Kedai Lampu Murah Puchong Houses Lightings

By Nova Leeza - Sunday, April 05, 2020

Salam,
Bulan 10 tahun 2019 yang lalu, aku dan suami dapat kunci rumah baru. Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun menunggu dan hampir nak give up. Lama tu, aku nk give up tapi husband aku suruh sabar. Sabar punya sabar.. dapatlah masuk rumah. Yahooo! So, dengan rumah baru ni aku telah membuat bajet betul-betul supaya tidak terlebih atau terkurang. Duit pun cukup-cukup je ni. Hujung tahun kan.. sorang anak nak masuk tadika swasta, yang sorang anak darjah 1. Dengan itu, soalan pertama aku kat suami... lampu nak beli mana yang? "Puchong la! Sana lampu murah-murah lawa-lawa" katanya. Puchong? ahh jauhnya bisikku dalam hati. Berbaloi ke? Sebab kami duduk KL,aku rasa Puchong jauh. haha.. tapi husband aku kata berbaloi pergi sana. Oklah kita ikutkan sahaja. Dalam minggu tu juga kami ke Puchong, Houses of Lightings. First time masuk kedai lampu.... aku rasa aku tak boleh nak buat pilihan.. sumpah betul cakap laki aku..lawa-lawa dan memang murrrrr!


Sebelum kita pergi kedai... aku tunjukkan dulu rumah kosong yang baru dapat..


Ahh...bila sampai kedai, rambang mata siot. Aku bajet RM200. Tapi bila aku masuk.. habis RM475 tapi tu kira rumahlah murahlah lagi sebab beli lampu satu rumah. Yes!!! Puas hati! Konsep rumah ni aku nak buat ala-ala besi-besi gitu. Macam industrial. Hitam elegant. Tapi jangan tak tahu kalau perabot takdala nak beli  besi juga.. ayooo besi mahalla. So ala-ala hitam menawanla konsepnya. 😜 Ada 2 kedai sebenarnya aku pergi, Houses Lightings dan kedai sebelahnya. Lupa la nama kedai tu. Tapi aku beli kat kedai Houses Lightings ni je la. Gambar2 bawah ni ada campur2 sikitla 2 kedai ni. Jomla tengok jom...

Disebabkan konsep aku hitam itu menawan, aku ambik gambar yang aku berkenan jerla ye.. hihi

Mentol ko boleh pilih nak bujur ka bulat. Kuning ka putih.

Macam ni kan lawa kan



Tengok harga tu.. murr murr murrr

Kanan, aku nak cari lampu untuk frame besar

Selain lampu, kipas ada, casing plug ada, gantung tv ada.. macam2 yang berkaitan dinding ada.

Susah juga nak cari lampu frame.. ada yang dah habis stok

Ha.. bulat, lonjong, petak.. semua ada.

Ni pun aku kenan juga.

See.. kan aku cakap aku ambik gambar yang aku berkenan je. hahaha.. 

Kedai ni kan, kalau nak beli lampu dia ada sistem. Ko tunjuk mana yang ko berkenan kat assistant dia. Lepas tu dia cari stok. Ambik nombor untuk bayar dan lepas bayar pergi kaunter check barang. Dia akan tunjukkan dan test satu-satu. Serius ramai gila orang masa aku pergi ni hari Sabtu. 

So.. nak tengok hasilnya?

Ni ruang tamu yang kosong tadi dah pasang lampu besar. Yang ni dalam 200++ aku lupa berapa.. 2rat lebihla. Besar.. kira murahla ni. Tak masuk mentol ya. Mentol dalam sebiji RM10. Lebih kurang.

Meja makan kita pasang lampu kotak2.. asalnya nak pasang mangkuk tu.. tapi napa tah plan berubah.. ok juga la. 

Main bedroom

Dua bilik aku pasang lampu biasa je gini

Parabot dah sampai... tapi belum kemas lagi.. 

dan akhirnya.. selepas mengecat dinding, pasang frame.. deko2 sikit... ha.. inilah hasil air tangan laki bini yang tak cukup tido penat gila.. selesai design dalam masa 2 bulan setengah!

Gambar bulu dekat frame hitam tu aku yang lukis.. main belasah je.. ehh jadi lawa pulak. kikiki
masuk bakul la. 

Ni pandangan depan.. letak satu lampu romantik.

Ni kawasan rehat ruang tamu depan. 

Haha.. puas hati! Apa yang dibayang menjadi realiti. Aku yang design.. husband aku yang buat kerja menebuk ke pasang langsir ke.. dialah yang bertukang. Cat Dinding tu hasil tangan aku. 

So.. kalau korang pindah rumah baru.. pergila ke Puchong. Harga terbaek!! Ni alamat k! Tu nampak aku visit Oct 2019 la.. 😃


apa lagi yang korang nak aku share.. meh meh bgtahu kat komen. Mana aku beli kipas ke, aircond ke.. nak tengok gambar satu rumah ke.. bgtahu k. Oh ya.. siapa yang pasang kipas lampu  ni adalah adik ipar aku. So kalau nk tanya lebih lanjut boleh komen atau pm sis ya.

Masa aku jemput mak aku ke rumah.. mak cakap "Mak nak lampu ni jugak, beli kat mana ni.. lampu ni lampu ni pun nak juga!" .... haha mak ni kelakarlah. Ye ye nanti kita pergi ye. Rindu mak.

Tu jelah nak share. Ok tata sekian. Bye. 



  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.