Salam,
Masalah kegatan kulit di bahagian belakang lengan dan peha memang sangat menggangu sejak dari dahulu lagi. Kalau makan seafood or benda-benda yang gatal sikit makin mencanak naik bintat-bintat merah. Kadang-kadang gatal, kadang-kadang tangan yang gatal. hehe 😝 Tangan memang selalu je gatal nak picit-picit la garu-garu. Masalah kulit ai ni walaupun tak teruk tapi agak mencacatkan kemulusan kulit. Rasa kurang yakin bila tengok parut-parut yang ada.
Untuk masalah ai, kulit kena selalu bersih dan lembap. Kena jaga makan, kurangkan makanan gatal dan penting tangan tu jangan gatal. Memang ikutkan tiada ubat untuk ekzema sembuh, tapi kita boleh jaga dan kurangkannya. Kurangkan macam mana? Salah satu cara adalah dengan pemakaian porduk yang betul. Kulit yang ada masalah begini tidak bolehlah nak pakai sebarang sabun kan. Kena pastikan kandungan bahan tidak memburukkan lagi keadaan ekzema atau gatal-gatal tu. Dua minggu lepas, Nova telah mencuba produk yang dicipta khas untuk mengurangkan rasa gatal dengan cepat dan berkesan. Nama produk ini adalah Suu Balm, direka oleh Dr Tey Hong Liang, pemilik Itch Clinic at the National Skin Centre di Singapura.
Apa yang menariknya tentang Suu Balm ini adalah :
✔️ Mampu mengurangkan rasa gatal dengan cepat dan berkesan menggunakan mentol yang tidak kering.
✔️ Pelembap yang sangat tinggi dengan ceramida & filaggrin yang hampir sama dengan kulit sebenar.
✔️ Bahan berkualiti tinggi dengan TIADA kandungan seperti SLS, SLES, sabun, sulfat, paraben, pengawet atau wangian tiruan.
Kalau dibiarkan kulit kering, dia akan menjadi lebih teruk tau, kalau ada masalah seperti ekzema ni memang kena selalu lembapkan kulit dan jangan garu-garu tau. Sapuan pelembap ni boleh dianggap sebagai rutin harianlah. Kena disiplin baru kulit akan bertambah baik dan baik. Salah satu produk dari Suu Balm yang bagus adalah Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser (75ml).
Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser ini mengandungi bahan khusus untuk memberikan kelegaan cepat dengan mentol yang bertindak dengan menyejukkan kulit, dan mencetuskan reseptor pada saraf di kulit untuk menyekat penghantaran isyarat gatal ke otak.
- Menthol untuk melegakan rasa gatal yang cepat dan cepat dalam masa 5 minit!
- Ceramida yang hampir sama dengan kulit anda untuk memulihkan kulit & menambah kelembapan kulit.
- Boleh digunakan bersama pelembap atau preskripsi (steroid) untuk menghilangkan rasa gatal yang cepat dan peningkatan kekerapan pelembap
- Tiada steroid menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.
- Diformulasikan TANPA bahan yang boleh merengsakan kulit sensitif seperti pengeringan alkohol, wangian / minyak wangi dan paraben
- Hypoallergenic, dioptimumkan untuk kulit rawan ekzema
- Ringan, tidak melekit untuk penggunaan yang selesa sepanjang hari!
- Disahkan Halal (Logo halal yang dapat dilihat pada pembungkusan)
Selepas cuba sapuan yang pertama, memang rasa sejuk mentol dan sejuk dia bertahan agak lama. Kulit juga terasa lembap dan lembut. Tiada bau wangi, which is good. Memang sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah ekzema, psoriasis, kulit sensitif atau gatal kering. Pelembap ini juga cepat menyerap dan tidak melekit. Ai suka sangat produk yang boleh menyerap ni.. memang tak suka yang berminyak. Selesa je lepas sapu. Satu lagi sebab dia tiada kandungan steroid, korang boleh pakai hari-hari tanpa ragu-ragu. Untuk yang sedang mengandung dan terasa gatal di kulit pun sesuai juga. Nova sangat rekomen produk ini. Love sangatkan!
