Salam. 3 minggu tidur dengan Emma Sleep. 3 minggu lepas, tilam Emma sampai ke rumah. 1 minggu berlalu.. 2 minggu berlalu.. 3 minggu. Selesanya! 3 minggu ini, cadang nak baring-baring rehatkan badan dalam 30 minit bertukar menjadi tidur yang nyenyak kurang-kurang satu jam. 2 jam setengah tu biasa terlajak tidur siang. Tak kira tengah hari ke petang, jangan! Jangan baring dekat EMMA! Selesa ya amat, gebu & tak sakit belakang sikit pun. Aku mengaku Emma Sleep memang terbaik!
Unpack, Unwrap & Unwind
Mula-mula sampai tilam ni, dia packing dalam kotak biru putih. Nampak macam kecik je senang angkat. Eh betulke dia banyak layer? Macam mana dia boleh masukkan tilam dalam kotak ni ya? Terfikir juga aku. So, kita buka dulu tilam ni ya sebelum aku cerita lebih panjang.
Emma Sleep bagi pisau pemotong plastik tilam dalam kotak ni, senang korang nak buka dan selamat juga. Bagus kan? Selain itu ada booklet mengenai Tilam ni.
Ok ni dia pisaunya, dah keluarkan tilam dari kotak, next kita buka plastiknya jom.
Ha.. selesai buka plastik yang menggulung tilam ni jd bulat. Seterusnya kita buka pembalut plastik tilam ini pula ya. Ada beberapa plastik, baguskan terjamin selamat dan tilam pun bersih.
Ha, siap dah buka. Mak sorang je buat pun boleh. Senang. Tilam ni kan, lepas keluar plastik kan, dia kembung naik ke atas. Buka mana2 part terus dia naik. Wow kan! 😎 Cool cara dia mampatkan tilam ni dalam plastik dan kotak belakang tu.
Ha yang paling seronok mestilah budak-budak berdua ni. Dapat pula tilam ni buka kat depan TV, sambil baring tengok TV lompat-lompat la diorang keseronokan. Ini kira happy sangatlah budak berdua ni memandangkan ken PKP, duduk rumah je. Dapat tilam sedap macam ni.. memang seronok sangatla.
Daddy diorang balik, daddy tolong angkat ke bilik. Sambung having fun dalam bilik pula. Tilam ni kan serius tebal, tinggi tau.. memang tinggi betul la tilam ni, 25 cm tau. Inilah tilam paling tinggi aku pernah ada. Fefeeling macam tilam dekat hotel tu. Real!
The Emma Original Mattress
Selesai cerita buka tilam ni, 3 minggu lebih aku cuba tilam ni. Tilam ni paling selesa aku pernah cuba. Mula-mula aku was-was tau sebab. bila aku berdiri di hujung tilam dia macam tenggelam sedikit ke bawah. Ehh.. lembut sangat ke tilam ni? First impression aku. Kemudian aku cuba baring, eh selesa pula, takda tenggelam di bawah, takda rasa lembut sangat. Then aku baca..aku baca untuk aku lebih faham pasal tilam ni. Yang paling penting tilam ni ada tag EMMA yang comel tu. 😜
Bagus tilam ni, dia letak pemegang macam ni senang nak angkat dan alih. Nak pasang cadar pun jadi mudah. Nampak simple je kan, tapi benda macam ni sangat membantu tau. Especially aku yang ada sakit belakang ni selalu masalah nak angkat tilam. Terbaiklah! 👍
Tilam ni dilindungi oleh sarung tilam yang boleh jaga suhu supaya tidak menjadi panas dan ianya elastik. Bahagian atas warna putih sarung tilam ini akan memastikan suhu sentiasa sejuk untuk anda tidur nyenyak. Ditambah pula, material yang digunakan sejuk untuk korang bergolek-golek dengan selesa. Bahagian Dark Grey, sarung tilam ni, menyokong peredaran udara yang baik. Ia juga anti-slip untuk berada di kedudukan yang sama bahagian bawahnya. Memang sejuk sahaja di malam hari, selesa dan nyaman. Cover ni juga boleh dibuka untuk dicuci. Baguskan A++ untuk kebersihan dan idea pereka tilam ni.
