Airbnb di Legoland Nusajaya Murah Sikit

By Nova Leeza - Friday, October 18, 2019

Salam,
Holla.. haritu aku ada bagitahu yang aku ke Legoland duduk rumah Airbnb tak sewa hotel Legoland kan. Semua ini kerana nak jimat dan kurang asyuk sikitla.. 👀 haha so aku ambik rumah sewa 2 bilik. Selesa pun selesa, besar juga dan paling penting dekat je dengan Legoland cuma 3 minit sahaja. Kami sewa rumah ni 3 hari 2 malam. Maleh nk tukar-tukar hotel, lagipun kami pergi Legoland je kan. Tapi apa-apapun rumah kenalah pilih yang lawa dan harga mampu milik! Jom tengok rumah...


Kawasan ni rasanya baru buka so macam tak ramai orang lagi dan ada rumah yang buat construction. Aku suka je tempat baru sebab selalunya bersih dan cantik lagi. Selepas, dapat kunci kami pun masuk ke rumah. Mula masuk rumah nampak almari ni dah cermin. Ada bunga orkid pulak atas meja tu.. menambah seri. Sama sebijik dengan apa yang diletakkan dalam Airbnb tu. Lawa... serius jom tengok lagi..


Ada meja makan untuk 6 orang, 2 bilik tidur, 2 bilik air, sofa, tv, dapur, peti ais dan semua keperluan asas adalah. Interior design rumah memang superb. Kemas and nampak mewah

Tema rumah natural colour..siap ada rusa lagi

Mummy letak sini sebagai sumber inspirasi mummy juga nanti utk rumah baru

Ni bilik air

Adik ni sekarang dah pandai pose, senang nak ajak bergambar. haha oh by the way ini bilik kami

Dan ini bilik kakak aku

Buat2 pose

Malam tu, kami pergi makan di kawasan rumah sahaja, Restoran Singgah Selalu yang famous dari Danga Bay tu dah tutup. Aku pernah tulis pasal Restoran ni di blog. Dia pindah dekat je dengan Legoland ni. Buka 24 jam pulak tu. Memang heaven lah. Aku malam malam dan breakfast dekat sini. Senang juga nak makan. Tapi aku tak pasti kenapa takda tag Restoran Singgah Selalu ni dekat Google Maps, tapi memang tak jauhla dari sini.

Ini hari kedua dah nak balik. Bergambar dulula sebelum balik

Dah siap2 dah nak balik. Bawak balik Gajah adik yang abang eiman dapat main di Legoland

Hahaha... pengalaman manis di Legoland. Kami happy anak2 happy. Semua happy. 

So, kalau nak pergi sini juga pergi www.airbnb.com/c/nleeza. Daftar dan dapat  Kredit RM 90 khas buat anda semua dari sis.

Lepas tu klik sini https://www.airbnb.com.my/rooms/34012281.

Jangan lupa kalau nak credit free dari kakak,register dulu di atas dan akak bagi credit kat uolls:

.. korang kena register pertama kali kat sini, www.airbnb.com/c/nleeza Ok!

Bye.. sayangssss korang!


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.