Kedai Kopi & Restoran Unik di Kuala Lumpur, Merchant's Lane

By Nova Leeza - Tuesday, November 12, 2019

Salam,
Apa khabar semua? Selalunya tengah hari hari Jumaat, ai dengan kawan-kawan akan pergi mengopi. Kopi wajib la kena ada.. so kitorang ni pantang je dengar kedai kopi sedap. Mesti nak melepak dan cuba. Yang satu ni namanya Merchant's Lane. Ariyana yang carikan dan katanya "Hidden Gems Restaurant in Kuala Lumpur". Menarik ni, kalau dah kata macam bestnya apa salahnya kita mencuba kan?

Lokasi adalah :

150, Jalan Petaling, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kawasan kedai ni memang tersorok sikit, kitorang pun guna waze dan berpusing sikit tapi tak susah sangat pun. Parking pun depan tu ada tempat parking berbayar. Mudah juga. Untuk lebih mudah, carilah Kedai Stationary bawah ni, sebab Merchat's Lane di atas. Klasik kan kedainya. Ha.. mula2 masuk terasa ragu-ragu juga.. bila dah sampai atas baru nampak Cafe ni lawa.


Inilah rupa kedai makannya. Memang klasik2 moden gittew. Oh ya, kedai ni tutup setiap hari Rabu tau. Hari Khamis hingga Isnin dia buka. Boleh google tengok waktu buka dia.

Disebabkan kami datang hari Jumaat, dan kami sampai sekitar 1pm, kedai ni dah pun penuh dengan pelanggan. Tapi memang expectedlah kedai ni akan penuh waktu peak hour. So kami tunggu di tempat yang disediakan dan baca serta order menu dulu. Dah dapat tempat boleh terus order. 


Sambil menunggu tu, ah jomlah kita berfoto-foto dulu ye tak. Boleh jadi bahan kat blog. hihihi


Dalam 15 minit menunggu, kitorang dapat meja dan kami pilih duduk di dalam. Ada beberapa seksyen dalam kedai ni. Korang bolelah masuk tengok2 sekitar kedai kalau nak tengok keadaan dan deko deko dia. Tapi memang klasik hipstur camtula. Aku pun tak tahu nak descibe camana. haha 😅

Ok jom tengok makanan yang kami order

Ini aku order Charcoal Burger n Hot Tea

Portion sumpah besar, jenuh juga nak habiskan. Kenyang gila perut! 😋 oh ya nama menu aku The Mistress

Dan kawan-kawan aku order yang lagi dua tula. Tu pun bungkus balik sebab portion dia besar. Kalau rasa perut tu tak makan banyak boleh share-share.

Lepas makan, hati senang.. kita bergambar kenangan.

Kami memilih untuk duduk di seksyen tengah, inilah deko-dekonya. Aku rasa malam-malam memang lawa tempat ni dengan lampu gantung-gantung. Nanti nak pergila waktu malam.

Instagrammable sangat kan 😊

Wooo...  😜

haha.. kakak belanja gambar kakak yg kuat makan gemuk dah ni

haha.. So, pada pandangan kakak, kakak suka tempat ni. Deko-deko dia ala2 semulajadi lumut camtu. Makanan dia mostly semua nampak sedap. Nama makanan dia kelakar juga mcm Burger aku tu nama dia The Mistress, ada dessert nama "kalau aku kaya", "better than sex", grilled salmon nama "kg. sg. tua" haha So aku memang recommended kedai ni. Kalau tak tahu nak makan mana area KL bolehlah singgah sini ye.

Ok tu jela nak share more info korang boleh tengok FB diorang ni :


Bye jumpa lagi.. tq for coming guuuuyyyys!



  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hello,
    Are you looking to buy a balloon that agrees to the advanced quality?
    Here we are sale very good quality balloons at affordable prices .
    Our balloons, tassels, garlands, backdrops, and bridal gifts provide a
    dream wedding for you and lasting memories for your guests.
    Below is a link to our site from here you can buy balloons of your choice.
    https://balloomz.com/
    Thank You

    ReplyDelete

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.