Resepi Ayam Panggang Berkuah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei

Salam,
Holla semua. Ha.. harini Nova ada satu resepi menarik yang nak dikongsi dengan korang semua. Nama resepi Nova adalah Ayam Panggang Berkuah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei. Huh.. panjang tak? hehehe Pertama sekali Nova pakai BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni sebab produk ini khas untuk wanita yang selalu mengalami masalah semasa datang bulan. Mana yang selalu sengggut ke, cramp perut ke, tak lancar ke.. boleh cuba BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni. Bukan sahaja ia membantu anda semasa ada datang bulan, malah ia juga memberi tenaga dan maintain kan performace anda. ha.. Nova dah cuba dah produk ni.. memang sangat membantu Nova untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Huh tak sangka jugak, selalunya kalau period ni, muka Nova akan bengkak.. badan letih je, takda mood.. kan kan. Tapi dengan mengamalkan BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni Nova jadi power pulak. hehehehe So, nak minum produk ni eloknya selepas korang datang bulan... hasilnya tengokla nanti masa datang bulan.. bulan depan. ok So berbalik pada resepi, jom layan..

Terbaek!
Resepi dia mudah sangat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  1. Seekor Ayam
  2. Bawang Besar 2 biji setengah
  3. Bawang Putih 2-3 ulas
  4. Halia Seinci
  5. Lada Hitam 2 sudu besar
  6. Serai 3 tangkai
  7. Kicap manis 2 sudu
  8. Madu 2 sudu
  9. BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei sebotol

  

Yang penting kena ada BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei

close up sikit hehe

Potong-potong sedia untuk di masukkan ke dalam blender/pengisar

Pertama, masukkan bawang besar

Masukkan bawang putih

Masukkan halia

Lada hitam 2 sudu

Masukkan sikit air, sebab kita nak berkuah.. sikit je jangan banyak sangat. Lepastu blenderlah.

Yang serai ni, kita tumbuk hujung.. nak kasi bau sedap

Tadaa... siap di blender. Gaulkan bahan tadi dengan ayam yang dah dicuci. Senang kan.. dah cakap dah.. senang sangat!

Next, masukkan kicap 2 sudu

Madu 2 sudu

Dan.. paling penting untuk kesihatan kita adalah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei. Yey!

Gaul rata dan perap dalam peti sejuk paling kurang 30 minit kalau nak lagi power.. perap semalaman. 

Next, masukkan dalam pemanggang/pemanggang ajaib.. ikutlah apa yang korang ada.. Kalau pemanggang ajain 15 minit atas, 15 minit bawah. Kalau bekas panggang cam Nova ni, dalam 30-40 minit siap le.

tada... dah siap dah. Resepi Resepi Ayam Panggang Berkuah BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei dari Nova Leeza. Nova masukkan dalam bekas untuk dikongsi bersama kawan-kawan dipejabat. Yey!

Alhamdulillah. Ada rezeki kita kongsi dengan kawan-kawan. Diorang pun nampaknya layan je apa yang aku masak. Senang kan? Blender je pastu campak-campak je bahan-bahan tu dalam ayam. So, bolehla korang cuba resepi baru aku ni. Yang paling penting kena guna BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni tau. Rasa ayam ni akan ada rasa wangi manis-manis.. erm.. sedap.


Ini dia produk yang aku gunakan dalam resepi ayam panggang berkuah ni.

Maklumat lanjut kebaikan produk ini adalah seperti berikut :

BRAND'S® Essence of Chicken dengan Tangkwei

Penerangan
Tangkwei adalah herba yang digunakan secara meluas untuk memelihara dan memulihara kesihatan. Ia sangat popular di kalangan wanita, kerana keupayaannya yang luar biasa dalam menambah darah.

Faedah
- Membantu mengembalikan darah dan membantu dalam penyelenggaraan peredaran periferal.

- Membantu melegakan ketidakselesaan simptom prahaid dan kesakitan haid.

- Membantu dalam pemulihan daripada keletihan selepas pembedahan.

Bahan-bahan
Essence of Chicken, Rehmannia glutinosa, Angelica sinensis, Ligusticum chuanxiong, Codonopsis pilosula, Glycyrrhiza uralensis, Paeonia lactiflora, Atractylodes macrocephala, Poria cocos.

Idea Penggunaan
Satu botol setiap hari.

Ia boleh di minum terus dari botol pada suhu bilik, sejuk atau dipanaskan. Setelah dibuka, kandungannya hendaklah dimakan dengan segera. Ambilnya setiap hari, bila-bila masa, di mana sahaja sebagai sebahagian daripada diet seimbang.



Nova makan BRAND'S® Essence of Chicken with Tangkwei ni aku makan selepas habis period/ sebelum period. Buat ibu mengandung, anda tidak dinasihatkan untuk mengambil produk ini. Sila rujuk dengan pakar perubatan terlebih dahulu.

Ok, terima kasih singgah di sini. Cubalah resepi ni, kot kot korang ada idea lain nak tambah kasi lagi power resepi ni kan.. ok selamat mencuba!

Sekian.シ

Holla.. nak update sikit lagi.

Resepi ni menang tempat ketiga bagi penciptaan resepi di blog. Yey!

Thank you Brand's kerana memilih resepi ini sebagai pemenang 😊