Salam,
Holla semua. Harini Nova nak sambung lagi cerita percutian kami di Perlis. ha.. nak kongsi tempat makan best di Arau ni. Memang kalau bercuti tak pergi makan best-best memang tak sah jalan katanyer! So, dalam misi mencari makan tengah hari, staff di Hotel Seri Malaysia tu cadangkan Restoran Anjung Keli. Abang Bell boy tu cakap "Kalau sesiapa yang datang ke hotel ini mesti singgah di Restoran Anjung Seri, kedai tu tak jauh dari sini". "So.. dekat mana tu bang? Boleh tunjuk jalan" tanya aku. "Senang je.. belok kiri belok kanan keluar simpang dekat traffik light kedua, ambik kanan. Pastu jalan terus sampai hujung.. ha.. sampaila restoran tu sebelah kiri" .. cewah.. cam senang je kan dengar arahan, lepas tu salah jalan. Pasang Waze baru sampai. hahaha!..
Oh.. patutlah gelemer ye, dah masuk JJCM TV3.
Anjung Keli ~ Warisan Citarasa Tradisi
Jom Nova kongsikan gambar-gambar lauk pauk yang ada disediakan sebagai juadah makan tengah hari anda.
Ada pelbagai jenis ulam-ulam, sayur, lauk pauk... uhh... rambang mata nak pilih yang mana satu wehh!
Jangan tak tahu ada juga ayam kampung dan burung puyuh.. nyam!
Dari sini ke hujung, jenuh nak tengok dan hadam nak pilih yang mana satu
Sup Tulang pun ada
Yey! Dah habis makan, nampak muka keletihan sebab makan banyak. kikiki
Eh sebelum tu share dulu lauk apa yang kami ambil ye
Restoran ini luas, bersih dan selesa.
Kalau nak rasa udara luar boleh duduk bawah khemah yang disediakan
Tu ha... bawah khemah
Tempat basuh tangan
Tempat bancuh air dan kaunter bayaran
Ha.. kalau buat carian di Google boleh nampak seperti ini. Senang boleh waze je ye.
Ok.. dah nak balik ni. Sehingga jumpa lagi ye.
Kesimpulan yang Nova boleh buat adalah, kami sangat berpuas hati dengan masakan dan lauk yang disediakan di sini. Memang rambang mata, ambik je mana-mana yang teringin nak makan. Dahtu tak charge mahal-mahal pulak. Harga biasa je. Servis bagus dan kalau kami ke Perlis lagi, InsyaAllah kami akan singgah ke Anjung Keli lagi.
Ok. tu je la nak share harini.
Sekian.
N.L
Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k
Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis

















Novaleeza's Social Media