Jom Explore TRAVELOKA!

By Nova Leeza - Sunday, September 22, 2019

Hola, 
Salam Cuti-cuti Malaysia 😃 Seperti yang semua orang tau, Malaysia ni banyak dengan public holiday. Tak cukup dnegan tu, tempat menarik untuk bercuti pun melambak-lambak. Korang tinggal pilih je nak pergi kemana. Laut? Hutan? Shopping? Tempat bersejarah? Tanah tinggi? Banyak sangat. Bagi keluarga Nova, kami akan bercuti setiap 3 bulan tak kesah jauh atau dekat, yang penting kami happy!


So nak dijadikan cerita, tengah aku survey hotel, aku terjumpa iklan satu company yang menawarkan macam-macam servis untuk orang yang suka melancong ni, iaitu Traveloka. Yes guys! Traveloka. Yang aku yakin ramai je yang dah tau pasal Traveloka ni. Tapi aku juga rasa apa yang korang tau mesti sekadar untuk book hotel je kan? Tap tak. Dia dah boleh dikira merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk bercuti.


Before ni yang aku perasan Traveloka ni hanya untuk book hotel je. Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku is, dia ada sediakan pautan untuk book flight dan airport transfer! What a genius way. Kepala aku mula berlegar untuk pilih next destination masa cuti nanti. So untuk flight, macam biasa la kan, banyak pilihan flight yang disediakan. So aku skip dulu. Aku pergi kepada airport transfer. Sebab aku pun banyak juga kerja yang kena terbang ke sana ke mari.


Kat dalam pautan tu, aku jumpa 2 pilihan yang disediakan oleh Traveloka ni. Sama ada private transport atau public transport. Aku cuba masuk destination dan search. Keluar la pilihan seperti KLIA Ekspres dan harga yang ditawarkan. Aku cuba bandingkan dengan harga yg dipaparkan tu dengan harga di kaunter KL Ekspres. Ehh. Why so cheap? Then now I know how to find KLIA Express ticket promos. Baru aku macam facepalm kejap. Patut la ramai je yang naik train ke KLIA. Murah dan agak cepat jugak sebenarnya. 30 minit je sampai airport. Senang la aku nak ke sana lepas ni. Kalau tak tu asyik kejar time je nak ke airport.


Setel yang public transport, aku cuba tengok yang private pula. Setahu aku ramai yang naik grab je ke sana kalau naik kereta. Tapi of course la, tol semua kena bayar by your own kan. Tapi lepas aku survey airport limousine yang ada dalam ni, harga yang ada tu semua dah include. Driver, tol, parking, fees and semua la kos yang ada sepanjang nak ke destinasi kita tu. Kiranya taka da langsung hidden charge. Sampai je destinasi boleh terus turun sebab bayaran semua dah setel masa book.

Ni memang satu kelebihan Traveloka. Apa-apa harga dia tunjuk, itu la harga yang kita perlu bayar. Tak ada la masa nak check-out untuk bayar ada tambah tax bagai. Murung aku. Aku bagi warning tau. Airport limousine yang aku sebut tu bukan kereta hitam panjang dan mewah yang macam kita selalu tengok dalam movie tu. Bukan okay. Bagi yang tak tau, airport limousine tu airport taxi je. Apa-apa kereta yang destinasinya khas nya untuk airport, akan dipanggil airport limo. 

So kalau ada antara korang yang naik private transport ke airport boleh la nak acah-acah diva sikit “I naik limo pergi airport” haha. Jadi la kan dari tak ada. 

Ni sekarang aku tengah usha Circus ni weh!!

Okay. Setel bahagian yang aku nak survey. Then aku sambung explore sikit lagi apa yang Traveloka ni cuba tawarkan. Aku click kat bahagian activity-search. Dia akan keluar beberapa negara yang dia dah cover. So aku click kat Malaysia. Keluar la senarai tempat-tempat menarik yang ada kat dalam Malaysia. WEH!! Murah!! Discounts everywhere. Haha. Cerah biji mata aku. Tengok harga aquaria kat KLCC. Banyak juga discount dia. Pergh! Sempoi. Lepas ni aku beli through traveloka ni aje la nak ke sana. Selain dari tu ada lagi beberapa tempat yang best. Contohnya: Legoland, Petrosains, Sunway Lagoon, the Shore Sky Tower, dan banyak la lagi. Korang boleh check-it out kat web traveloka.

Hujung tahun jom ke Legoland jom!

Fuhh. Aku tengok punya tengok memang takkan habis survey. Nanti aku sambung lagi explore apa yang ada dalam tu. So kepada korang yang nak bercuti tu, rancang la dengan bijak perjalanan korang, booking hotel, tiket, masa perjalanan. Kalau dah beli online awal-awal, senang je. Tunjuk je apa dalam handphone korang. Tak perlu nak beratur panjang dah. Okay la geng. Sampai sini je dulu. Nanti bila-bila aku sambung lagi entry yea! Naik feri dari jeti, apa lagi JOM LA BERCUTI!! Adios.

Ah Jom apa lagi!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.