Review EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

By Nova Leeza - Tuesday, September 10, 2019

Salam,
Holla, hye semua, zaman sekarang ni, solekan dan wanita adalah sangat sinonim dan boleh dikatakan telah ramai wanita yang menggunakan kosmetik untuk meningkatkan keyakinan diri. Tak kiralah sama ada korang bekerja atau suri rumah, semua wanita sukakan kecantikan. Betul tak? Namun, adakah anda memberikan tumpuan pada kebersihan kulit muka anda? Anda pastikah kulit bebas bernafas selepas membersihkannya? Ha.. kini, Eversoft dah keluarkan produk baru tau! Ianya dipanggil EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water. Siapa yang tak tahu pasal Micellar Cleansing Water.. semestinya ia berfungsi untuk menanggalkan solekan di wajah disamping memelihara kulit muka anda!


EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik menggunakan teknologi Jepun. Ia dikenali sejak 20 tahun yang lalu. Kini, ia memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air. Selain membersih, ia tida melekit,  memelihara kulit dengan menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dalam 1 langkah mudah.


Produk ini dibuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tiada kandungan kimia berbahaya tau. Menurut bacaan ai lagi, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water ni boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa perlu menggosok dengan kuat. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori yang dalam tu. Dan paling menarik sekali, ia tidak perlu dibilas. Wah wah kalau dah mengantuk sangat tu, lap sahaja dengannya dan boleh tidur dengan nyenyak. yey!


EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water ini akan mengekalkan hidrasi kulit korang dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi/kelembapan kulit merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Nova ada yang Tomato

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Nak tahu jom!


EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 

Jika anda mempunyai kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, korang boleh pilih apa sahaja jenis air micellar yang disukai. Tetapi, EVERSOFT™ juga telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda yang normal ni.

EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water bertindak untuk menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.



EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika korang berkulit kering, elakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit. Dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water,  korang tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.


EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water ini dapat membantu. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

Cara Menggunakannya :

1. Untuk membersihkan solekan, anda hanya perlukan EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dan Kapas Muka .. oh ya serta muka yang penuh solekan. 😁



2. Pam 2 kali EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water pada kapas muka dan sapu perlahan-lahan pada muka yang kotor.

Tara.... mudah sahaja! Bersih.. dan anda boleh terus melakukan aktiviti seterusnya. Psst! Tak perlu bilas.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water diperbuat dari 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai untuk bersihkan muka selepas waktu kerja atau bawanya bersama semasa korang bercuti. Malah anda juga boleh bawanya ke gimnasium untuk membersihkan muka selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Berapa harga EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water?
Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.

*Harga termasuk 6% SST.

Ha.. amacam? tengah cari Micellar Cleansing Water? Cubalah jenama Eversoft!

Untuk maklumat lanjut layari : https://www.wipro-unza.com/malaysia-en/category/eversoft/

Ok, thank you guys sudi singgah sini.


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.