Kalau tak tahu apa itu Ceramides,
"Ceramides 💧 membantu membaiki pelindung kulit dan membentuk lapisan pelindungan untuk menghalang kehilangan kelembapan kulit. Semua Pelembap Suu Balm mengandungi ceramides yang hampir menyerupai pelindung asal yang membantu memulihkan pelindung kulit."
Nampak tak dalam gambar tu sebum barrier melindungi kulit dr ancaman dan memastikan kulit sentiasa lembap dan sihat.
Maklumat lanjut:
Seterusnya, produk yang telah ai cuba adalah Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash (420ml). Ini adalah produk mandian yang bagus untuk anda yang bermasalah kulitnya seperti sayalah. Suu Balm Cream Body Wash sangat sesuai untuk pembersihan yang lembut pada kulit sensitif dan kering, menjadikan kulit anda berasa tenang, lembab dan segar. 😉
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash adalah formulasi lembut dan menyegarkan yang selamat digunakan setiap hari pada sesiapa yang mempunyai kulit kering, sensitif atau ekzema.
- Menthol untuk melegakan, menyejukkan kelegaan gatal untuk kulit yang rawan ekzema
- Bebas sabun & sulfat: Sangat lembut untuk kulit sensitif atau rawan ekzema
- Sodium Lauroyl Methyl Isethionate (surfaktan ultra lembut untuk menggantikan sabun yang keras seperti SLS / SLES), membersihkan dengan sempurna tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit anda
- Mengandungi 5 bahan pelembap yang kaya dengan shea butter dan sodium hyaluronate
- Sesuai dengan tahap PH kulit yang sihat
- Tiada paraben, pengawet dan wangian buatan menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.
- Disahkan Halal (Logo halal yang dapat dilihat pada pembungkusan)
Apa yang best sangat adalah ia bukan jenis sabun & tidak mengandungi sulfat. Dibuat untuk membersih permukaan kulit dengan lembut. Selepas mandi, kulit terasa lembut, sejuk dan lembap sangat. Khas buat mereka yang ada masalah kulit sensitif dan ekzema. Selepas mandi dengan Suu Balm Cream Body Wash ni, keringkan kulit dengan tuala bersih dan sapukan Suu Balm Moisturizer ke kawasan badan dengan gatal atau kering. Ini pun love sangat ❤❤
Maklumat lanjut:
Dua produk yang Nova nyatakan di atas ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, gatal atau sensitif, ruam kerana alahan, gigitan serangga, berpeluh dan keadaan kulit yang bermasalah. Masalah seperti Kulit Sensitif, Kulit Kering, Ekzema dan Psoriasis. 2 produk ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Selain itu, ia juga sesuai untuk orang yang lebih berusia, yang mempunyai kulit kering (kadang-kadang gatal) kerana menggaru boleh menyebabkan pendarahan dan lebih teruk menjadi jangkitan. Ia juga sesuai untuk mereka yang kurang minyak semula jadi, kerosakan akibat sinar matahari, kehilangan hormon dan penurunan pembaharuan sel menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar seiring bertambahnya usia. Produk ini dibangunkan oleh ahli dermatologi, direkomen oleh pakar pediatrik dan pilihan farmasi.
Jika korang nak dapatkan produk Suu Balm ni, mudah sangat-sangat kerana ia berada di Watsons, Caring dan Farmasi terpilih berhampiran anda. Kalau nak beli dekat Shopee pun boleh. Nanti ai letak link di bawah ni ya. Ok bye.
Website: https://suubalm.com/
Instagram : https://www.instagram.com/suu_balm/
Facebook : https://www.facebook.com/suubalmmalaysia
Shopee : https://shopee.com.my/suubalm.os
Sekian.







0 Comments