Resepi Ayam Masak Membai/Rendang Basah Orang Perak

Salam,

Yo! Resepi arwah nenek. Turun ke anak turun ke cucu. Ai tak sure masak ayam membai ni resepi moyang ke apa... tapi nenek memang suka sangat masak membai ni. Aku pun suka, husband dan anak lelaki ai pun suka! Kiranya semua dalam keluarga kami suka. Kenangan sungguh kalau makan ayam membai, udang membai.. apa lagi semua binatang boleh dimembai kan. Kalau resepi asal nenek semua dia hiris/potong halus-halus. Nak sediakan bahan-bahan tu memang duduk berjam dia. But aku ikut resepi mak... mak moden sikit, dia gunakan teknologi.hahahahahaa 😹

Bahan-bahan mudah sahaja

Ayam 
Bawang Besar 2-3 biji
Bawang Merah 3-4 biji (jika ada)
Halia seinci setengah
Kunyit hidup
Serai
Lengkuas
Cili Boh (2-3 sudu)
Kerisik
Daun Limau Purut (jika suka)
Daun Kunyit
Kuib Ayam
Garam

Jumlahnya aku agak2 sahaja


Potong kecik2 sikit senang nak blend

Masuk je semua, kasi blend tapi aku tak buat halus sangat nanti tak rasa membai2 tu.
Kalau arwah nenek potong halus2 memang terasa membai

Masukkan minyak masukkan blend tadi, cili boh biar mendidih sampai air kering sikit

Air kena tengok, kalau kurang tambah sikit air panas. 
Masukkan Ayam, Daun Kunyit

Biar masak betul. Pastu ayam dh empuk masuk santan

Last kerisik

Masukkan kiub ayam, garam, kalau suka masukkan limau purut, hirisan daun kunyit kasi lawa lagi

Pastu ngappp!!! uih tambah 4 kali. Kalau kasi kering sikit lagi ni makin sedap ni.

yang bawah ni kakak ai buat dia suka letak daun limau purut dan hias lg dgn hirisan dauh kunyit.

Pastu makan dengan roti Gardenia.. uihh.... ok esok buatlah!

Ha.. senang ke tak? Tak susahkan? Boleh agak2kan? hihih

Kalau rajin cubala hiris semua benda... mesti sedap lagi!

Selamat mencuba! Bye! Muahaha




Post a Comment

0 Comments