BEAUTEA by SAFI Review

By Nova Leeza - Thursday, October 31, 2019

Salam,
Nak maintan cantik, lawa dan nampak sentiasa kemas bagi seorang wanita bukanlah sesuatu yang senang. Tapi ia tidaklah mustahil ye tak? Seseorang wanita mestilah mementingkan penampilannya untuk menaikkan keyakinan diri dan semangat. Selain itu, orang sekeliling juga akan rasa seronok untuk berdamping dengan kita. Bukan cantik luar sahaja, dalam pun kenalah baik. Bercakap tentang kecantikan, Nova nak kongsi berkenaan masalah kulit muka. Masalah utama kulit kita ada tiga punca utama. Pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadikan kulit nampak kusam, bintik hitam dan penuaan pramatang. Kedua.... 😎


Kedua, tekanan jadual padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang juga bertindak sebagai punca kedua masalah pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit menyebabkan jerawat, berminyak serta tona tidak sekata. Ketiga dan paling selalu terjadi adalah sisa kotoran makeup yang tidak dibersihkan dengan betul. Ini akan mengumpul bakteria dan menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan dehidrasi. Bahan dalam makeup yang digunakan untuk mencantikkan wajah, kini memakan diri sendiri ye tak?

So apa yang kita perlu buat?.... Cucilah muka sehingga bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari!

Antioksida merupakan benteng pertahanan semulajadi kulit muka yang berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel kulit wajah dari kerosakan akibat radikal bebas. Tetapi, apabila usia makin meningkat, penghasilan antioksida akan berkurangan. So, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya! 😊 OMG!


Kalau nak tahu, antioksida boleh didapati dari sumber bahan semulajadi seperti pokok teh. Ia mengandungi antioksida yang sangat tinggi dan terkenal dengan pelbagai manfaat yang membantu korang untuk memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya. Yey 😚 

Baru-baru ini, SAFI telah memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.



BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea
↬Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri.

*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit


BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid
↬Membantu kulit untuk detoks
↬Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif
↬Mencegah tanda awal penuaan

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal.

*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem
↬Melindungi kulit daripada jerawat
↬Mengawal sebum

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat.

*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose
↬Menghidrat
↬Mengecilkan liang pori

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori. 

*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal


BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.


Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas.

Nova suka sangat pencuci muka Beautea ni, pertama sebab packaging sangat cute dan lawa, kedua sebab bau pencuci muka ni ikut bau kandungan bahannya. Ketiga, i suka sebab dia banyak buih dan kulit terasa segar selepas mencuci muka. Keempat, harganya sangat berpatutan dan mampu milik. Psst. besar tau bekasnya.

Di bawah ni adalah gambar 1-2-3 step Nova cuci muka menggunakan BEAUTEA Green Tea & Neem. Yang ni untuk anti acne, sejak dua menjak ni jerawat naikk sikit di dahi. Jadi kenalah bagi pencuci muka yang khusus untuk membaiki mana yang patut kan. Cara guna, picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan kulit wajah akan bersih dan segar semulajadi.


Selepas mencuci kulit bersih dan segar. Memang suka produk ini dan recommended. Go get yours and cubalah! Comel tau packaging dia... bau pun best jer. Nova suka!

Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual hanya pada harga RM23.20 (150g) dan ia boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan pembelian secara online. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.my dan laman Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia .

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.