Review Projector LUMOS RAY Home Cinema (Smart Version)

Salam, nak masuk tahun kedua kami sekeluarga tak pergi Cinema, having a good time dengan family sambil makan popcorn, cikedis, hotdog dan ice lemon tea. 😢 Kisah, beberapa minggu lalu sebelum PKP dilaksanakan semula di seluruh Malaysia, kami sekeluarga lalu depan Cinema KLCC tu kan, anak yang sulung aku berhenti berjalan "Mummy, Daddy, eiman nak tengok Godzilla dekat Cinema! Bila boleh masuk Cinema??" Alamak, aku pandang suami, dia pandang aku balik. Alahai, sedih pulak rasa hati ni. Aku pujuk eiman, "Nanti dah habis pandemik Covid-19 kita pergi cinema ya sayang". Sambil peluk dia. Ya siapa yang tak sedih kan kebebasan yang kita dapat dulu hilang dalam sekelip mata. Aktiviti terbatas, pusat hiburan keluarga banyak yang ditutup... Aku Rindu Masa Lalu.... 



PROJEKTOR KOMPAK POWER SMART

Suatu hari, sambil merenung ke dinding, aku berfikir.. duduk di rumah tidak bermaksud kita tak boleh buat aktiviti yang best dengan keluarga. Betul! Aku research. Menarik juga beli projector! Kita tak boleh pergi cinema, kita bawa cinema ke rumah. Tapi brand apa yang bagus? Mana nak mula? Pap.. iklan LUMOS Projector masuk dalam Advertisement IG. haa.. memang pantas IG ni buat kerja. 👧 Usha la, LUMOS Projector ni, apa spesifikasinya, berapa harganya, apa reviewnya? Dalam sejam.. aku baca review mostly positif dan aku terjatuh hati dengan LUMOS RAY Home Cinema. Serius ni! nak nak.. NEKAD! tak tanya suami aku proceed je. Sayang anak kan.


Sekejap sahaja, dalam seminggu camtu dah sampai. Husband aku terkejut! "Apa ni? berapa kotak ni u beli apa?" katanya. "hahahaha... U rekod I unboxing dulu, nanti U tahu la 😄", sambil ketawa nakal. Tanpa membuang masa terus dia setup camera, Camera Roll..... korang boleh tengok unboxing video di YouTube di bawah k.



SPESIFIKASI TEKNIKAL LUMOS RAY (SMART VERSION)

💠 150 Inci Paparan Skrin Besar, Mudah Dialih & Dibawa

💠 720p Native Resolusi (HD) & Menyokong 1080p (BluRay FHD)

💠 Powerful Dolby Audio Speakers. Dibina Bersekali Dengan Pembesar Suara, LUMOS Ray Mempunyai 2 build in Dolby Audio Speakers

💠 Pada 3000 lumens, LUMOS Ray Berada Di Carta Teratas, Memberikan Kualiti Grafik & Warna Yang Lebih Menarik & Vibrant

💠 Hanya 1.5m Jarak Yang Diperlukan, Projektor Paparan Dekat

💠 Inbuilt Netflix, Youtube, Android 6.0 Operating System, WIFI, Bluetooth

💠 Phone Screen Mirroring: Android & iOS

💠 HDMI, USB & AV Ports for Consoles, Karaoke & Banyak Lagi

💠 Sesuai Untuk KonsolPlug in PS4, XBOX, Nintendo Switch & Rasai Perbezaannya Dengan Saiz Skrin Yang Lebih Besar. 

💠 Pembetulan Keystone Vertikal & Mendatar 

 

PENGALAMAN MENGGUNAKAN LUMOS RAY

Mula-mula aku unboxing, setup dekat dinding sebelah meja makan, budak-budak dah jerit-jerit melompat-lompat "Wow! Wow! Wow!" katanya. Mestilah buka Youtube kegemaran budak-budak ni dulu. Awesomenya sebab dia ada build ini WIFI, build in YouTube, Netflix. Serius ni, senang sangat just pilih sahaja nak tengok apa. Tak sangka tau, boleh bawa feeling Cinema tu kat rumah. Memang budak-budak paling suka sangat. Suka sangat sangatlah.  


