Idea Wrap Sihat Sarapan Ringkas dan Mudah

Salam, sarapan jangan diabaikan. Mulakan hari anda dengan tenaga yang mencukupi dan badan bersedia untuk memulakan cabaran. Sarapan juga tidak semestinya makan makanan berat, sebaik-baiknya seimbang dan berkhasiat. Ada khasiat yang cukup dan baik dalam makanan itu penting. Goal supaya badan kekal sihat dan cantek kiki. Salah satu makanan yang disukai ai adalah Wrap Salad Telur kegemaran. Penyediaan hanya memakan masa 10 minit sahaja.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. Wrap (beli siap - wholegrain better)
2. Mayonis
3. Salad
4. Srambled Egg
5. Buah (strawberry/kiwi/berry/avocado)
6. Serbuk Black Pepper

Cara-cara membuatnya :
Sapu wrap dengan mayonis
Susun bahan-bahan di atas
Gulung



Siap. Boleh bungkus dalam pembalut kertas atau masukkan dalam tupperware.

Bila lapar, kita makan.Nyumss!


Alhamdulillah kenyang. Kalau tak suka scrambled egg boleh tukar dengan telur rebus. Mana-mana pun boleh. Mudah cepat dan lazat kan. I prefer makan ini dari makan nasi lemak. Nasi lemak kalau teringin sangat baru makan. Dah berumur ni, makan pun kena tengok-tengok juga. Yang penting, bukan makan sekali banyak ye. Makan sikit tapi berulang-ulang tak apa.. kurangkan portion makanan.. especially carb. Ok tu jerla nak share.

Semoga memberi idea kepada kamu semua untuk sediakan breakfast di pagi hari.

Ok daa...

Muah,

Post a Comment

0 Comments