Concorde Hotel & Live Band Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

By Nova Leeza - Tuesday, October 15, 2019

Salam,
Birthday Mummy awal tahun haritu mummy request kat Daddy nak tengok live band kat Hard Rock dan staycation di Concorde. haha yer yer cerita dah basi, ni bulan 10.. kah kah cerita 9 bulan lepas. hahahaha apa salahnya dahtu baru terasa nak menulis cerita pasal birthday awal tahun haritu biarlah kan. Untung-untung lagi 3 bulan nak birthday ni jap lagi kita masukkan sekali request kita nak hadiah apa pulak. haha bijak kan kan. 😃 Aku main-main je, bukanlah betul-betul pun nak sangat pergi, dahtu dia cakap dia dah book.. kita pun on sajerlah. Rezeki jangan ditolak orang kata. 🙆


Sampai Concorde kita makan dulu kat hotel. Wah wah.. kemain laki aku cakap makan hotel terus yer. hihi have have. Buffet tak buka lagi, dia buka pukul 6 katanya. Tapi perut aku dah lapar..masa tu jam dalam 4.30 petang. Tadi makan light-light je kat rumah. Jom tengok order apa best.

Hai bang.. termenung ke sebab nak gadai jam bayar bil? kah kah

Abang dan nasi berpisah tiada. Kalau dia tak makan nasi sehari boleh gugur bulu kaki. 😵

Budak ni memang happy je makan kat hotel.. pantang sebut hotel je mesti suka. Ambik seketul burger besar untuk dia.

Ditambah pula dengan budak ni yang dah mengikut perangai abangnya yang suka hotel. Tunggu nak, nanti mak buka satu hotel untuk korang nanti ye.. hihi

Ecewah! Tengokla mak yang berseri-seri kerana harijadi mak hari ini.

Total harga 130++ 0 140++ ahh camtula rasanya harga.

Concorde Hotel ni kita diantara hotel yang dah lama di Kuala Lumpur, aku last pergi Concorde KL ni dalam 10 tahun lepas jugaklah. Masa tu aku kerja di UPSI lagi. ehh.. terimbau pulak. So selepas 10 tahun aku datang balik, tak banyak berubah dalam bilik deko macam sama je, tapi lobi dia macam ada upgrade. Tapi suasana KL, havoc dan berada di tengah2 kota menjadikan ia istimewa pada aku. Psst.. tambah pula orang belanja.. lagi lah best. hahaha 

ecewah buat2 baca kertas berlatar belakang KLCC.

Carpet hotel macam baru. Bilik bersih dan cadar sarung bantal pun bersih. Aku ni jenis alahan pada habuk, mengikut termometer hidung aku ni.. bilik ni bersih dan aku pun tidak mengalami alahan.

Ada satu kerusi dalam bilik

Malam tu, sekitar jam 8 husband ajak turun Hard Rock Cafe. Eh eh abang ni.. tak payahlah, saya kenyanglah.. kata aku. Tapi dia paksa juga aku pergi.. katanya kita balik awal.. tengok live band kejap je. **sebab aku banyak kali cakap nak tengok live band agaknya. hihi

Okla jom

Orderlah satay sebab dah kenyang makan petang tadi. Budak-budak sibuk mewarna.. Tiba-tiba ada budak2 muda datang bawak kek dengan lilin dan menyanyi. Oh! deng! Ni laki aku punya kerja ni. Ayok.. aku kena buli naik kerusi dan semua kat situ nyanyi lagu Birthday. Sumpah malu. Tapi buat2 rilek je... memang manjadila surprise abang ni. Tak sangka pandai juga abang ni plan-plan macam ni. Aih.. cair tau!


sikitlah

Lepas makan tengok dalam 2-3 lagu kitorang pun naik bilik. Esok pagi nak bawa budak main pool. Breakfast kat hotel pagi tu dan terjun.

muka kecik lagi, 9 bulan lepas.

Adik dah sejuk menggigil 

Ha.. siap bungkus lagi

akan ingat hotel ni sampai bila2.. kenangan mengusik jiwa gittew

Dah dah jomlah kita balik

Sebelum balik jom kita bergambar dulu kat mana-mana yang rasa cantik

Beria jugaklah tudung lilit2 padahal rumah 10 minit je dari Concorde LOL

Tahun ini saya dah berumur 35 tahun. hahaha takda rahsia la, biarlah memang tua dah.

Tahun depan lagi 3 bulan masuk 36, oish nak dekat dah 40 tu. OMG sis tua.

Haritu ada jalan-jalan dekat KLCC kan, saja-saja singgah kedai jam.. kita berkenan jam Swatch. Ala murr murr sahaja, i tahu u boleh beli bila2 tapi kalau u bagi masa birthday ai, mesti romantik.

haha.. tapi kalau u nak bagi jam apapun ai is ok je. Tak payahlah mahal-mahal, biasa2 sahaja. Janji ai dapat tengok masa dan poket u tak bocor.

Thank you daddy buat surprise birthday. I memang terkejut tau. I suka.. tq tq and siap lah birthday u nanti ai balas balik.. kah kah kah  kah!!!!!!!!

😈😈😈



  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.