Resepi Nasi Ayam Sedap Simple Dari Mak

Salam, tak pandai masak? Nak belajar? Sama.. anak dah 2 orang pun masih belajar. Aku suka je masak .. kadang datang rajin masak ler.. kadang datang malas.. order sajer. Budak sekarang ni kan, sibuk dengan buku dan kerja... bukan ada masa nak duduk dapur. Aku pun sama juga dulu.. nak bersihkan ayam pun tak pandai apa lagi nak masak. Tapi dah kahwin kenalah belajar. Nasi ayam ni pun baru je aku belajar masa PKP ni. haha.. nasi ayam mak memang sedap sejak kecil ini makanan kegemaran aku. Nak tahu resepi? Jom.

Sorry gambar tak lawa setting pun tak sempat. Yang penting senang dan anak suka. kan!

Bahan-bahan Rebus Ayam adalah :

1. Ayam
2. Stok ayam/ Kiub Ayam
3. Sup Bunjut
4. Air 

Rebus ayam sehingga empuk dalam 15 minit (tak payah lama sangat)

Bahan-bahan Kuah Cili adalah:

1. Bawang Besar
2. Bawang Putih
3. Cili Besar
4. Tomato
5. Gula
6. Garam

Blender bahan ini semua, kemudian masak dalam 15-20 minit. 


Kemudian tambah sesudu gula dan garam. Siap kuah cili.

Siap kuah cili. Senangkan?

Next, kita masak nasi pula. Bahan-bahan adalah :

1.  Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Halia
4. Kiub Ayam

Kalau nk sedap tumis dulu bahan di bawah ni. Kalau tak nak tumis dulu pun boleh. Tumis dengan majerin pun sodap.

Ai malas.. so ai masuk sahaja dalam periuk haha.

Air beras mestilah guna air dari rebusan ayam. Jika masak beras 3 cawan, air rebusan ayam 4 cawan. 
( +1 lebih dari kiraan cawan beras)

Dah tu.. masukkan kiub ayam 1 dan masak macam biasa.

Tadaa... siap sudah. Nasi siap. Next.

Seterusnya, sup ayam. Bahan-bahan adalah :

1. Air rebusan ayam
2. Daun Sup
3. Daun Bawang
4. Garam


Tadaa... siap sup

Last sekali, kita masak ayam. Bahan-bahan adalah :

1. Ayam yang telah direbus tadi
2. Sos Tiram
3. Madu
4. Bawang Merah
5. Bawang Putih
6. Halia

Ayam yang telah direbus tadi akan diperap dengan sos tiram.

Masukkan Madu

Perap dalam 20 minit. Masukkan dalam peti ais bawah. Perap sejuk lebih baik rasanya.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

Goreng bersama ayam yang telah diperap tadi.

Amboi sedap ahh

Alhamdulillah.. jom le suap anak makan. Budak2 memang suka kalau mak dia masak nasi ayam. Masak pun senang je sebenarnya kan?

Resepi nasi ayam ni resepi dari mak aku. Sejak aku kecik mak buat nasi ayam ni sama je tak pernah berubah. Terima kasih mak. ❤

Ok guys. Selamat mencuba. Bye.

Love,


Post a Comment

1 Comments

  1. tgok pepagi ni terus lapar plak perut sis...alahai..sedapnyaaa

    ReplyDelete