Shopping Oversea & Buyandship Hantar Ke Pintu Rumah Anda

By Nova Leeza - Wednesday, August 21, 2019

Salam, 
Orang kata, semua benda dihujung jari sekarang. Tak payah bersusah payah ke kedai. Semua boleh dilayari melalui internet. Tetapi sejauh mana anda boleh pergi? Ha, persoalannya di sini. Dengan servis penghantaran Buyandship Malaysia, anda boleh membeli-belah di luar negara. Diibaratkan, anda mempunyai Alamat Rumah di luar negara. Ha. Hebat kan? Dekat mana ada alamat rumah di luar negara ni? Dengan mendaftar di Buyandship, anda secara automatik mempunyai alamat rumah di United States, United Kingdom, Japan, Korea, China, Australia, Italy, Hong Kong dan Thailand. Semua negara yang dinyatakan adalah Syurga Membeli-belah. Hebat bukan? Tak perlu booking flight untuk shopping ke sana semasa WINTER SALE, AUTUMN SALE, SUMMER SALE, BLACK FRIDAY SALE... apa-apa sahaja SALE di Online Shop Luar Negara, anda sudah boleh membelinya. Hebat kan? Sekali lagi, Hebat kan? 😃

Tengoklah muka kegembiraan husband dengan kasut barunya dari eBay US.

Ini merupakan satu pengalaman baru buat Nova shopping di eBay US. Nova sekarang sudah mula mengintai untuk shopping di DisneyStore US, e.l.f, StockX, Drop dan Gladd Japan. Pembelian terbaru adalah Adidas Originals EQT Equipment Support 91/18 Boost Black White Green dengan diskaun sebanyak hampir 40% dari eBay US. Harganya memang jauh sangat jimat. Beli semasa Sale memang untung sangat. Kalau harga kasut ni di pasaran Malaysia adalah sekitar RM 800 sepasang. 😂 Nangis juga kan. Tapi dengan Buyandship korang boleh dapatkan barang idaman dengan harga yang SUPER JIMAT dan yang penting hujung bulan tak makan Maggi. hahahaha 😄

Inilah dia Adidas Originals EQT Equipment Support 91/18 Boost Black White Green. Macho Gila kan.

Baru keluar oven.. Panas lagi ni 😃

Nova juga dapat banyak pertanyaan berkenaan cara-cara nak menggunakan servis Buyandship ni, ha.. korang kena stay tune sebab Nova dah buatkan satu video khas untuk korang paham dengan lebih mudah. So, mana nak dapat alamat luar negara? Ha, daftarlah dulu Buyandship. Klik bahagian kiri, Oversea Warehouse Address. Lepastu masukkanlah Alamat korang macam di bawah ni di website yang nak shopping tu.



Lepastu, semak. Bila tracking number dah ada, update kat website Buyandship Menu Shipments tracking number korang tu.  Ha, inilah yang di beli oleh hubby di website eBay US. So, dah settle pembayaran, kita tunggu sahaja barang dihantar ke Alamat Warehouse US. Tips: Pastikan korang semak dahulu review seller di website eBay tu untuk pastikan barang memang original dan seller ni ok takda masalah ye.


Review kedai yang ai pilih ni, memang dipercayai dan bagus. Berbintang-bintang ★


Yey, nampak tak? Barang selamat dah sampai ke Alamat Warehouse US. Trusted sangat. Dah berapa kali beli memang smooth sahaja perjalanannya. 

Bila sampai kat warehouse, aku juga dapat satu emel dari Buyandship menyatakan barang dah sampai. 

Nak tengok Warehouse US, ni ha kat bawah.. nak tengok warehouse negara lain boleh rujuk sini https://www.buyandship.com.my/warehouses/

Dari Warehouse US. barang anda akan dihantar ke Warehouse HK. So, korang monitor sahajalah Menu Shipments, pergerakan barang akan dikemaskini oleh Buyandship hingga tiba di Warehouse HK. Macam barang ai, nampaknya estimated time 14 Aug. So bila sampai kat Warehouse HK baru buat pembayaran servis penghantaran.


