Resepi Ayam Masak Merah Mudah Kesukaan Anak

Salam, malam ni nak sharing resepi la. Ni ayam masak merah kesukaan aku masa aku kecil lagi. Resepi mak aku. Bila dah tua  ada anak ni, kita masak pula untuk anak. Anak-anak aku ni takdala susah mana nak makan, yang penting kena sedap je. Sedap je jalan. haha tapi bapaknya lagi senang. Sedap ke tak sedap ke, jalan juga. Haa.. berani le nak cakap masakan bini tak sedap. Kang bini gantung kuali kang 😆😆😆

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

Ayam Goreng 3/4 Masak
1. Seekor Ayam
2. Serbuk Kunyit
3. Sedikit Garam
4. Minyak Masak

Bahan Kuah Merah
1. Cili Besar 3-4 batang
2. Bawang Merah 3-4 biji
3. Bawang Putih 2-3 ulas
4.Cili Kisar/Cili Boh
5. Halia seinci
6. Sos Tomato
7. Sos Cili
8. Sos Tiram
9. Tomato (dipotong 2/4)
10. Bawang Besar (dipotong 2/4)
11. Sedikit Garam
12. Secukup Rasa/Kiub Ayam (aku letak dua2)

Cara-cara Memasaknya

Mula-mula kita goreng ayam dulu, letak serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng dan toskan.

Goreng ayam dalam minyak yang betul2 panas, baru sedap.
dah siap goreng angkat toskan ya. Letak tepi. Jom buat kuah pula.


Cara Buah Kuah Merahnya pun mudah juga. Blend sahaja bahan2 di bawah ni.


Blend lama biar betul2 hancur. Kemudian masuk minyak, masak. Dah kuning sikit masukkan cili boh dalam 2-3 sudu. Ikut citarasa, nak pedas letakla banyak.


kacaulah sehingga masak cili ni. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.
Masukkan juga sedikit garam dan secukup rasa/kiub ayam.


Soses 😆

Kuah dah masak elok, masukkan ayam yang dah di toskan tadi.

Pastu.. potong tomato dengan bawang besar masukkan kasi nampak lawa.

Tadaaa... dah siap. Senang gila kan.Anak-anak aku suka, aku suka.. bapaknya suka. Semua suka. Nyam.

Selamat mencuba cubi. 

Bye!

Sekian.


Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau saya nak makan nasi tomato, lauk ayam masak merah ni di antara lauk favourite saya.

    ReplyDelete
  2. Rasanya ni lauk kesukaan majoriti orang. Simple tapi sedap!

    ReplyDelete