Operation Sinusitis, Hidung Tersumbat dan Hilang Deria Bau

By Nova Leeza - Sunday, February 02, 2020

Salam,
Holla...ada orang cakap aku buat hidung kasi lawa. Adake patut.. hahaha tak kurang pula, ada yang cakap suara aku berubah lepas operation. Siap tak cam suara. yeke? Ntahla aku pn tak perasan. Tapi yang aku pasti aku buat operation sebab sebelah hidung dah tertutup, hilang deria bau dan asyik demam selsema je. ha.. Ok ceritanya macam ni..... Aku ni sejak kecik memang sangatlah sensitif dengan bau menusuk, habuk, seafood, sejuk melampau.. dan beberapa benda lagi la. Kalau ada trigger confirm selsema.. teruk pulak tu bukan sejam dua, seharian hidung berair sumbat tau.

Chronic Sinusitis with right Nasal Polyp. Tu hidung senget katanya. Selama ni aku pn tak perasan senget rupanya hidung aku ni. Patutla tekan2 sakit kat situ. aih

Yang aku tahu kalau aku makan ubat selsema tak mengantuk tu... memang tak jalan. Kalau aku makan yang kuning mengantuk tu, barula lega sikit. Tapi ubat tu memang mengantuk gila kalau makan. So selalu kalau aku selsema memang aku akan MC la jawabnya. Dia sekali package sakit kepala, hingus, sakit tekak dan hilang selera makan. Yerla ENT (Ear Nose Throat) tu kan satu saluran. Sampailah satu hari pada usia aku 35 tahun hampir sebulan juga hidung aku ni dah tak boleh buka dengan ubat titis Decongest tu. Ubat telan pun camtu juga.. aku dah 2 kali ulang klinik so doktor suggest aku rujuk pakar. 

Doktor India perempuan tu siap pesan, pergi sekarang jangan tangguh lagi. Dia kata kesihatan paling utama, kerja atau apa-apa boleh tangguh. Kena sekolah jugala aku dengan doktor tu. Dengan paksa rela la aku ke KPJ Ampang refer ke ENT sana. Actually sebelum ni pun pernah pergi sebab Vertigo, masalah keseimbangan badan, pusing kepala sebab selesema ni la juga. Infection gegendang telinga. Tapi masa ni bukan masalah Vertigo. Ni masalah hidung sumbat sampai hilang bau. Aih.. memang masalah besar hidung aku ni, mancung tu.. bolehla.. tapi... aih 😂  

Next, dipendekkan cerita, masa aku jumpa doktor tu pagi around 10 am, dia teropong dalam hidung dan katanya memang dah blok habis sebelah. Sebelah lagi tu boleh tahanla tp ada juga blok. So, dia terus suruh aku buat CT Scan, lepastu refer dia balik dalam pkl 12 tengah hari. Kalau memang confirm block, esok pagi terus buat operation. Ah.. kelam kabut juga aku. Terus call husband bagitahu, aku pergi seorang pulak tu. Sumpah macam tak caya, takkan esok terus nak bedah.. 😅 

Ko rasa camana result dia? Ah... memang kena bedahla katanya! Aku tak sempat nak pikir.. ikutkan jerla. Dah husband aku cakap teruskan je. Aku pun Ok kan jerla. 

Dah.. siap2 dah nak masuk bilik bedah.


Dah keluar bilik bedah! Sakit giler doooh!!!!!!  Day 1 tido berdengkur kuat gila bernafas ikut mulut je...

Day 2 - ok sikit.

Total bil, cover by Prudential 18K, aku bayar dlm 1k sajor. Tq prudential muah.

Day 3 - yey dah nak balik dah

2 minggu cuti, tapi appointment tetap on 3-4 hari sekali utk cuci hidung, dan check keadaan luka. Process recovery memang kena ikut betul2 arahan doktor. Kena cuci hidung setiap hari. Darah memang banyaklah, kadang yang keluar tu ketul2 weh, tapi biasalatu. Alah bisa tegal biasa. Ni lepas 2 minggu lebih dah happy dah ni nampaknya.


Buat masa ni dalam 2 bulan aku jaga hidung jangan kena habuk and elakkan selsema. 

Ya ya.. saya saya.

Camana hidung baru saya? Onz ke tak onz?

Hahaha bukan plastik tau. Original. Doktor tegakkan dan buang sikit tulang katanya. 

Okla... tu jerla nak cerita, nak tahu lebih lanjut bolehla tanya dalam komen kat bawah ye. 


Thank you for coming. Bye bye.


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.