Kemudian, bila pasang dalam gelap memang jelas sangat, 3000 Lumens,1080p Supported, 720 Native Resolution. Gambar letops sangat tak pecah. Sharp. Kecik je projektor ni tapi bagus. Bunyi dia Dolby, build in di kiri dan kanan projektor ni. Memang terbaik. Tekan beberapa butang sahaja dah boleh tengok movie makan popcorn. Semudah ABCDE. 😎 Skrin boleh pergi besar sehingga 150 inci. Wow mmg cinema sangat! Ha. yang bawah ni adalah perbezaan paparan dalam keadaan gelap betul dan kurang gelap. Cantik kan warna dia jelas. Walau dalam keadaan yang ada cahaya sikit pun, gambar masih jelas. 



dan bila malam menjelma "Konsert BTS Black Pink by Kids" 😆

Mak happy, anak lagi happy. Happy sangat bila budak-budak ada entertainment dalam rumah semasa pandemik ni. Bolehla mak duduk sekejap minum kopi cicak roti. Bila budak-budak dah tidur mak pak pula on movie cewah macam bercinta pula rasanya. Romantik aahh! 😍 Pastu bila malam nak tengok Berita, ayah dia pasang TV Box Channel Receiver ke belakang Lumos Ray. Pun onn! Jadik! 


Ini port yang ada. Ha boleh je nak main game boleh, nak karaoke boleh nak dengar muzik je pun boleh. Pastu boleh mirror dengan phone kita. Syok woo!

Ada masalah nak letak di mana? Tak ada Meja? Lumos RIZE Adjustable Stand, dari ketinggian 60cm, 90cm dan 120cm. Disekalikan dengan getah strap untuk pegang projektor pada piring dia supaya selamat tak mudah jatuh. Puas hati sebab boleh usung je ke luar ke bilik ke meja makan. Takda gaduh-gaduh nak beli sampai 3-4 buah tv. 😄Waranti 1 tahun dia bagi. Bagus kalau ada masalah ke apa boleh contact je LUMOS semula.



Ada 3 soalan famous yang aku dapat yang aku akan share dengan korang  juga. hee hee kadang tu bila orang pm tanya aku boleh copy paste sahaja. hihi
  1. Gambar dia sharp cantik tak?
  2. Berapa lama boleh pasang?Panas tak?
  3. Netflix, Youtube tu semua ada ke?

Yang pertama, gambar dia bagi aku cantik warna meriah tidak pudar, gambar pun sharp. Tapi kena pastikan duduk dalam gelap. Kalau ada cahaya sikit-sikit pun masih cantik juga. 

Kedua. petang tadi aku pasang lebih dari 3 jam. Aku akan pastikan tak terlalu lama, tak kira apa sahaja projektor kalau korang biar sahaja terpasang lama akan membazir elektrik dan memudaratkan barangkan. So aku jaga je la dah rasa lama tu padam dulu dalam sejam pastu on balik. Aku pasang 3 jam tu LUMOS RAY ni masih tak panas. Ok elok maintain gambar tak pecah. Serius. 

Ketiga, Versi biasa TIDAK menyokong Wi-Fi, Bluetooth, Pembetulan Keystone. Ia memerlukan input luaran seperti komputer riba / kotak USB / TV untuk memaparkan kandungan. Versi pintar/ Smart mempunyai sistem operasi sendiri (OS Android). Ia diaktifkan Wi-Fi dengan Infilt Netflix, YouTube, Casting Apps, Playstore & Bluetooth.

Harap membantu korang yang mempunyai soalan yang sama.


Cute, kompak, senang di bawa, smart.. huh! Best! Sangat Recommended!

Mak happy, malam hujung minggu semua excited nak tengok Movie apa. Layan budak-budak supaya mereka tak rasa kurang walaupun semasa pandemik ni. Thank you Lumos, berikan keceriaan kebahagiaan pada kami sekeluarga. 💖 Memiliki Lumos Ray memang sangat Cool! XOXO!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Pautan yang diberikan di bawah ya.

Untuk customer review pun ada di website LUMOS ya. 

Terima kasih semua. Thank you again LUMOS!

Sekian.

Love,


Post a Comment

0 Comments