Tiga Lapisan Kelesaan
Tilam EMMA ini memberikan sokongan yang penuh pada badan kita. Dia guna konsep pengezonan untuk memastikan badan disokong mengikut bahagian. Tilam ini terbahagi kepada tiga lapis dan sesuai dengan apa jenis bentuk badan sekalipun dan ia juga menyelaraskan tulang belakang, sehingga korang tidur lebih lena dalam posisi tidur yang sangat selesa.
Ini dia live 3 lapisan tilam ni, pertama tu warna hijau, kedua warna putih ada lubang-lubang dan ketiga warna biru tu.
Foam dengan Pengudaraan Yang BaikFoam mesra alam ini baik untuk keadaan persekitaran dan tidur anda. Foam ini menghilangkan kelembapan dan menghalang anda daripada menjadi panas. Ia juga sangat bouncy tetapi dengan rekaan berteknologi yang digunakan, rakan disebelah tidak akan terganggu tidurnya setiap malam.Mengurangkan Tekanan, Foam 7 zonKeajaiban rekaan moden di tengah tilam. Foam berdaya tahan tinggi ini menyebarkan tekanan dengan sempurna di seluruh tilam dan mudah menyesuaikan diri secara khusus dengan bahagian tubuh anda yang berbagai bentuk. Dijamin dalam memastikan anda selesa walau bagaimana keadaan semasa anda tidur.Foam Titik Elastik yang MenyokongLapisan foam ini menyokong anda sepenuhnya. Impian menjadi kenyataan apabila tilam ini memberikan tekanan balas yang baik untuk menyokong bahagian belakang anda dengan selesa dan menjadikan pergerakan di atas tilam menjadi mudah tanpa mengganggu pasangan anda.
Tilam yang memenangi banyak anugerah dan "Most Awarded Mattress In Europe". Tilam ini telah terjual di lebih 25 negara di seluruh dunia. Dicipta dengan menggunakan teknologi terkini dari Jerman. Pakar tilam EMMA bekerja bersungguh-sungguh untuk membuat tilam terbaik dengan harga yang berpatutan. Dibuat untuk disesuaikan dengan pelbagi jenis badan dan semua posisi tidur.
Secara peribadinya, tilam EMMA ini sangat selesa, memang selesa teramat, tidak sakit pinggang bila bangun tidur. Tidur malam sangat nyenyak tau, bangun pagi terasa segar. Dulu masa pakai tilam lama, bangun pagi badan rasa sakit sebab berat badan tidak disokong tilam. Aku yang ada sakit belakang ni pun bukan boleh sebarang tilam. Dengan tilam EMMA ni, aku bagi A++. Malam-malam sejuk je bergolek-golek atas tilam. Yang bestnya, cover tilam ni boleh buka dan cuci. Best! Kebersihan, hygiene memang terbaik! Tilam ni juga mengurangkan allergen dengan berkesan. Tilam yang sangat berteknologi tinggi dan tak perlu ragu-ragu untuk memilih EMMA. EMMA memang best, kalau jiran sebelah bangun tidur pun ko tak rasa gegar-gegar. Bestkan! Mesti pilih EMMA tau. Tilam dia rasa kat hotel! Serius! Sekarang aku rasa lebih bahagia dan happy bila bangun pagi. Sedia untuk mulakan hari dengan cargas!
Ini saiz tilam EMMA Original Matress, tebal tilam ni 25 cm.
Single - 190x90x25 cm - 17 kg
Queen - 190x150x25 cm - 19 kg
King - 190x190x25 cm - 26 kg
King - 190x190x25 cm - 26 kg
Ya, korang kena tahu, korang boleh contact EMMA untuk 100 night trial. Rasainya sendiri. Berbaloikan sebab waranti dia bukan biasa-biasa.. 10 tahun tu.
Untuk pembaca blog, pengikut sosial media nova, gunakan kod
"NOVA10"
untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% semasa pembelian anda!
Cepat tau! Jangan ketinggalan.. EMMA memang tilam terbaik!
Tak boleh lawan keseronokan budak berdua ni.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pautan di bawah ya
Website : https://www.emma-sleep.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/emma.sleep.my/
Instagram : https://www.instagram.com/emmasleep.my/
Sekian, selamat mencuba!














0 Comments