Dacsee | Membawa Kegembiraan Kepada Anda Melalui Dacsee

By Nova Leeza - Thursday, May 02, 2019


Membawa Kegembiraan Kepada Anda Melalui Dacsee
Dacsee memberikan elemen kegembiraan kepada penumpang melalui kempen Joy Driver


KUALA LUMPUR, 30hb April 2019: Peningkatan memberangsangkan Dacsee berterusan selari dengan perkembangannya di seluruh Malaysia. Dalam tempoh 10 bulan sejak dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas, jumlah tempahan setiap bulan telah meningkat lebih daripada 25 kali. Dengan lebih 120,000 pengguna berdaftar dan 11,000 pemandu yang disahkan, Dacsee menjadi tarikan di seluruh negara. Dacsee membenarkan pengguna memilih pemandu dan meletakkan mereka sebagai rakan dalam aplikasi Dacsee untuk perjalanan seterusnya. Pengguna juga boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan komuniti di mana mereka dihubungkan dengan pengguna yang mempunyai minat yang sama yang membolehkan mereka berkongsi idea dan pemikiran. 


Terdapat juga ciri tempahan awal supaya pengguna boleh menempah pemandu pada tarikh dan masa tertentu. Selain daripada itu, dengan setiap perjalanan, anda akan menerima tawaran menarik secara mengejut dari panel peniaga kami melalui Kempen Joy Driver. Kempen Joy Driver membolehkan pengguna mengalami pengalaman yang pasti diingati melalui Perjalanan Yang Penuh dengan Pengalaman.


Untuk memulakan fasa pertama kempen Joy Driver Dacsee, para pengguna boleh menempah Kereta Ais Krim Dacsee sekiranya kereta tersebut berdekatan. Dengan ciri ini, pengguna akan diberi ganjaran ais krim sebaik sahaja mereka memasuki kereta. Terdapat juga skuad jelajah Dacsee di pelbagai tempat untuk mewujudkan kesedaran jenama Dacsee dengan mendidik orang ramai tentang cara memuat turun aplikasi Dacsee dan proses tempahan dengan menggunakan Kempen Joy Driver. Sekiranya anda menjumpai van Kombi Volkswagen, anda layak mendapat aiskrim percuma.


"Tujuan utama pelancaran kempen ini adalah untuk mempromosi dan memperkenal kempen Joy Driver kepada orang ramai. Kami ingin memberi sesuatu kembali kepada pengguna kami sebagai penghargaan dan tanda terima kasih dari kami dengan membuat mereka berasa gembira, "kata Encik Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Dacsee.


Kempen Joy Driver Dacsee menekankan pada 4 elemen; More than Just a Ride, Unique Experiences, Proactive Experiences dan Journey Experiences. Pemandu Joy adalah pemandu terpilih yang telah dilatih untuk memenuhi kempen berjenama. Selain menghantar penumpang ke destinasi mereka dengan selamat, pemandu ini juga dapat memberikan persampelan produk dan perkhidmatan daripada jenama yang terlibat. Pemandu Joy hanya akan muncul di skrin aplikasi sebagai pilihan apabila pemandu berada dalam radius 3 kilometer dari penumpang. Sekiranya penumpang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Pemandu Joy apabila ia muncul di aplikasi, mereka boleh memilih pemandu ini selain daripada pilihan pemandu biasa dari komuniti sedia ada seperti Compact, Comfort, Xtra atau Executive. Ciri ini membolehkan Dacsee memberikan pengalaman kegembiraan secara langsung kepada pengguna sasaran yang berminat.




Ikuti Dacsee di:

Laman sesawang: https://dacsee.com/#/





  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.