Next, harga servis penghantaran ni berapa? Mesti mahal kan? Oh.... tidak-tidak. Sangat berpatutan ya. Untuk Negara US, UK, AU, IT, JP, KR & TH kos penghantaran adalah RM 18 bagi setiap pound. Bagi negara CH & HK harganya adalah RM 15 bagi setiap pound. 1 pund (1 lb) bersamaan 0.45 kg


Kemudian, katakanlah korang beli dari website eBay US dan Converse US, korang boleh satukan 2 barang dalam 1 parcel semasa barang sampai di HK, sebelum hantar ke Malaysia. Ha.. mudah kan. Kenapa Hong Kong? Hong Kong adalah Warehouse terakhirnya sebelum ia dihantar ke Malaysia. Tak kira, dari negara mana korang shopping, semua barang akan di hantar ke Hong Kong Warehouse. Di Hong Kong Warehouse la korang kena clearkan bayaran servis penghantaran sebelum ia dihantar ke pintu rumah korang.


Ya, belila 10 barang pun, sampai di Warehouse HK, korang satukan sahaja dalam 1 parcel. Tapi macam mana kalau barang negara A dah sampai, tapi barang negara B belum sampai di Warehouse HK? Pihak Buyandship akan menyimpan barang anda di Warehouse HK secara percuma selama 30 hari. Jadi cukuplah masa untuk tunggu parcel yang lain kan. Tapi macam mana kalau terlebih 30 hari? Yuran akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap petak sehari selepas 30 hari dan mereka berhak untuk membuang barang itu selepas 60 hari sekiranya barang tidak dituntut. Ha, lama kan dia boleh simpan. So jangan risau sangatlah.

Seterusnya, Menu Orders akan bermula selepas barang sampai di Warehouse HK. 

Ha.. tu dia. Next dah sampai HK Warehouse, dia akan update berapa berat parcel dan berapa kita kena bayar. Harga berpatutan dan servis dijamin.

Selepas bayaran, korang usha sahaja dia  Packed for Delivery dan Ready for Delivery

Tunggu sahajalah, dengan excited dan penuh ketidaksabaran, barang korang akan dihantar sampai ke depan pintu rumah. Ha, tunggu sahaja barang tu ok. Tak yah nak pening-pening. ☺️

Ha, macam mana? mudah ke tak? Kalau korang rasa pening-pening lalat juga, rujuk carta alir di pautan ini : https://www.buyandship.com.my/tutorial/. Atau, kalau pening juga... tengoklah video yang Nova buat khas untuk korang ni.


Nah sis belanja gambar abam dengan kasut barunya

Abam berasa confident dengan kasut Adidas barunya. 

Masa kasut ni sampai, abam cakap "B, cuba cium kasut ni.. bau US la!" Pergh ... dasyat bam..

Lepas ni boleh shopping hadiah untuk yang tersayang juga. Untuk suami atau kekasih hati kan. Kalau nak tahu Shopping Online Oversea yang tengah buat Sale korang boleh check di sini : https://www.buyandship.com.my/blog/categories/discounts/Oh ya, ingat tau untuk barang seperti cecair dan gas mampat tak boleh tau di shipping menggunakan Buyandship tau! Rujuk sini untuk barang terlarang : https://www.buyandship.com.my/ms/restrictions.

Satu lagi, kalau korang mendaftar di Buyandship,  korang akan dapat free credit RM 10. Kemudian, masukkan Referral Code ni : 1103515416 semasa register, korang dapat 5 mata bonus point tambahan dan akan dimasukkan dalam akaun selepas 14 hari transaksi anda berjaya. Boleh juga tekan link ni, nanti referral Code tu dia masukkan automatik : http://bit.ly/31SG46K

Untuk maklumat lanjut berkenaan sevis Buyandship korang boleh klik bawah ni :

Website : BuyandShip Malaysia
Instagram : https://instagram.com/buyandship.my (sila follow IG sebab dia update SALE terkini)

Ok korang terima kasih sudi singgah sini dan baca sampai habis apa yang Nova kongsikan. Harap korang pun suka dan cepat-cepat daftar di Buyandship tau! Ajak kakak, mak, adik, abang, kawan, saudara semua. Lepastu kalau rasa informasi ni berguna, share lah dengan kawan-kawan tau. Thank you guys! See you again. Selamat membeli-belah.


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.