets memang terbaik. 2 kali kitorang naik.

Enjoy sangat.

Beratur sekali lagi nak naik Space Cadets. Repeat bro jangan tak repeat.

Ni apa tah nama dia duduk dalam cawan. Naik sampai atas.. pastu cawan ni boleh pusing-pusing. Pening aku. Budak2 la layan.

Memang tak kemana... sampai pukul 6.30 petang kat Skytropolis tu. Dah nak malam baru keluar ambik udara sejuk.

Dua-dua manja apak.

Pukul 7 baru terhegeh-hegeh nak turun. Cari makan dulu kat GPO and shopping sikitla. Wajib!

Eskrem Godiva RM 25. πŸ˜ƒ Takper nak.. makanlah..

Sedap katanya

Dah settle shopping makan semua, ate mohla balik kome. Dah malam. 

Eiman dengan adik memang happy sangatlah dapat main macam tu. Eiman janji nak belajar rajin-rajin sebab nanti Mummy Daddy bawak lagi. Hehehe jap nak mak check dompet jap. kiki.

Okla.. tu je..


Kalau nak maklumat lanjut sila ke website rasminya seperti yang dinyatakan di atas. Kalau tanya aku best ke tak? Aku rasa best. Aku memang mudah terhibur




Comments

  1. Macam menarik tempat ni. Ingat nak pergi sana dengan isteri jalan-jalan ke sana.

    Plaster Siling Selangor 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, okla tu bawa isteri anak-anak berjalan.

      Delete

Post a Comment