HABIB JEWELS : Festival Batu Permata Sempena Jualan Akhir Tahun 2019

By Nova Leeza - Wednesday, November 27, 2019

Salam,
Mari-mari dekat-dekat para peminat batu permata dan barang kemas, HABIB sedang mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu permata mereka bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019 di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Terdapat lebih dari 1000 koleksi barangan kemas batu permata berharga bersempena dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia. Jualan Akhir Tahun Habib turut disambut di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara, dengan potongan harga menarik sehingga 1 Januari 2020.


Sempena Jualan Akhir Tahun dengan tema ‘Magical Holiday Festivity’, HABIB telah mengadakan Majlis Pelancaran Festival Batu Permata dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 Koleksi Batu Permata berharga terbaik Habib bertempat di Ground Floor IOI Mall, Putrajaya. Majlis bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Ili Ruzana yang merupakan juruhebah Fly FM. Ili telah diserikan dengan indah, memakai barangan kemas dari koleksi berlian dan zamrud.


Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan persembahan khas dari Cassidy La Crème yang kelihatan begitu cantik dan menawan dengan koleksi eksklusif berlian dan batu permata terbaru HABIB.

Ucapan dari Dato' Sri Meer Sadik Habib
Pengarah Urusan perniagaan barang kemas tempatan terkenal, Habib Jewels

Pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 koleksi batu permata berharga terbaik HABIB digayakan oleh model-model seperti seorang Puteri Istana. 

Begitu menawan sekali melihat si pemakai menggayakan batu permata berharga terbaik HABIB.

Ini merupakan kali pertama HABIB menyambut musim festival secara besar-besaran dan jenama ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas antaranya berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, Emas 916 (koleksi eksklusif Oro Italia 916), Jongkong EmasBatu Permata Berharga dan Mutiara dengan harga yang berpatutan. Untuk koleksi 2020, koleksi istimewa yang dinamakan  Koleksi Eksport, mempunyai rekaan yang unik dan eksklusif dengan berlian terpilih. Koleksi ini sangat dinantikan oleh penggemar emas setiap hujung tahun kerana ia hanya ditawarkan pada Jualan Akhir Tahun HABIB.

Tagline Jualan Akhir Tahun HABIB adalah ‘Hadiah Kebahagiaan’, kerana ini ialah masa yang paling sesuai kerana bermulanya musim cuti sekolah, musim perkahwinan, pertukaran hadiah ketika Krismas yang akan datang dan sambutan Tahun Baru tidak lama lagi.

Turut memeriahkan majlis adalah Duta HABIB; Rozita Che Wan bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania

 Dato' Sri Meer Sadik Habib bersama isteri tercinta Datin Sri' Zarida

Diantara artis yang hadir dan memeriahkan majlis adalah Ryzal Jaafar, Adeline Tsen dan Cassidy.

Terima kasih kerana menjemput Nova Leeza untuk melihat dengan lebih dekat koleksi-koleksi istimewa dari HABIB. Sungguh teruja melihat koleksi yang cantik-cantik belaka.

Trend fesyen terkini adalah rekaan barang kemas yang lebih ringkas, moden, elegan dan berkelas tinggi. Malah, batu permata pelbagai warna sedang menjadi trend hangat pada masa kini. Oleh itu, HABIB telah menggabungkan fesyen Eropah dalam rekaan barangan kemas mereka. Koleksi batu permata HABIB jarang diberi diskaun kerana ini ialah koleksi berharga. Namun, sempena Jualan Akhir Tahun ini, buat pertama kalinya, HABIB memberikan sesuatu yang istimewa untuk pelanggannya, tawaran harga yang mampu milik untuk koleksi permata. 

Permintaan terhadap batu permata berwarna seperti zamrud, delima, dan nilam sangat tinggi dalam industri fesyen masa kini.

HABIB kini membawa barangan kemas batu permata yang menjadi trend global ke Malaysia.

Koleksi Berlian Putih Sarat menghiasi diri bak seorang puteri kayangan

Permata Biru, tampak cantik dari jauh

Untuk seorang yang bakal menjadi raja sehari, diri dihiasi permata agar nampak memukau dan anggun bergaya.

Memang sungguh menguji keimanan melihat batu-batu permata koleksi HABIB, untuk anda, apakah Birthstone anda? Sudahkan anda dapatkan seutas sebagai koleksi peribadi? Jangan lupa, HABIB sedang mengadakan Jualan Akhir Tahun dan cepat-cepat ke IOI Mall Putrajaya untuk melihat batu permata dan berlian yang cantik-cantik belak.


Koleksi subang yang menawan

Ini adalah batu Garnet, buat di Januari seperti Nova 😊

atau adakah anda seorang Sapphire?

Pelbagai rekabentuk yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Rambang mata melihat, pastikan datang ke HABIB bawak suami 😃

Cincin emas bertatah permata, menjadi kegilaan wanita

Diantara cincin-cincin HABIB yang menjadi pilihan Nova

Rekaan yang unik dan cantik sangat

Gabungan emas putih dan emas kuning bertatahkan batu permata

Untuk lelaki pun ada tau. Kalau nak dekat anniversary tu bolehla belikan untuk suami tercinta.

MENS RING
Product code: LE157081
Price: RM 685
Material : Batu permata tourmaline hijau, berlian putih, palladium dan perak ⏬


MENS RING
Product code: 11953 (PLD)
Price: RM 739
Material: Safir Biru, palladium dan perak ⏬

Rambang mata 😉

Product code: 67780-RY
Price: RM 1,498
Material : BATU DELIMA

wah... koleksi yang menggugat iman

Rekaan halus Gelang Tangan Oro Italia 916

Cantiknya kilauan emas memikat hati gabungan 3 warna.

Koleksi rantai emas 916 juga ada di sini

Pengunjung boleh mendapatkkan batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting dengan harga serendah RM330, sesuai dijadikan sebagai hadiah.

Mari mari ke HABIB YES sehingga 1 Disember sahaja. 

Tawaran menarik menanti semua pelanggan sehingga 1 Disember 2019 di Festival Batu Permata Habib antaranya:
  • Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata 
  • Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1000 dan keatas dalams satu resit (sementara stok masih ada)
  • Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916


HABIB pilihan hati 😄


Jom meriahkan Festival Batu Permata sempena Jualan Akhir Tahun HABIB bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019 di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jom ramai-ramai bawa suami, mak ayah dan sanak saudara.


Apa tunggu lagi jom jom.. HABIB Jewels SALE ni!


  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. HELLO!!!

    ARE YOU LOOKING FOR MONEY TO START YOUR BUSINESS PLANS? SHORT OR LONG TERM LOAN? WELL I REPRESENT A COMPANY THAT IS WILLING TO INVEST IN ALL BUSINESS SECTOR, LET US KNOW WHAT BUSINESS YOU HAVE AND WE WILL FINANCE IT.

    FOR MORE INFO.

    EMAIL: citynationalfinanceonline@gmail.com

    WHATSAPP: +1 (314) 563-0002

    NOTE: FOR SERIOUS MINDS ONLY!

    ReplyDelete
  2. Gelang 3 warna tu mmg lawa. Suka la koleksi Habib. Hehe

    ReplyDelete

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.