Blog Nova Leeza di #NNFeature Friday oleh Nuffnang

By Nova Leeza - Thursday, February 26, 2015

Salam,
Holla, hye semua. Hari ni i nak buat satu entry untuk ucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memilih Blog Nova untuk di paparkan sebagai #NNFeature Friday di Facebook, Instagram dan Twitter. NNFeature Friday ni bermaksud : Pihak Nuffnang pilih seorang blogger untuk di ketengahkan pada setiap hari Jumaat. Wah!!..rasa teruja, terseronok, gembira la.. tak sangka jugak masa dapat emel tu. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini.


So, ni yang aku terfikir nak tulis untuk ucapan aku dan actually aku tulis dalam bahasa Melayu. Pastu aku emel kat bff aku Nuren, minta tolong translate. Yela Bahasa Inggeris aku ni bukan top top meletop sangat pun. Kalau setakat bahasa pasar tu bolehla bedal lagi. hihi.. So nak ucap jugak terima kasih ye Nuren. Nanti i belanja u k.

Kalau siapa yang tahu tahu Nuffnang ni apa meh aku story sikit. Nuffnang ni adalah salah satu syarikat Pengiklanan melalui komuniti blogger yang berdaftar dengan mereka. Berapa jumlah blog yang telah mendaftar sebagai agen pengiklan Nuffnang?..... hampir 1 juta blog hokei!


Apakah keseronokan bersama Nuffnang?


1. Anda boleh menghadiri events yang dianjurkan bersama Nuffnang
2. Anda boleh berkenalan dengan blogger lain yang top top meletop
3. Anda juga berpeluang memenangi hadiah dan giveaways yang dianjurkan
4. Anda juga boleh berkembang maju dengan mengikuti workshops & advice
5. Anda boleh menikmati pendapatan dari kempen, sponsored contest dan brand ambassadorships.

Tapi kan ramai blogger-blogger yang hebat-hebat dan power-power.. boleh ke saya ni yang tak ada nama?
Percayalah, rajin usaha dan kesabaran.. jika rezeki itu milik anda pasti anda punya. Yang penting buat sesuatu dengan sehabis baik dan yang lain terserah kepada-Nya. 

Kalau saya nak join komuniti ini bagaimana?
Pergi ke Laman Web Nuffnang http://www.nuffnang.com.my/ dan daftarkan diri anda!


Selama aku join Nuffnang ni, aku rasa aku dah kenal banyak jugak blogger-blogger lain dan bagusnya adalah kami berkongsi minat yang sama iaitu menulis. Banyak pengalaman manis yang aku rasai dengan Nuffnang dan tambahan juga, duit poket pun dapat. Banyak ke sikit itu semua terletak pada usaha kita..tabah, sabar dan rajin..berani mencuba dan bersaing secara sihat.. InsyaAllah.

Sekian. Thank you for reading korangs!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.